Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

12 Ogos 2007

Suasana Kursus Cendawan 11 Ogos 2007 Di UIA, Gombak Anjuran Perintis dengan kerjasama Biro Pertanian UMNO Malaysia dan Jabatan Pertanaian Putrajaya


Alhamdulillah selesai juga Kursus Cendawan Di UIA, Gombak anjuran Perintis Agro Tech Centre pada 11 Ogos 2007. Seramai 100 orang peserta yang hadir di dalam kursus cendawan tiram kelabu secara komersial. Melalui sokongan dan ajuran bersama Biro Pertanian Pemuda UMNO Dan Jabatan Pertanian, kursus ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kursus cendawan anjuran Perintis merupakan siri jelajah yang ketiga. Puan Normah Ibrahim, Jabatan Pertanian Putrajaya selaku penceramah utama telah banyak memberi info-info berguna kepada para peserta yang terdiri dari bakal penanaman cendawan dan penanam cendawan sedia ada. Ramai Diantara peserta mengetahui kursus yang dianjurkan melalui Surat Khabar dan juga melalui laman web blog http://jutawantani.wordpress.com dan http://projekcendawan.blogspot.com


Kehadiran saya ( http://www.projekcendawan.com/ ) sebagai peserta jemputan oleh Pengurus Besar Perintis, Saudara Lutfi Ismail dan Hilmy Hamzah untuk menjalinkan kerjasama bagi menyemarakkan industri cendawan yang mula berkembang sejak akhir-akhir ini. Industri cendawan kini dipandang sebagai industri yang berpotensi menjana pendapatan lumayan. Dengan pengetahuan yang diberikan oleh Puan Normah Ibrahim, sekurang-kurangnya ilmu penanaman cendawan ini dapat diterapkan di kalangan peserta khususnya.


Disamping itu, para peserta juga didedahkan penggunaan Effective microorganisme atau pun EM. Penerangan dari pengusaha cendawan yang telah menggunakan EM telah mendapatkan hasil yang berbeza dari sebelum penggunaan EM. Hasil kutipan cendawan juga telah meningkat diamping daya tahan bagi serangan penyakit dan perosak dapat dihindari. En Khairul Akmal dari Circle Field Sdn. Bhd telah menerangkan penggunaan EM tempatan yang setanding dengan EM luar negara. Beliau menegaskan EM yang dibawa masuk dari luar negara kebanyakkan tidak dapat menyesuaikan persekitaran dan keperluan bagi bakteria baik bagi menggalakkan hasil pertanian dan penternakan. Sehubungan dengan syarikat Circle Field telah membawa pakar EM dari Jepun ke Malaysia untuk menyesuaikan EM tempatan yang dikajibina bagi kegunaan tempatan. EM tempatan ini mampu merangsang pertumbuhan cendawan dengan lebih cepat dari serangan perosak dan penyakit.

Antara produk hasil daripada cendawan.

Para peserta sedang mendengar taklimat daripada Puan Normah berkaitan dengan Beg Media







Diharapkan para pesrta dapat memanfaatkan pengetahuan yang diberikan oleh Puan Normah Ibrahim dari Pejabat Pertanian putrajaya - Izwan ProjekCendawan

1 ulasan:

ISAHI ENTERPRISE berkata...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

"BENGKEL MEMBAIK PULIH KOMPUTER"

Tarikh : Ahad, 06 JAN 2008
Waktu : 9:00 Pagi - 5:00 Petang
Tempat : Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
City Campus, Jalan Semarak,
Kuala Lumpur

HARGA : RM245 Net (Perseorangan)
RM185 Net (Berkumpulan)

(Bayaran pendahuluan sebanyak RM130.00 dikenakan pada setiap peserta untuk membuat tempahan tempat (Perseorangan & Berkumpulan).Pembatalan tempat hendaklah dilakukan sebelum 20hb DEC 2007,jika tidak wang pendahuluan tidak akan dikembalikan)

Jumlah Posisi: Terhad Hanya Untuk 20 Peserta Sahaja
(Minum Pagi, Makan Tengahari & Minum Petang Disediakan.)
Tarikh Tutup Pendaftaran Khamis 23hb DEC 2007

Jika ada sebarang keraguan & kekeliruan atau inginkan maklumat lanjut mengenai bengkel ini sila hubungi saya:-

TEL : 012-225 4649 (En Syarizad)
EMAIL : ejat363@gmail.com / isahienterprise@yahoo.com
Website : www.computer-workshop.blogspot.com / www.createblogformakemoney.blogspot.com

Sekian,terima kasih.