Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

31 Julai 2007

Koridor Utara zon makanan moden


Koridor Utara zon makanan moden

PERTANIAN merupakan sektor ekonomi utama di kawasan utara Semenanjung Malaysia dengan padi menjadi tanaman utama. Pembabitan tenaga kerja dalam bidang ini pula ialah 21.7 peratus bagi Perlis, 19 peratus bagi Kedah, Perak (18 peratus) dan Pulau Pinang (1.4 peratus).

Selain padi, aktiviti-aktiviti pertanian di Koridor Utara turut merangkumi tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah dan tebu serta penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Daripada sejumlah 800,000 hektar kawasan pertanian utama hampir 42 peratus ditanam dengan padi, lebih kurang 49 peratus dengan kelapa sawit sementara getah dan tebu masing-masing tiga peratus.

Bagaimanapun, pendapatan para petani didapati masih rendah berbanding pendapatan pekerja di sektor-sektor lain.

Ia berpunca daripada kadar pengeluaran tanaman yang rendah, yang disebabkan oleh beberapa faktor asas.

Salah satu objektif utama Koridor Utara adalah untuk menangani faktor-faktor tersebut, seterusnya meningkatkan pendapatan petani dan juga sumbangan ekonomi dari sektor pertanian.

Koridor Utara akan dijadikan zon makanan moden bagi Malaysia, bermula dengan inovasi daripada pakar-pakar sains, yang kemudiannya digunapakai dan dikomersialkan oleh pihak industri berdasarkan piawaian antarabangsa dan dipasarkan ke pasaran domestik serta luar negara.

Perubahan dari amalan-amalan sedia ada kepada amalan-amalan ‘pertanian baru’ adalah amat penting bagi menangani isu kadar pengeluaran yang rendah dan menambahbaik produktiviti tanah. Ini seterusnya akan meningkatkan sumbangan ekonomi sektor pertanian, menambah pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan defisit perdagangan negara dalam bahan makanan yang telah meningkat kepada RM7.4 bilion pada tahun 20053.

Selaras dengan program-program untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian di Koridor Utara terdapat beberapa inisiatif khas untuk mengukuhkan nilai jenama bagi membolehkan produk-produk memperoleh harga premium yang lebih tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebuah organisasi pemasaran yang profesional akan dilantik untuk menjenamakan dan memasarkan sesetengah produk Koridor Utara untuk mewujudkan kaitan kualiti dengan wilayah ini seperti kejayaan penjenamaan ‘Australian Beef’ dan ‘California Grapes’.

Untuk melengkapkan usaha-usaha penjenamaan, organisasi benih dan piawaian akan bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan kualiti ke atas syarikat-syarikat yang menggunakan jenama Koridor Utara bagi memastikan bahawa nilai jenama terpelihara.

Selain itu, bakat dalam bidang pertanian di Koridor Utara hendaklah diasak lagi untuk menggalakkan langkah ke arah pertanian baru.

Program biasiswa akan diperkenalkan bagi membiayai pelajar-pelajar dari keluarga Koridor Utara untuk mempelajari subjek-subjek pertanian moden seperti pertanian bioteknologi di universiti tempatan dan asing.

Penubuhan Fakulti Pertanian bagi Koridor Utara juga sedang dirancang untuk menjamin kesediaan tenaga pekerja dan keperluan penyelidikan masa depan.

Selain daripada program-program di atas, inisiatif spesifik akan dilaksanakan sama ada untuk memodenkan pertanian tanaman-tanaman yang sedia ada atau untuk menggalakkan pertanian moden secara besar-besaran di kawasan yang berpotensi tinggi.

Segala usaha ini diharap dapat mengubah Koridor Utara daripada satu kawasan pertanian tradisi kepada zon pengeluaran makanan moden yang menguntungkan.

Penanaman Padi

Sektor padi berpotensi untuk meningkatkan produktiviti daripada tahap pengeluaran semasa iaitu 3-5 tan sehektar kepada 8 tan sehektar menjelang 2012 dan 9-10 tan sehektar menjelang 2020 jika isu-isu semasa seperti infrastruktur pengairan dapat ditangani. Ini akan meningkatkan tahap pendapatan petani-petani dan juga mengurangkan pergantungan atas import padi dari negara lain.

Inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran padi dan menambah pendapatan petani termasuk:

* Penghasilan biji benih padi bermutu tinggi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih.

* Penambahan bilangan pengeluar biji benih yang diperakui.

* Pewartaan kawasan jelapang utama untuk melindungi kawasan padi daripada digunakan untuk tujuan selain pertanian makanan.

* Pelaksanaan program pertanian bersepadu untuk mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan petani, contohnya, penternakan ikan di dalam tali air atau penanaman buah-buahan dan tanaman kontan di sepanjang batas.

*Penambahan nilai kepada hasil padi dengan menggalak aktiviti hiliran berasas dedak, jerami dan sekam padi.

* Penukaran jenis tanaman bagi petani-petani di kawasan yang tidak dirangkumi sistem pengairan moden.

