Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Blog Archive

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

27 Disember 2007

KURSUS CENDAWAN DI DALAM RANGKAIAN PENGUSAHA CENDAWAN SELURUH MALAYSIA TAHUN 2008

Anda juga berpeluang untuk mengikuti kursus cendawan anjuran rangkaian pengusaha projek cendawan diseluruh Malaysia antaranya:

KURSUS CENDAWAN - EM oleh En Khairul






PUCHONG CENDAWAN FARM - PUCHONG, SELANGOR



FATISHA AGRO FARM - KAJANG, SELANGOR




CHINI AGRO FARM- PEKAN, PAHANG



Psstikan anda menghubungi penganjur-penganjur kursus cendawan diatas bagi mendapatkan maklumat kekosongan penyertaan. Selamat berkursus kepada anda semua.

Insyallah pihak ProjekCendawan.Com akan mengadakan kursus pembenihan cendawan menggunakan tisu kultur di makmal kami khususnya kepada pengusaha yang sedia ada dan kepada mereka yang berminat. Tunggu ya.

UTUSAN MALAYSIA 27 DIS 2007 : Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.

Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.

Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.

‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.

Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.


Nota kami: Masih tidak percaya bahawa Pertanian itu adalah perniagaan yang menguntungkan jika kena dengan caranya. Semoga pertanian tanaman cendawan dapat membuka minda kepada anda. - wan projekcendawan.com

18 Disember 2007

Coretan sepanjang Kursus Usahawan Tani Cendawan pada 16 Disember 2007 di Alor Setar, Kedah


Klik Untuk gambar lebih besar

Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi keizinan untuk memberi peluang kepada pihak projekcendawan.com untuk menganjurkan Kursus Usahawan Tani Cendawan di Zon Koridor Utara pada 16 Disember 2007 di Kompleks Dewan Sultanah Bahiyah, Institut Pengurusan Intergriti Kedah, Alor Star dengan jayanya.


Taklimat Usahawan Oleh Projekcendawan Dan Penenerangan Oleh Puan Normah Ibrahim, Pegawai Jabatan Pertanian di dalam rujukan Industri cendawan.

Kali ini terdapat 104 orang peserta yang telah menghadiri di dalam Kursus Usahawan Tani Cendawan dengan pendekatan teori dan pratikal. Pihak projekcendawan.com mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian khususnya Pengarah Di Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur, Putrajaya memberi kerjasama membenarkan Pegawai Rujukan Cendawan, Puan Normah Ibrahim dan Cik Hartini sebagai penceramah jemputan di dalam memberi penerangan dan pratikal di dalam industri cendawan ini. Kerjasama yang dijalankan mengikut prosedur di dalam Jabatan Pertanian Putrajaya setelah membuat surat permohonan kepada Pengarah Di Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur bagi mendapatkan standard piawai penanaman cendawan bagi memfokuskan amalan kerbersihan baik kepada para peserta kursus cendawan kali ini. Kerjasama yang terjalin dengan Jabatan Pertanian dapat meningkatkan kesedaran di kalangan awam kepentingan peningkatan amalan kebersihan baik di dalam penanaman cendawan.




Pihak projekcendawan.com kini menumpukan kepada penekanan 4P di dalam kursus penanaman cendawan kali ini. 4P yang dimaksudkan adalah MENGUJUDKAN PEMBEKAL, PENANAM CENDAWAN, PEMBORONG/PERAIH dan PENGUSAHA IKS. Rangkaian 4P ini bagi menjamin PEMASARAN BERTERUSAN bagi mensasarkan kepada PENGGUNA.



Kaedah memetik tuaian cendawan dan antara peserta yang yang hadir kursus cendawan

Di Negeri-negeri sebelah Utara, kebanyakkan sumber bahan bagi bekalan seperti habuk kayu masih banyak lagi. Terdapat banyak kilang-kilang kayu getah yang boleh didapati habuk kayu getah dan juga dedak padi halus atau di sebelah Kedah dipanggil dedak padi simen kerana ia halus seperti simen.




