Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

27 Disember 2007

KURSUS CENDAWAN DI DALAM RANGKAIAN PENGUSAHA CENDAWAN SELURUH MALAYSIA TAHUN 2008

Anda juga berpeluang untuk mengikuti kursus cendawan anjuran rangkaian pengusaha projek cendawan diseluruh Malaysia antaranya:

KURSUS CENDAWAN - EM oleh En Khairul






PUCHONG CENDAWAN FARM - PUCHONG, SELANGOR



FATISHA AGRO FARM - KAJANG, SELANGOR




CHINI AGRO FARM- PEKAN, PAHANG



Psstikan anda menghubungi penganjur-penganjur kursus cendawan diatas bagi mendapatkan maklumat kekosongan penyertaan. Selamat berkursus kepada anda semua.

Insyallah pihak ProjekCendawan.Com akan mengadakan kursus pembenihan cendawan menggunakan tisu kultur di makmal kami khususnya kepada pengusaha yang sedia ada dan kepada mereka yang berminat. Tunggu ya.

UTUSAN MALAYSIA 27 DIS 2007 : Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.

Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.

Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.

‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.

Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.


Nota kami: Masih tidak percaya bahawa Pertanian itu adalah perniagaan yang menguntungkan jika kena dengan caranya. Semoga pertanian tanaman cendawan dapat membuka minda kepada anda. - wan projekcendawan.com

18 Disember 2007

Coretan sepanjang Kursus Usahawan Tani Cendawan pada 16 Disember 2007 di Alor Setar, Kedah


Klik Untuk gambar lebih besar

Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi keizinan untuk memberi peluang kepada pihak projekcendawan.com untuk menganjurkan Kursus Usahawan Tani Cendawan di Zon Koridor Utara pada 16 Disember 2007 di Kompleks Dewan Sultanah Bahiyah, Institut Pengurusan Intergriti Kedah, Alor Star dengan jayanya.


Taklimat Usahawan Oleh Projekcendawan Dan Penenerangan Oleh Puan Normah Ibrahim, Pegawai Jabatan Pertanian di dalam rujukan Industri cendawan.

Kali ini terdapat 104 orang peserta yang telah menghadiri di dalam Kursus Usahawan Tani Cendawan dengan pendekatan teori dan pratikal. Pihak projekcendawan.com mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian khususnya Pengarah Di Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur, Putrajaya memberi kerjasama membenarkan Pegawai Rujukan Cendawan, Puan Normah Ibrahim dan Cik Hartini sebagai penceramah jemputan di dalam memberi penerangan dan pratikal di dalam industri cendawan ini. Kerjasama yang dijalankan mengikut prosedur di dalam Jabatan Pertanian Putrajaya setelah membuat surat permohonan kepada Pengarah Di Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur bagi mendapatkan standard piawai penanaman cendawan bagi memfokuskan amalan kerbersihan baik kepada para peserta kursus cendawan kali ini. Kerjasama yang terjalin dengan Jabatan Pertanian dapat meningkatkan kesedaran di kalangan awam kepentingan peningkatan amalan kebersihan baik di dalam penanaman cendawan.




Pihak projekcendawan.com kini menumpukan kepada penekanan 4P di dalam kursus penanaman cendawan kali ini. 4P yang dimaksudkan adalah MENGUJUDKAN PEMBEKAL, PENANAM CENDAWAN, PEMBORONG/PERAIH dan PENGUSAHA IKS. Rangkaian 4P ini bagi menjamin PEMASARAN BERTERUSAN bagi mensasarkan kepada PENGGUNA.



Kaedah memetik tuaian cendawan dan antara peserta yang yang hadir kursus cendawan

Di Negeri-negeri sebelah Utara, kebanyakkan sumber bahan bagi bekalan seperti habuk kayu masih banyak lagi. Terdapat banyak kilang-kilang kayu getah yang boleh didapati habuk kayu getah dan juga dedak padi halus atau di sebelah Kedah dipanggil dedak padi simen kerana ia halus seperti simen.




