Consectetuer
Popular
Dikuasakan oleh Blogger.
Categories
- Berita (40)
- Coretan Perjalanan (6)
- iklan (4)
- Informasi (27)
- Kursus Latihan (15)
- Panduan Penanaman (19)
- Panduan Tanaman Komersil (10)
- Rangkaian Pemasaran (6)
- Usahawan Cendawan (10)
- Video Cendawan (5)
30 Jun 2007
Panduan Penanaman Ulam Raja
Ulam Raja terkenal dikalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkhasiat untuk dibuat ulam atau kerabu. Ia boleh ditanam di Kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.


Panduan menanam Kantan
Kantan ialah sejenis tanaman yang boleh digolongkan sebagai ulam perasa dan pembuka selera. Tanaman ini dipercayai berasal dari Malaysia dan dapati tumbuh meliar ataupun ditanam di kawasan-kawasan tropika . Tujuan uatam dimasukkan bunga kantan ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut. Biasanya Bunga Kantan yang belum kembang dicampur ke dalam masakan sama ada secara mentah atau dimasak. Bunga Kantan mengandungi sedikit A, B, C dan zat-zat galian.


Panduan Penanaman Buah Naga atau Pitaya

Panduan penanaman Pitaya atau Buah Naga. Buah naga merupakan tanaman baru yang diusahakan secara komersil di negara ini. Ia berasal dari Amerika Selatan dan dibawa masuk ke vietnam oleh orang Perancis pada abad kurun ke 19 dari Guyana sebagai tanaman hiasan.

Sumber dari Pejabat Pertanian Putrajaya.
Potensi cendawan-cendawan yang boleh dikomersilkan di Malaysia
Tahukah anda, terdapat 12 jenis cendawan yang boleh dikomersilkan secara besar-besaran di malaysia. Maklumat ini telah saya ambil dari info maklumat Jabatan Pertanian, Putrajaya.


Projek / Perusahaan cendawan meningkatkan pendapatan petani


eratan akhbar ini adalah akhbar bagi hari ini. (29 jun 2007) . Cendawan Shitake telah mula diusahakan di Sabah, kawasan yang memerlukan persekitaran yang dingin dan sejuk. Tahukah harga cendawan cendawan shitake boleh mencecah RM 40-45 sekilogram. Cendawan Shitake ini banyak diimport dari luar negara.
29 Jun 2007
Video Taklimat Cendawan 28 Jun 2007 Wisma Tani Putrajaya
Video Taklimat Cendawan pada 28 Jun 2007 di Wisma Tani, Putrajaya Oleh Puan Normah Ibrahim. Kepada anda yang tidak dapat hadir, diharapkan rakaman video ini dapat memberi manfaat kepada anda.
KLIK DISINI UNTUK DOWNLOAD VIDEO TAKLIMAT
GUNAKAN PERISIAN FLV PLAYER
p/s: Maaflah, rakaman ini menggunakan video kamera biasa ajer. Amatur lah katakan. Jumpa lagi di lain kali. Minggu depan saya out station lagi. Insyallah saya akan kemaskini sepanjang lawatan saya ke ladang-ladang cendawan buat anda semua.
KLIK DISINI UNTUK DOWNLOAD VIDEO TAKLIMAT
GUNAKAN PERISIAN FLV PLAYER
p/s: Maaflah, rakaman ini menggunakan video kamera biasa ajer. Amatur lah katakan. Jumpa lagi di lain kali. Minggu depan saya out station lagi. Insyallah saya akan kemaskini sepanjang lawatan saya ke ladang-ladang cendawan buat anda semua.
Sambutan Yang Hangat Taklimat Projek / Pengusaha / Penanaman Cendawan Komersil Di Malaysia 28 Jun 2007 Di Wisma Tani, Putrajaya

Alhamdulillah Taklimat Penanaman Cendawan yang diadakan di Wisma Tani, Putrajaya pada hari ini (28 Jun 2007) melebihi dari sasaran biasa seramai 109 orang yang hadir di dalam taklimat penanaman cendawan ini. Kebanyakkan yang hadir mendapatkan maklumat taklimat ini dari web blog http://projekcendawan.blogspot.com/ dan web rangkaian kerjasama http://jutawantani.wordpress.com/ serta forum http://www.bicarajutawan.com/. Revolusi pertanian juga seiring dengan gelombang capaian maklumat di internet.
Penceramah di dalam taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Normah Ibrahim dari Seksyen Tanaman Industri, Bahagian Padi Tanaman Industri dan florikultur. Jabatan Pertanian, Putrajaya yang telah lama berpengalaman di dalam indutri penanaman cendawan sejak tahun 70-an lagi.
Taklimat cendawan yang berlangsung selama 3 jam itu mendedahkan banyak maklumat berkaitan dengan sejarah cendawan di Malaysia, Amalan baik penanaman, kaedah penanaman cendawan dan pembiayaan atau insentif dari Jebatan Pertanian bagi penanaman cendawan. terima Kasih kepada puan Normah Ibrahim kerana sudi memberi ilmu dan tunjuk ajar sepanjang taklimat cendawan ini.
Tahniah sekali lagi kepada mereka yang telah hadir di sepanjang taklimat yang padat dan bermanfaat ini. Insyallah, saya akan memasukkan video taklimat buat semua pengunjung blog projekcendawan yang tidak kesempatan untuk mendengar ceramah cendawan. Semoaga kita dapat berkongsi maklumat dikalangan kita.
Taklimat akan datang, akan saya kemaskini buat anda semua dan kepada semua pengusaha-pengusaha cendawan, binalah rangkaian anda di sini. Terima Kasih kepada webmaster http://jutawantani.wordpress.com Salam Mesra dari saya. Wan
p/s: Jika ingin bertani tanpa kotor, jadilah usahawan cendawan yang memerlukan kebersihan. hehe :):):) Wassalam dari Wan, Kedah AgroFarm
21 Jun 2007
Taklimat Penanaman Cendawan Di Wisma Tani Putrajaya
MAKLUMAT TERKINI!!!!
TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN.
LOKASI: Tingkat 12, Wisma Tani, Putrajaya
TARIKH: 28 Jun 2007
Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
PERCUMA SAHAJA & NOTA DISEDIAKAN.
.
UNTUK PERTANYAAN: SILA HUBUNGI PEGAWAI YANG TERLIBAT DI DALAM INDUSTRI CENDAWAN DI PUTRAJAYA
PETA LOKASI

Puan Normah Ibrahim | 03-88703307 |
|
PETA LOKASI

"MARI KITA MENDAPAT INFORMASI YANG BERGUNA & MARI KITA MENJALINKAN RANGKAIAN PEMASARAN DIANTARA KITA" - izwan
Langgan:
Catatan (Atom)