Akuakultur dan Perikanan

Koridor Utara dianugerahkan ciri-ciri semula jadi yang memanfaatkan sektor perikanan dan akuakultur seperti kepelbagaian spesies ikan, kawasan pesisiran pantai sepanjang 700km dan kewujudan sumber-sumber air tawar. Kementerian Pertanian telah mengenal pasti 217 hektar tanah di Perlis dan 202 hektar tanah di Ulu Lenggong, Kedah, yang sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti akuakultur.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan perikanan dan akuakultur termasuk:

* Penubuhan pusat penetasan di Kedah khusus untuk penternakan anak-anak ikan premium untuk makanan atau hiasan.

* Pembangunan industri perikanan laut dalam dan kilang-kilang pemprosesan ikan di Kuala Perlis.

* Pengezonan kawasan pesisiran pantai tertentu untuk penternakan ikan dan kerang-kerangan di dalam sangkar.

* Pendalaman tali air untuk membolehkan aktiviti-aktiviti akuakultur.

Penternakan

Kebanyakan aktiviti penternakan haiwan dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil. Untuk meningkatkan daya saing industri daging tempatan, penternak-penternak akan digalak untuk mengamalkan kaedah fidlot. Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas akan menjadi salah satu sumber haiwan ternakan bagi program fidlot di Koridor Utara.

Produk hampas pertanian seperti jerami, tanaman hijau dan isirung sawit boleh digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. Penternakan haiwan akan dijalankan secara berkelompok untuk mencapai skala yang membolehkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran secara komersial.

Pembangunan sektor penternakan haiwan akan dapat membantu mengurangkan pergantungan atas daging import dan juga mewujudkan sumber pendapatan tambahan bagi para petani di antara kitar menanam dan menuai.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalak penternakan haiwan termasuk:

* Pembangunan sistem fidlot di tahap kampung dan daerah, dengan Pusat Fidlot Kebangsaan, Gemas sebagai sumber pembiakan haiwan

* Pengubahan estet-estet industri yang terbiar kepada ladang ternakan premium. Ini akan menjadi kawasan-kawasan berteknologi tinggi yang tertumpu ke atas produk- produk daging premium seperti burung unta, rusa dan ayam kampung.

* Pembangunan pusat pemprosesan halal di Sg. Petani, Tasik Gelugor dan Padang Besar khusus untuk pasaran eksport

Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan rempah-ratus akan digalakkan di kawasan tanah yang terbiar. Ini akan menjana sumber-sumber pendapatan baru bagi petani dan meningkatkan pertumbuhan eksport Malaysia.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalak pertanian buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk:

* Penghasilan benih-benih berkualiti tinggi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih

* Melatih dan menggalak petani-petani padi untuk menanam pokok buah-buahan dan tanaman kontan di sepanjang tali air dan batas bendang.



Nota kami: diharapkan pengusaha-pengusaha cendawan yang boleh menjanakan industri cendawan secara komersil dan besar-besaran.

25 Julai 2007

Kursus Intensif Penanaman Cendawan (Teori & Praktikal)

2) Kursus Intensif Penanaman Cendawan (Teori & Praktikal)

Tarikh : 4hb Ogos 2007 (Sabtu)

Masa : 8.00 PagiTempat : Atiqah Trading Agrotech
No.11 Kampong Padang,35390 Behrang Station,Perak.

Tempat adalah terhad, sila buat pendaftaran awal. Untuk keterangan lanjut sila hubungi
05-4541635 @ 019-3544888
22 Julai 2007

26 JULAI 2007 TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN DI WISMA TANI, PUTRAJAYA

Assalamualaikum.. Dan salam sejahtera


TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN AKAN DIADAKAN PADA SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 26 JULAI 2007

MASA: 9.00 PPAGI-12 TENGAHARI

TEMPAT: TINGKAT 12, WISMA TANi, PUTRAJAYA


PENCERAMAH: PUAN NORMAH IBRAHIM ( PEGAWAI YANG TERLIBAT DI DALAM INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA)

NOTA ADALAH PERCUMA.

p/s: Sekiranya anda salah seorang penanam cendawan, sila bawa sekali kad perniagaan anda untuk dikemaskini di dalam Direktori Cendawan.

Yang Benar

MOHD IZWAN BIN MOHD KHALIT
012-2952321

12 Julai 2007

Amalan kebersihan Baik Dalam Penanaman Cendawan





p/s: Amalan Baik di dalam sudut kebesihan penanaman cendawan amat ditik beratkan bagi menjamin kebersihan yang baik dan hasil yang berkualiti. - izwan
03 Julai 2007

Senarai Kilang Papan Di Malaysia yang membekalkan Habuk Kayu Untuk Penanaman Cendawan




Oleh kerana ramai yang bertanya tentang senarai tempat yang membekalkan habuk kayu getah. Disini saya mendapat sebuah laman web yang menyenaraikan alamat yang boleh dihubungi bagi industri cendawan. Diharapkan dapat membantu serba sedikit.

http://www.mtc.com.my/industry/team/team.html

p/s: sekiranya anda ingin memberi maklumat lain berkaitan dengan industri cendawan, emelkan kepada saya: jebatcyber@gmail.com

Rantau Agrotech Supply Enterprise ( RASE ): Rahsia 30 Hari Sahaja !!??