Memastikan beg media tidak terlalu longgar dan ketat agar tidak menyekat pertumbuhan miseliam

Jika sekarang, industri cendawan menumpukan kepada penghasilan cendawan mentah (RAW). Jadi tibalah masanya untuk mengubah cendawan mentah kepada produk hasil hiliran seperti makanan sejuk beku. Konsep yang diketengahkan oleh ProjekCendawan bagi mewujudkan usahawan tani yang pelbagai di dalam satu sumber berasaskan cendawan. Maka tidak semua akan menjadi penanam, mungkin ada diantara peserta yang hadir berminat untuk menjadi pengusaha IKS. Dari maklumat penyertaan kursus kali ini, terdapat 4 orang Pengurus IKS Kilang Makanan sejuk beku yang sedia ada di negeri-negeri sebelah Utara ini.



Campuran media Habuk Kayu Getah, Dedak Padi Halus dan Kapur Pertanian 100:10:1

Tahniah diucapkan kerana membuka mata dan minda bahawa industri cendawan ini boleh diterokai dengan meluas lagi. Insyallah ProjekCendawan akan membuka industri IKS dikalangan penduduk luar bandar dimana terdapat banyak sumber-sumber bekalan yang boleh diperolehi secara lokaliti. Insyallah. Kepada yang telah berkursus, semoga kalian dapat memanfaatkan ilmu dengan baik agar dapat menjanakan pendapatan keluarga dan seterusnya kepada Ummah. Sekali lagi saya mengingati kepada diri saya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hinggalah mereka sendiri mengubahnya sendiri dengan USAHA sendiri. Selamat maju jaya buat semua bakal usahawan tani.


Teknik inokulasi meletakkan benih benih cendawan ke beg media


Nota kami: Pihak ProjekCendawan.Com mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua peserta kursus cendawan di zon koridor utara. Semoga tabah menghadapi musim tengkujuh yang diuji oleh NYA
08 Disember 2007

Semakin ramai petani guna ICT

BUTTERWORTH 7 Dis. – Petani merupakan golongan tertinggi di kawasan luar bandar yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mengakses portal-portal kerajaan bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan.

Kajian oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini menunjukkan golongan itu memanfaatkan portal-portal berkenaan untuk memajukan aktiviti pertanian yang dijalankan.

Ketua Pengarah ICU, Tan Sri Khalid Ramli berkata, perkembangan positif itu membuktikan bahawa usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan melalui aplikasi ICT kepada penduduk luar bandar semakin membuahkan hasil.

“Ini memberi petanda bahawa kemudahan ICT hasil daripada ledakan teknologi maklumat sebenarnya mampu manfaat yang sangat besar terutamanya kepada golongan di luar bandar.

“Justeru adalah amat penting supaya akses kepada portal-portal ini diperluaskan bagi membolehkan rakyat di semua lapisan tidak akan tersisih daripada kepesatan teknologi maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran portal i-Cerve U dan e-Merah peringkat negeri Pulau Pinang yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah di Dataran Pemuda Merdeka di sini hari ini.

Khalid berkata, kajian itu turut menunjukkan pelajar dan kakitangan kerajaan merupakan golongan yang paling ramai menggunakan ICT di negara ini.

Beliau bagaimanapun berkata, secara keseluruhannya, penggunaan ICT di kawasan luar bandar masih berada pada tahap yang rendah dan kegiatan mempromosikan penggunaan kemudahan itu perlu terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pemimpin masyarakat termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menyediakan kios di kawasan masing-masing bagi memudahkan orang ramai mempelajari serta menggunakan kemudahan itu.

“Kita perlu sedar bahawa kemudahan (portal) ini semakin relevan seiring dengan kepesatan pembangunan negara terutamanya melalui inisiatif zon pembangunan wilayah seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER),” katanya.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid memberitahu, portal i-Cerve U merupakan gerbang informasi yang dapat membantu orang ramai mendapatkan maklumat daerah termasuk direktori pejabat daerah dan borang-borang permohonan yang boleh dimuat turun.

