Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

01 November 2007

Projek Cendawan Abalone Di Changlun, Kedah

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2007 telah diadakan pada 22-27 Oktober 2007 bertempat diperkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star Kedah Telah dirasmikan oleh Menteri Besar kedah dato' Mahdzir khalid.

Showcase Penanaman Cendawan Tiram Dan Cendawan Abalone di ruang pameran Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun.


Sekitar kawasan pameran Hari Peladang Negeri Kedah








Pameran Hasil Produk PesertaCendawan Tiram Kelabu


Projek Cendawan berkesempatan melawat dan melihat produk-produk tani yang di pamerkan bahkan dijual kepada para pengunjung. Sepanjang melawat ruang pameran, saya tertarik salah satu ruang pameran Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, semestinya projek yang dijalankan oleh ahli peserta projek Cendawan Abalone. Cendawan abalone atau nama saintifiknya Pleurotus Cystdiosus merupakan projek di bawah seliaan Pertubuhan peladang Kawasan Changlun, Kedah.
Berbekalkan maklumat daripada Pameran Projek Cendawan Abalone di hari Peladang Negeri kedah, ProjekCendawan mengunjungi pegawai yang menjaga projek peserta di Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun,


Projek yang dijalan oleh En Ismail dari Changlun baru sahaja memulakan projek cendawan jenis Abalone pada bulan Jun 2007, dibawah bimbingan dan selian Pegawai Pemantau En. Zulkifli PPK Changlun, Kedah. Saya juga berkesempatan menemui En. Zulkifli, pegawai projek dan Pengusaha cendawan Abalone, En Ismail.

Rumah Cendawan berbumbungkan atap rumbia dan berdindingkan netting hitam 80% ketelusan cahaya.





Hasil pertemuan dan perbincangan dengan En Ismail, permintaan cendawan jenis Abalone juga meningkat. Kutipan cendawan yang pertama membuahkan hasil sebanyak 40-50 kg sehari. beliau yang pernah mengikuti Kursus Cendawan Oleh Puan Normah Ibrahim, Jabatan Pertanian Putrajaya pada bulan Jun di Perak. Pihak Projek Cendawan mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta Pertubuhan Peladang Changlun yang komited untuk meneruskan penanaman cendawan

En. Ismail di hadapan Rumah Cendawan Abalone. Syabas!

Berita Harian: Sentral: Industri cendawan berkembang

Sentral: Industri cendawan berkembang

KUALA LUMPUR: Industri cendawan di negara ini kini melangkah ke era yang memberangsangkan apabila ia diusahakan secara komersial oleh usahawan tani menggunakan kaedah bioteknologi. Pengurus Pusat Perintis Agro-Tech Centre, Hilmy Hamzah, berkata bagi meningkatkan lagi bilangan mereka yang terbabit dalam pertanian ini pihaknya bertanggungjawab menyalurkan ilmu serta kemahiran yang diperlukan. “Sebagai pusat yang bertanggungjawab kita dapati perkembangan industri cendawan begitu positif dan membanggakan. Semakin ramai yang berminat menceburi industri ini apabila ia diusahakan secara komersial.
“Kami mengutamakan penerapan kemahiran sebenar kepada individu supaya setiap pengusaha cendawan yang dilahirkan adalah berkualiti dan berdaya saing selaras dengan hasrat untuk menjadikan sektor pertanian sebagai perniagaan,” katanya di sini, semalam. Katanya, permintaan terhadap hasil pertanian ini agak besar dan untuk itu lebih ramai pengusaha cendawan perlu dilahirkan setiap tahun bagi menampung keperluan yang sentiasa meningkat. Sementara itu, Pengerusi Biro Pertanian Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, berkata perkembangan positif sektor pertanian perlu diperluaskan supaya lebih ramai anggota masyarakat menikmati hasil lumayan dari bidang pertanian umumnya dan industri cendawan khasnya.

Perkembangan dan masa depan sektor pertanian dibincangkan secara terperinci di Konvensyen Pertanian Kebangsaan yang berakhir semalam di Negeri Sembilan, katanya. Hilmy berkata bagi memberi peluang orang ramai menimba ilmu dalam penanaman cendawan, satu kursus penanaman cendawan teknik terkini akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa pada 3 November ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Maklumat lanjut hubungi urus setia di talian 03-41082298, 019-3311298 atau 012-6621367