Memastikan beg media tidak terlalu longgar dan ketat agar tidak menyekat pertumbuhan miseliam

Jika sekarang, industri cendawan menumpukan kepada penghasilan cendawan mentah (RAW). Jadi tibalah masanya untuk mengubah cendawan mentah kepada produk hasil hiliran seperti makanan sejuk beku. Konsep yang diketengahkan oleh ProjekCendawan bagi mewujudkan usahawan tani yang pelbagai di dalam satu sumber berasaskan cendawan. Maka tidak semua akan menjadi penanam, mungkin ada diantara peserta yang hadir berminat untuk menjadi pengusaha IKS. Dari maklumat penyertaan kursus kali ini, terdapat 4 orang Pengurus IKS Kilang Makanan sejuk beku yang sedia ada di negeri-negeri sebelah Utara ini.



Campuran media Habuk Kayu Getah, Dedak Padi Halus dan Kapur Pertanian 100:10:1

Tahniah diucapkan kerana membuka mata dan minda bahawa industri cendawan ini boleh diterokai dengan meluas lagi. Insyallah ProjekCendawan akan membuka industri IKS dikalangan penduduk luar bandar dimana terdapat banyak sumber-sumber bekalan yang boleh diperolehi secara lokaliti. Insyallah. Kepada yang telah berkursus, semoga kalian dapat memanfaatkan ilmu dengan baik agar dapat menjanakan pendapatan keluarga dan seterusnya kepada Ummah. Sekali lagi saya mengingati kepada diri saya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hinggalah mereka sendiri mengubahnya sendiri dengan USAHA sendiri. Selamat maju jaya buat semua bakal usahawan tani.


Teknik inokulasi meletakkan benih benih cendawan ke beg media


Nota kami: Pihak ProjekCendawan.Com mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua peserta kursus cendawan di zon koridor utara. Semoga tabah menghadapi musim tengkujuh yang diuji oleh NYA
08 Disember 2007

Semakin ramai petani guna ICT

BUTTERWORTH 7 Dis. – Petani merupakan golongan tertinggi di kawasan luar bandar yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mengakses portal-portal kerajaan bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan.

Kajian oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini menunjukkan golongan itu memanfaatkan portal-portal berkenaan untuk memajukan aktiviti pertanian yang dijalankan.

Ketua Pengarah ICU, Tan Sri Khalid Ramli berkata, perkembangan positif itu membuktikan bahawa usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan melalui aplikasi ICT kepada penduduk luar bandar semakin membuahkan hasil.

“Ini memberi petanda bahawa kemudahan ICT hasil daripada ledakan teknologi maklumat sebenarnya mampu manfaat yang sangat besar terutamanya kepada golongan di luar bandar.

“Justeru adalah amat penting supaya akses kepada portal-portal ini diperluaskan bagi membolehkan rakyat di semua lapisan tidak akan tersisih daripada kepesatan teknologi maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran portal i-Cerve U dan e-Merah peringkat negeri Pulau Pinang yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah di Dataran Pemuda Merdeka di sini hari ini.

Khalid berkata, kajian itu turut menunjukkan pelajar dan kakitangan kerajaan merupakan golongan yang paling ramai menggunakan ICT di negara ini.

Beliau bagaimanapun berkata, secara keseluruhannya, penggunaan ICT di kawasan luar bandar masih berada pada tahap yang rendah dan kegiatan mempromosikan penggunaan kemudahan itu perlu terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau menyeru para pemimpin masyarakat termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menyediakan kios di kawasan masing-masing bagi memudahkan orang ramai mempelajari serta menggunakan kemudahan itu.