Berkonsepkan ‘singgah sebentar, selesai semua’ portal itu juga jelasnya, dapat memudahkan orang ramai memperoleh maklumat mengenai projek pembangunan yang sedang dan akan dijalankan di kawasan mereka.

“Selain mengandungi informasi daerah, ia juga menyediakan jaringan atau pautan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh agensi atau jabatan serta pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
03 Disember 2007

Kongsi Ilmu - jalan-jalan di ladang Cendawan Thailand

Pengembaraan ProjekCendawan.Com kini ke negara Gajah Putih pula iaitu Negara Thailand. Projek Cendawan melalui pintu masuk utama sempadan di Bukit Kayu Hitam atau di dalam bahasa siamnya " Kuan Mhai Dam". Tujuan ProjekCendawan.Com ke Haadyai adalah untuk membuat pemerhatian dan "survey" market cendawan yang dibawa masuk dari Thailand. Hasil yang pemerhatian ProjekCendawan.com, banyak cendawan yang dibawa masuk melalui pintu masuk sempadan Malaysia Thailand ini. Maknanya permintaan pasaran cendawan di negara kita amat tinggi hinggalah kita terpaksa mengimport cendawan pula. Bagi projekCendawan.Com, ini adalah peluang bagi mengkaji rutin pengguna cendawan sebelum menggunakan peluang ini sebagai satu pasaran cendawan di negara kita. Selain itu juga, ProjekCendawan sememangnya ingin belajar teknik-teknik terkini penanaman cendawan. Negara Thailand ini banyak membuat teknik-teknik menggandakan hasil tuaian bagi menjanakan pendapatan petaninya. Setiap hasil-mahsul cendawan akan diperiksa oleh Pegawai Pertanian yng bertanggungjawab memastikan agar tiada unsur-unsur yang penyakit pertanian yang boleh menjejaskan petani di negara kita.




"Sawaddika..kun sabai di re" Selamat Datang Dan Salam Sejahtera. Itulah sapaan pertama oleh seorang pengusaha cendawan di Baan Phru, Haadyai, Thailand. Pengusaha yang dimaksudnya adalah Pak Thim yang berbangsa Siam. Memandangkan Uncle Thim boleh berbahasa Melayu Pattani, kira bolehlah komunikasi dijalankan. Kalau tak, susah juga untuk mendapatkan ilmu kan :). Maklumlah ilmu cendawan. Tidak semua orang ingin berkongsi, projekcendawan.com akan berkongsi kepada semua peminat cendawan teknik-teknik penanaman cendawan dari negara jiran ini.


Pak Thim mengusahakan tanaman cendawan tiram putih dan terdapat 8 buah rumah cendawan berkeluasan 15' x 20' yang memuatkan 12ribu beg media cendawan setiap satu rumah.


Disini, Pak thim menggunakan tali sebagai tempat menggantungkan beg media cendawan tiram putih. Hasil maklumat dari Pak Ngah Thim, ada habuk kayu getah yang diambil dari Malaysia. Sampai begitu sekali rangkaian pengusaha dari negara jiran ini. Bekalan habuk kayu bagi mereka tidak menjadi masalah.


Lama juga saya dok bersembang dan banyak bertanyakan kepada Pak Ngah Thim ni walaupun antara faham dan agak-agak dengan dialek siam Patani. Saya bersyukur dapat ilmu yang baru. "Khob khun ka Pak Ngah Thim!" Jawab saya. Maksudnya "Terima Kasih Pak Ngah Tim". Kira boleh juga saya berbahasa siam ni. Insyallah kita berjumpa lagi dengan coretan perjalanan yang lain. Jam sudah menunjukan pukul 5.39 Petang, sudah masanya projekcendawan.com untuk balik ke Malaysia.


Selamat Datang Ke Malaysia... Selamat Datang juga Cendawan Dari Siam. :)
Bila pula Cendawan Malaysia Nak Dieksport pula???

Nota Kami: Jumpa lagi di coretan perjalanan yang lain pula.