Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

03 Disember 2007

Kongsi Ilmu - jalan-jalan di ladang Cendawan Thailand

Pengembaraan ProjekCendawan.Com kini ke negara Gajah Putih pula iaitu Negara Thailand. Projek Cendawan melalui pintu masuk utama sempadan di Bukit Kayu Hitam atau di dalam bahasa siamnya " Kuan Mhai Dam". Tujuan ProjekCendawan.Com ke Haadyai adalah untuk membuat pemerhatian dan "survey" market cendawan yang dibawa masuk dari Thailand. Hasil yang pemerhatian ProjekCendawan.com, banyak cendawan yang dibawa masuk melalui pintu masuk sempadan Malaysia Thailand ini. Maknanya permintaan pasaran cendawan di negara kita amat tinggi hinggalah kita terpaksa mengimport cendawan pula. Bagi projekCendawan.Com, ini adalah peluang bagi mengkaji rutin pengguna cendawan sebelum menggunakan peluang ini sebagai satu pasaran cendawan di negara kita. Selain itu juga, ProjekCendawan sememangnya ingin belajar teknik-teknik terkini penanaman cendawan. Negara Thailand ini banyak membuat teknik-teknik menggandakan hasil tuaian bagi menjanakan pendapatan petaninya. Setiap hasil-mahsul cendawan akan diperiksa oleh Pegawai Pertanian yng bertanggungjawab memastikan agar tiada unsur-unsur yang penyakit pertanian yang boleh menjejaskan petani di negara kita.




"Sawaddika..kun sabai di re" Selamat Datang Dan Salam Sejahtera. Itulah sapaan pertama oleh seorang pengusaha cendawan di Baan Phru, Haadyai, Thailand. Pengusaha yang dimaksudnya adalah Pak Thim yang berbangsa Siam. Memandangkan Uncle Thim boleh berbahasa Melayu Pattani, kira bolehlah komunikasi dijalankan. Kalau tak, susah juga untuk mendapatkan ilmu kan :). Maklumlah ilmu cendawan. Tidak semua orang ingin berkongsi, projekcendawan.com akan berkongsi kepada semua peminat cendawan teknik-teknik penanaman cendawan dari negara jiran ini.


Pak Thim mengusahakan tanaman cendawan tiram putih dan terdapat 8 buah rumah cendawan berkeluasan 15' x 20' yang memuatkan 12ribu beg media cendawan setiap satu rumah.


Disini, Pak thim menggunakan tali sebagai tempat menggantungkan beg media cendawan tiram putih. Hasil maklumat dari Pak Ngah Thim, ada habuk kayu getah yang diambil dari Malaysia. Sampai begitu sekali rangkaian pengusaha dari negara jiran ini. Bekalan habuk kayu bagi mereka tidak menjadi masalah.


Lama juga saya dok bersembang dan banyak bertanyakan kepada Pak Ngah Thim ni walaupun antara faham dan agak-agak dengan dialek siam Patani. Saya bersyukur dapat ilmu yang baru. "Khob khun ka Pak Ngah Thim!" Jawab saya. Maksudnya "Terima Kasih Pak Ngah Tim". Kira boleh juga saya berbahasa siam ni. Insyallah kita berjumpa lagi dengan coretan perjalanan yang lain. Jam sudah menunjukan pukul 5.39 Petang, sudah masanya projekcendawan.com untuk balik ke Malaysia.


Selamat Datang Ke Malaysia... Selamat Datang juga Cendawan Dari Siam. :)
Bila pula Cendawan Malaysia Nak Dieksport pula???

Nota Kami: Jumpa lagi di coretan perjalanan yang lain pula.