“Kita perlu sedar bahawa kemudahan (portal) ini semakin relevan seiring dengan kepesatan pembangunan negara terutamanya melalui inisiatif zon pembangunan wilayah seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER),” katanya.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid memberitahu, portal i-Cerve U merupakan gerbang informasi yang dapat membantu orang ramai mendapatkan maklumat daerah termasuk direktori pejabat daerah dan borang-borang permohonan yang boleh dimuat turun.

Berkonsepkan ‘singgah sebentar, selesai semua’ portal itu juga jelasnya, dapat memudahkan orang ramai memperoleh maklumat mengenai projek pembangunan yang sedang dan akan dijalankan di kawasan mereka.

“Selain mengandungi informasi daerah, ia juga menyediakan jaringan atau pautan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh agensi atau jabatan serta pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
03 Disember 2007

Kongsi Ilmu - jalan-jalan di ladang Cendawan Thailand

Pengembaraan ProjekCendawan.Com kini ke negara Gajah Putih pula iaitu Negara Thailand. Projek Cendawan melalui pintu masuk utama sempadan di Bukit Kayu Hitam atau di dalam bahasa siamnya " Kuan Mhai Dam". Tujuan ProjekCendawan.Com ke Haadyai adalah untuk membuat pemerhatian dan "survey" market cendawan yang dibawa masuk dari Thailand. Hasil yang pemerhatian ProjekCendawan.com, banyak cendawan yang dibawa masuk melalui pintu masuk sempadan Malaysia Thailand ini. Maknanya permintaan pasaran cendawan di negara kita amat tinggi hinggalah kita terpaksa mengimport cendawan pula. Bagi projekCendawan.Com, ini adalah peluang bagi mengkaji rutin pengguna cendawan sebelum menggunakan peluang ini sebagai satu pasaran cendawan di negara kita. Selain itu juga, ProjekCendawan sememangnya ingin belajar teknik-teknik terkini penanaman cendawan. Negara Thailand ini banyak membuat teknik-teknik menggandakan hasil tuaian bagi menjanakan pendapatan petaninya. Setiap hasil-mahsul cendawan akan diperiksa oleh Pegawai Pertanian yng bertanggungjawab memastikan agar tiada unsur-unsur yang penyakit pertanian yang boleh menjejaskan petani di negara kita.




"Sawaddika..kun sabai di re" Selamat Datang Dan Salam Sejahtera. Itulah sapaan pertama oleh seorang pengusaha cendawan di Baan Phru, Haadyai, Thailand. Pengusaha yang dimaksudnya adalah Pak Thim yang berbangsa Siam. Memandangkan Uncle Thim boleh berbahasa Melayu Pattani, kira bolehlah komunikasi dijalankan. Kalau tak, susah juga untuk mendapatkan ilmu kan :). Maklumlah ilmu cendawan. Tidak semua orang ingin berkongsi, projekcendawan.com akan berkongsi kepada semua peminat cendawan teknik-teknik penanaman cendawan dari negara jiran ini.


Pak Thim mengusahakan tanaman cendawan tiram putih dan terdapat 8 buah rumah cendawan berkeluasan 15' x 20' yang memuatkan 12ribu beg media cendawan setiap satu rumah.


Disini, Pak thim menggunakan tali sebagai tempat menggantungkan beg media cendawan tiram putih. Hasil maklumat dari Pak Ngah Thim, ada habuk kayu getah yang diambil dari Malaysia. Sampai begitu sekali rangkaian pengusaha dari negara jiran ini. Bekalan habuk kayu bagi mereka tidak menjadi masalah.


Lama juga saya dok bersembang dan banyak bertanyakan kepada Pak Ngah Thim ni walaupun antara faham dan agak-agak dengan dialek siam Patani. Saya bersyukur dapat ilmu yang baru. "Khob khun ka Pak Ngah Thim!" Jawab saya. Maksudnya "Terima Kasih Pak Ngah Tim". Kira boleh juga saya berbahasa siam ni. Insyallah kita berjumpa lagi dengan coretan perjalanan yang lain. Jam sudah menunjukan pukul 5.39 Petang, sudah masanya projekcendawan.com untuk balik ke Malaysia.