Tahukah anda, Rantau AgroTech Supply Enterprise mandapat kaedah untuk memeram beg cendawan hanya 30 hari berbanding sebelum ini 60 hari. Bahkan hasil tuaiannya juga cantik dan rasanya pun sedap. Tahniah kepada Rantau AgroTech Supply Enterprise. Klik link yang telah dirangkaikan.

Rantau Agrotech Supply Enterprise ( RASE ): Rahsia 30 Hari Sahaja !!??


Semoga kita mendapat manfaatnya. Tahniah tahniah tahniah!!!


p/s: Kita kena mencari kaedah bioteknologi bagi mempercepatkan pemeraman dan tuaian cendawan ini.
01 Julai 2007

Coretan: Cendawan Goreng di Majlis Pelancaran Rakan Cop Peringkat parlimen Bandar Tun Razak 1 Julai 2007

Hari ini hari Ahad, aku masih lagi berada di Pangsapuri Seri Penara, di rumah Pakcik aku di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Hari ini juga Hari Keluarga Sri Penara Dan Karnival sambutan 50 Tahun Kemerdekaan dan juga pelancaran Rakan Cop peringkat parlimen Bandar Tun Razak pada 1 Julai 2007. Patutlah ramai polis yang berkampung disini.

Sebelum aku bertolak pulang ke Alor Setar, Kedah Aku pun menggunakan peluang yang ada untuk melihat aktiviti yang ada di sekitar kawasan lapang tempat letak kereta. Banyak gerai pameran yang ada disini antaranya dari Agensi Anti Dadah, Rakan Cop, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan juga Polis trafik.





Antara pemandangan gerai-gerai pameran dan juga gerai jualan. Sepanjang aku kusyuk melihat gerai-gerai pameran, aku terpandang gerai yang menjual cendawan goreng. Ya betul cendawan goreng. kakiku melangkah menuju untuk membeli dan merasai cendawan Goreng. Aku sebenarnya rasa seronok ada juga orang mula memperkenalkan Cendawan Goreng sebagai makanan snek tambahan yang menyelerakan.


Gerai yang menjual cendawan goreng ini di usahakan oleh Encik Fendi yang telah setahun meniaga di kawasan Pasar Malam Bandar Tun Rzak dan Sungai Besi. Gerai En Fendi Boleh di dapati pada kawasan pasar-pasar Malam. Dengan harga RM 2.00, Cendawan goreng boleh dibeli bersama-sama dengan sos pencicah.


Menurut En. Fendi, Cendawan Goreng mula mendapat sambutan yang hangat di kalangan penduduk sekitar Bandar Tun Razak dan Sungai Besi. Aku pun mula lah bertanya berapa banyak jualan bagi satu malam perniagaan, cendawan yang digunakan adalah sebanyak 20-30 Kg bagi satu malam.


Jualan Cendawan Goreng yang dijual oleh En Fendi mula menarik minat pengunjung Karnival untuk merasai keenakan Cendawan Goreng. En Fendi juga menyatakan bahawa tepung yang digunakan adalah campuran tepung dibuat sendiri. Resepi yang bermpah ratus dan enak dimakan. Aku pun sudah merasai, memang sedap.

Mataku melihat En Fendi mengadun Cendawan Tiram Yang di potong memanjang dan di masukkan kedalam bekas. Cendawan-cendawan yang telah siap dipotong, terus dimasukkan resepi tepung goreng berempah. Tanpa menggunakan telur sebagai penyalut. Ini juga merupakan pengalaman yang baru. Menggoreng Cendawan tanpa menggunakan telur sebagai bahan penyalut.

En Fendi juga menyatakan bekalan cendawan tiram kelabu diperolehi dari penanam sekita Hulu Langat, Selangor. Gred Cendawan jenis A selalunya mencecah RM 10 Sekiliogram dan bagi gred B harga bagi sekilogram mencecah RM 6-7. Beliau juga memberitahu ada masanya beliau terputus bekalan cendawan, ini merisaukan beliau. Aku juga memberitahu tentang laman web ProjekCendawan agar boleh merujuk senarai penanam cendawan di sekitar lokaliti dan tempatan.


Bagi aku, hasil tambah nilai dari produk cendawan. Sekiranya anda sebagai penanam cendawan dan juga ingin menambah nilai produk cendawan, ia merupakan satu cara untuk meningkatkan pendapatan anda. Ingat Cendawan merupakan makanan yang berkhasiat untuk kehidupan kita. Jumpa lagi di lain coretan. Kepada En Fendi, All the best. Semoga anda terus maju di dalam peniagaan cendawan goreng. :):):)

p/s: Semoga perjalanan kumendapat ilmu yangboleh dimanfaatkan. Amin Jom Balik Alor Setar...

Wassalam.