Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

01 Julai 2007

Coretan: Cendawan Goreng di Majlis Pelancaran Rakan Cop Peringkat parlimen Bandar Tun Razak 1 Julai 2007

Hari ini hari Ahad, aku masih lagi berada di Pangsapuri Seri Penara, di rumah Pakcik aku di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Hari ini juga Hari Keluarga Sri Penara Dan Karnival sambutan 50 Tahun Kemerdekaan dan juga pelancaran Rakan Cop peringkat parlimen Bandar Tun Razak pada 1 Julai 2007. Patutlah ramai polis yang berkampung disini.

Sebelum aku bertolak pulang ke Alor Setar, Kedah Aku pun menggunakan peluang yang ada untuk melihat aktiviti yang ada di sekitar kawasan lapang tempat letak kereta. Banyak gerai pameran yang ada disini antaranya dari Agensi Anti Dadah, Rakan Cop, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan juga Polis trafik.





Antara pemandangan gerai-gerai pameran dan juga gerai jualan. Sepanjang aku kusyuk melihat gerai-gerai pameran, aku terpandang gerai yang menjual cendawan goreng. Ya betul cendawan goreng. kakiku melangkah menuju untuk membeli dan merasai cendawan Goreng. Aku sebenarnya rasa seronok ada juga orang mula memperkenalkan Cendawan Goreng sebagai makanan snek tambahan yang menyelerakan.


Gerai yang menjual cendawan goreng ini di usahakan oleh Encik Fendi yang telah setahun meniaga di kawasan Pasar Malam Bandar Tun Rzak dan Sungai Besi. Gerai En Fendi Boleh di dapati pada kawasan pasar-pasar Malam. Dengan harga RM 2.00, Cendawan goreng boleh dibeli bersama-sama dengan sos pencicah.


Menurut En. Fendi, Cendawan Goreng mula mendapat sambutan yang hangat di kalangan penduduk sekitar Bandar Tun Razak dan Sungai Besi. Aku pun mula lah bertanya berapa banyak jualan bagi satu malam perniagaan, cendawan yang digunakan adalah sebanyak 20-30 Kg bagi satu malam.


Jualan Cendawan Goreng yang dijual oleh En Fendi mula menarik minat pengunjung Karnival untuk merasai keenakan Cendawan Goreng. En Fendi juga menyatakan bahawa tepung yang digunakan adalah campuran tepung dibuat sendiri. Resepi yang bermpah ratus dan enak dimakan. Aku pun sudah merasai, memang sedap.

Mataku melihat En Fendi mengadun Cendawan Tiram Yang di potong memanjang dan di masukkan kedalam bekas. Cendawan-cendawan yang telah siap dipotong, terus dimasukkan resepi tepung goreng berempah. Tanpa menggunakan telur sebagai penyalut. Ini juga merupakan pengalaman yang baru. Menggoreng Cendawan tanpa menggunakan telur sebagai bahan penyalut.

En Fendi juga menyatakan bekalan cendawan tiram kelabu diperolehi dari penanam sekita Hulu Langat, Selangor. Gred Cendawan jenis A selalunya mencecah RM 10 Sekiliogram dan bagi gred B harga bagi sekilogram mencecah RM 6-7. Beliau juga memberitahu ada masanya beliau terputus bekalan cendawan, ini merisaukan beliau. Aku juga memberitahu tentang laman web ProjekCendawan agar boleh merujuk senarai penanam cendawan di sekitar lokaliti dan tempatan.


Bagi aku, hasil tambah nilai dari produk cendawan. Sekiranya anda sebagai penanam cendawan dan juga ingin menambah nilai produk cendawan, ia merupakan satu cara untuk meningkatkan pendapatan anda. Ingat Cendawan merupakan makanan yang berkhasiat untuk kehidupan kita. Jumpa lagi di lain coretan. Kepada En Fendi, All the best. Semoga anda terus maju di dalam peniagaan cendawan goreng. :):):)

p/s: Semoga perjalanan kumendapat ilmu yangboleh dimanfaatkan. Amin Jom Balik Alor Setar...

Wassalam.