Selamat Datang Ke Malaysia... Selamat Datang juga Cendawan Dari Siam. :)
Bila pula Cendawan Malaysia Nak Dieksport pula???

Nota Kami: Jumpa lagi di coretan perjalanan yang lain pula.
30 November 2007

NST: English teacher's lesson in mushroom growing pays off



It took several years of loafing and odd jobs before Faiz Mansor, 23, found his niche growing oyster mushrooms.

Like many of his friends, Faiz set out into the world after completing his Sijil Pelajaran Malaysia examination.

He moved to Kuala Lumpur to find a job, ending up as an operator in a food packaging factory, with a meagre salary.

Barely able to survive on his salary, he moved back to his family home in Kampung Datuk Ali, Chuping, after a year.

Discouraged and broke, he spent the next few years helping out in the family's padi field and taking up odd jobs.
But his luck changed when a family friend came along.

English teacher Ooi Guan Teck offered to guide Faiz in starting an oyster mushroom farm.

Being a regular visitor to the family, Ooi, who teaches at SK Sintok, Kedah, had known young Faiz for a long time.

"I was sceptical about growing mushrooms. But I decided to give it a try.

"Cikgu Ooi helped me build the mushroom farm from scratch.



"I owe Cikgu Ooi a lot. He taught me all about growing mushrooms without asking for a single sen," said Faiz.

After several months under Ooi's tutelage, Faiz began his own mushroom farm at the backyard of his home.

With the help of 15 of Ooi's pupils, Faiz began constructing his mushroom farm four years ago.

He started out with a single mushroom house, which is a wooden barn fully covered with plastic sheets to retain a cool temperature.

Now, Faiz has four mushroom houses, which produce up to 300kg of mushrooms on a good day.

He currently has four workers and his homemaker wife, Nur Alia Abdullah, 26, helps out with the farm work.

Faiz earns an average of RM5,000 a month from his oyster mushrooms, which he sells to wholesale markets in Kangar and Alor Star. He sells the mushrooms for between RM3 and RM4 per kg.

Growing a batch of oyster mushroom begins with preparing the compost, which consists of chipped rubber tree wood, calcium chloride and bran. The compost is steamed before the mushroom spawns, or seeds, are added.

This mixture is packed into tube-shaped plastic bags with holes punched on the top.

The oyster mushrooms would sprout out of the punched holes within days.

The fan of an oyster mushroom can reach up to 25cm in diameter.

"I never expected to earn a living growing mushrooms. My original ambition was to become a building contractor.

"But after three years of business, I have no regrets entering this field," said Faiz.

"I plan to market my mushrooms to Penang and Kuala Lumpur where they can fetch a higher price.

"In Perlis, local sellers face stiff competition from Thailand. That is why prices are very low here."

Sumber: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2060473/Article


Nota kami: Penanaman cendawan bukan boleh menjanakan pendapatan bahkan khasiat cendawan boleh mengelakkan penyakit barah.
28 November 2007

Kursus Cendawan di Kundasang Sabah anjuran Koperasi Pembangunan Desa

Hari ini saya menyusuri internet, mencari maklumat tentang penanaman cendawan. Akhirnya sepanjang carian saya mengenai penanaman cendawan di internet semakin ramai penanaman cendawan menggunakan platform internet sebagai tempat berkongsi ilmu dan pemasaran. Maka wujudlah blogger-bloger yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Rasanya cendawan selepas ini tak tumbuh lagi selepas hujan, kerana boleh didapati setiap hari. Jadi tanaman cendawan kini dapat diusahakan secara komersil dan mendatangkan pendapatan yang lumayan.


Antara laman web blogger yang menarik perhatian saya ialah http://www.joyblee.com/. Web ini merupakan web blog berkaitan dengan personal. Kenapa ia menarik perhatian saya kerana pemilik web blog ini adalah salah seorang peserta Kursus Penanaman Cendawan anjuran Koperasi Pembangunan Desa, Sabah yang telah menghadiri kursus pada 22-23 November yang lalu. Antara speaker yang hadir adalah Puan Normah Ibrahim, Pegawai dari Jabatan Pertanian Putrajaya dan Puan Jamilah Lee Pengurus Projek Cendawan Komersil yang berskala besar di Kundasang Sabah.

Berikut adalah antara gambar yang diimport terus dari web blog http://www.joyblee.com/. Terima kasih JoyBlee.


Sekitar ladang cendawan tiram kelabu di Kundasang Sabah, Tempatnya sejuk. Dekat Dengan Gunung Kinabalu.


Antara produk-produk hasil hliran cendawan.


Gambar peserta kursus yang mendapat sambutan di Negeri Sabah


Puan Jamilah Lee, Pengurus Projek Cendawan di Kundasang Sabah dan Pegawai Rujukan Cendawan, Puan Normah Ibrahim yang dibawa khas dari Putrajaya ke Kundasang Sabah bagi menjayakan kursus penanaman cendawan anjuran Koperasi Pemangunan Desa, Sabah. Tahniah!!

Nota kami:/ Insyallah pihak projekcendawan.com akan melawat tempat operasi Projek Penanaman cendawan di Kundasang, Sabah tidak lama lagi. Berjumpa disana. Nantikan ilmu-ilmu yang akan dikongsi bersama kepada semua peminat cendawan. - projekcendawan.com
24 November 2007

Dokumentari Projek Tanaman Cendawan di Majalah 3

Semoga Dokumentari ini membuka minda bahawa projek tanaman cendawan boleh menjana pendapatan. Pertanian adalah perniagaan. Terima kasih kepada Atiqah Trading dan TV3 memberi maklumat yang bermanfaat kepada semua.



Projek Cendawan Di Parlimen Pekan Pahang. Jemputan Khas Oleh Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan, Pahang



Baru-baru ini ProjekCendawan.Com telah dijemput untuk menjalinkan kerjsama dengan Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan dan Pekan Cendawan oleh Saudara Zainuzzi Hassan. Ramai Peserta seminar yang datang dari sekitar negeri Pahang hadir di dalam seminar tanaman cendawan ini. Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan dan Pekan Cendawan dengan inisiatif mewujudkan Pusat Kecemerlangan Teknokrat Parlimen Pekan (Technopreneur Acceleration Centre) atau singkatannya T.A.C. yang terletak di Kg. Mengkasar berhampiran dengan Murtabak Mengkasar. Matlamat penubuhan T.A.C ini adalah sebagai ‘Pusat Inkubator’ untuk melahirkan bakal usahawan yang berjaya dari peringkat akar umbi untuk merealisasikan Projek Pembangunan K-Ekonomi Parlimen Pekan yang dinaungi oleh YAB. Datuk Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pekan.



sentiasa memikirkan dan mencari inisiatif dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk di Parlimen Pekan khususnya. Golongan yang diberikan fokus utama oleh pihak biro ialah,
Golongan miskin, Suri rumah, Golongan Ibu Tunggal,Golongan Belia Kampung & Para Siswazah yang menganggur,di mana golongan yang disebutkan di atas, tidak mempunyai pendapatan yang konsisten dan ada di antara golongan tersebut berada di bawah paras kemiskinan.


Melalui kerjasama ProjekCendawan.Com dan Biro Ekonomi Bahagian UMNO Pekan serta Pekan Cendawan dapat membantu memberikan apa jua peluang perniagaan yang berpotensi dalam meningkatkan taraf ekonomi golongan tersebut dan berusaha dalam mengurangkan tahap Kemiskinan Tegar di Parlimen Pekan.

Sebagai permulaan projek di T.A.C, pihak biro menfokuskan projek dalam sektor pertanian demi menyahut seruan kerajaan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan YAB. Perdana Menteri khususnya untuk menjadikan ‘PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’. Sehubungan dengan itu, pihak Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan telah memilih Projek Industri Cendawan Tiram Kelabu sebagai projek perintis ke arah Pembanguan K-Ekonomi Parlimen Pekan. ProjekCendawan.Com berharap dan berhasrat menjadikan Parlimen Pekan sebagai Pengeluar Utama Cendawan Tiram Kelabu di Malaysia amnya dan di Negeri Pahang khasnya. Diharapkan kerjasama yang erat daripada pihak YH. Dato’ Haji Safie Baharom, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pahang untuk membantu pihak UMNO Bahagian Pekan merealisasikan hasrat ini.

Bagi melancarkan perjalanan operasi projek ini, pihak Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan telah menjalinkan usahasama dengan Pekan Cendawan. Pekan Cendawan akan bertindak sebagai Pengurus Projek bagi memantau perjalanan projek dalam menjayakan projek perintis ini. Pekan Cendawan akan bertanggungjawab dalam pengurusan operasi T.A.C, khidmat perundingan perniagaan kepada usahawan, pengurusan operasi dan akaun syarikat usahawan, perunding dengan agensi kerajaan dan pihak institusi kewangan untuk mendapatkan dana kewangan dalam membiayai kewangan projek usahawan. Diharapkan dengan wujudnya Pusat Kecemerlangan Teknokrat Parlimen Pekan ini akan dapat melahirkan usahawan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. ProjekCendawan.com melalui Pekan Cendawan akan membantu dari segi konsultansi bagi merealisasikan projek tanaman cendawan ini di daerah Pekan.


Taklimat ringkas oleh Projekcendawan.Com dan Gambar peserta yang menghadiri seminar tanaman cendawan di Bangunan UMNO Bahagian Pekan, Pahang

Seminar pada hari Sabtu yang lepas disasarkan kepada golongan miskin, ibu tunggal, suri rumah, belia kampung dan siswazah yang menganggur dan pesara kerajaan dalam memberi peluang pendapatan yang konsisten bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka. Saya difahamkan oleh urusetia seminar, sambutan terhadap seminar pada hari tersebut amat menggalakkan sehingga pihak urusetia terpaksa menolak sebahagian perdaftaran peserta. Pihak urusetia seminar pada mulanya merancang penyertaan terhad kepada 50 orang sahaja tetapi pada hari ini penyertaan dihadiri seramai 60 orang peserta. ProjekCendawan.Com dan Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan serta Pekan Cendawan amat berasa bangga dengan sambutan yang menggalakkan ini. Semoga Parlimen lain menjadi kan satu pelan tindakan bagi menggalakan penanaman cendawan sebagi tanaman komersil bahkan boleh mengubah kehidupan keluarga petani.

Berikut disertakan alamat bagi rangkaian projekCendawan di daerah Pekan, Pahang kepada yang berminat bagi mengetahui kursus bagi sekitar Parlimen Pekan..

ZAINUZI HASSAN
Pengurus Projek,
Pekan Cendawan,
No. 253, Jalan Sultan Abu Bakar, Kg. Mengkasar,
26600 Pekan, Pahang.
Tel : 019-985 7777
08 November 2007

Kenali Cendawan Shiitake


Cendawan Shiitake (椎茸, Shiitake?) (Lentinula edodes) atau cendawan Hioko dan sering ditulis sebagai cendawan shitake adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.

Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878.

Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara.

Shiitake dalam bahasa Cina disebut xiānggū (Hanzi: 香菇, "cendawan harum"), sedangkan yang berkualiti tinggi dengan payung yang lebih tebal disebut dōnggū (Hanzi: 冬菇, "cendawan musim dingin") atau huāgū (花菇, "cendawan bunga") kerana pada bahagian atas permukaan payung terdapat motif retak-retak seperti bunga mekar.

Di Indonesia kadang-kadang dinamakan cendawan jering ("jamur jengkol") [1], kerana bentuk dan aromanya seperti jering walaupun bagi sebahagian orang, rasa cendawan ini seperti rasa petai.

Shiitake juga dikenali dengan nama Cendawan hitam China, kerana asalnya memang dari Tanah Besar China dan sudah ditanamkan sejak 1,000 tahun yang lalu. Sejarah pertama tertulis tentang penanaman shiitake ditulis Wu Sang Kuang pada zaman Dinasti Song (960-1127), walaupun cendawan ini sudah dimakan orang di China sejak tahun 199 Masihi.

Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), doktor bernama Wu Juei menulis bahawa cendawan shiitake bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi juga sebagai ubat untuk penyakit saluran nafas, melancarkan peredaran darah, meredakan radang hati, memulihkan lelah dan meningkatkan tenaga chi. Shiitake juga dipercayai dapat melambatkan proses penuaan

Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.

Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut dashi didapati dengan merendam shiitake kering di dalam air.

Di Jepun, shiitake merupakan isi sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake.

Rusia juga menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam bungkusan botol.
02 November 2007

KURSUS CENDAWAN PERINTIS AGROTECH

KURSUS CENDAWAN

ANJURAN: PERINTIS AGRO TECH

PENCERAMAH: PUAN NORMAH IBRAHIM, JABATAN PERTANIAN PUTRAJAYA

LOKASI: UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA. Dewan Kuliah Undang-undang

TARIKH: 3 NOV 2007

MASA: 9.00 Pagi - 5.00 Petang


BERMINAT?? HUBUNGI EN HELMY 03-41082298, 019-3311298 atau 012-6621367
01 November 2007

Projek Cendawan Abalone Di Changlun, Kedah

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2007 telah diadakan pada 22-27 Oktober 2007 bertempat diperkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star Kedah Telah dirasmikan oleh Menteri Besar kedah dato' Mahdzir khalid.

Showcase Penanaman Cendawan Tiram Dan Cendawan Abalone di ruang pameran Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun.


Sekitar kawasan pameran Hari Peladang Negeri Kedah








Pameran Hasil Produk PesertaCendawan Tiram Kelabu


Projek Cendawan berkesempatan melawat dan melihat produk-produk tani yang di pamerkan bahkan dijual kepada para pengunjung. Sepanjang melawat ruang pameran, saya tertarik salah satu ruang pameran Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, semestinya projek yang dijalankan oleh ahli peserta projek Cendawan Abalone. Cendawan abalone atau nama saintifiknya Pleurotus Cystdiosus merupakan projek di bawah seliaan Pertubuhan peladang Kawasan Changlun, Kedah.
Berbekalkan maklumat daripada Pameran Projek Cendawan Abalone di hari Peladang Negeri kedah, ProjekCendawan mengunjungi pegawai yang menjaga projek peserta di Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun,


Projek yang dijalan oleh En Ismail dari Changlun baru sahaja memulakan projek cendawan jenis Abalone pada bulan Jun 2007, dibawah bimbingan dan selian Pegawai Pemantau En. Zulkifli PPK Changlun, Kedah. Saya juga berkesempatan menemui En. Zulkifli, pegawai projek dan Pengusaha cendawan Abalone, En Ismail.

Rumah Cendawan berbumbungkan atap rumbia dan berdindingkan netting hitam 80% ketelusan cahaya.





Hasil pertemuan dan perbincangan dengan En Ismail, permintaan cendawan jenis Abalone juga meningkat. Kutipan cendawan yang pertama membuahkan hasil sebanyak 40-50 kg sehari. beliau yang pernah mengikuti Kursus Cendawan Oleh Puan Normah Ibrahim, Jabatan Pertanian Putrajaya pada bulan Jun di Perak. Pihak Projek Cendawan mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta Pertubuhan Peladang Changlun yang komited untuk meneruskan penanaman cendawan

En. Ismail di hadapan Rumah Cendawan Abalone. Syabas!