Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Categories

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

Memaparkan catatan dengan label Usahawan Cendawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usahawan Cendawan. Papar semua catatan
18 Disember 2007

Coretan sepanjang Kursus Usahawan Tani Cendawan pada 16 Disember 2007 di Alor Setar, Kedah


Klik Untuk gambar lebih besar

Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi keizinan untuk memberi peluang kepada pihak projekcendawan.com untuk menganjurkan Kursus Usahawan Tani Cendawan di Zon Koridor Utara pada 16 Disember 2007 di Kompleks Dewan Sultanah Bahiyah, Institut Pengurusan Intergriti Kedah, Alor Star dengan jayanya.


Taklimat Usahawan Oleh Projekcendawan Dan Penenerangan Oleh Puan Normah Ibrahim, Pegawai Jabatan Pertanian di dalam rujukan Industri cendawan.

Kali ini terdapat 104 orang peserta yang telah menghadiri di dalam Kursus Usahawan Tani Cendawan dengan pendekatan teori dan pratikal. Pihak projekcendawan.com mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian khususnya Pengarah Di Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur, Putrajaya memberi kerjasama membenarkan Pegawai Rujukan Cendawan, Puan Normah Ibrahim dan Cik Hartini sebagai penceramah jemputan di dalam memberi penerangan dan pratikal di dalam industri cendawan ini. Kerjasama yang dijalankan mengikut prosedur di dalam Jabatan Pertanian Putrajaya setelah membuat surat permohonan kepada Pengarah Di Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur bagi mendapatkan standard piawai penanaman cendawan bagi memfokuskan amalan kerbersihan baik kepada para peserta kursus cendawan kali ini. Kerjasama yang terjalin dengan Jabatan Pertanian dapat meningkatkan kesedaran di kalangan awam kepentingan peningkatan amalan kebersihan baik di dalam penanaman cendawan.




Pihak projekcendawan.com kini menumpukan kepada penekanan 4P di dalam kursus penanaman cendawan kali ini. 4P yang dimaksudkan adalah MENGUJUDKAN PEMBEKAL, PENANAM CENDAWAN, PEMBORONG/PERAIH dan PENGUSAHA IKS. Rangkaian 4P ini bagi menjamin PEMASARAN BERTERUSAN bagi mensasarkan kepada PENGGUNA.



Kaedah memetik tuaian cendawan dan antara peserta yang yang hadir kursus cendawan

Di Negeri-negeri sebelah Utara, kebanyakkan sumber bahan bagi bekalan seperti habuk kayu masih banyak lagi. Terdapat banyak kilang-kilang kayu getah yang boleh didapati habuk kayu getah dan juga dedak padi halus atau di sebelah Kedah dipanggil dedak padi simen kerana ia halus seperti simen.




Memastikan beg media tidak terlalu longgar dan ketat agar tidak menyekat pertumbuhan miseliam

Jika sekarang, industri cendawan menumpukan kepada penghasilan cendawan mentah (RAW). Jadi tibalah masanya untuk mengubah cendawan mentah kepada produk hasil hiliran seperti makanan sejuk beku. Konsep yang diketengahkan oleh ProjekCendawan bagi mewujudkan usahawan tani yang pelbagai di dalam satu sumber berasaskan cendawan. Maka tidak semua akan menjadi penanam, mungkin ada diantara peserta yang hadir berminat untuk menjadi pengusaha IKS. Dari maklumat penyertaan kursus kali ini, terdapat 4 orang Pengurus IKS Kilang Makanan sejuk beku yang sedia ada di negeri-negeri sebelah Utara ini.



Campuran media Habuk Kayu Getah, Dedak Padi Halus dan Kapur Pertanian 100:10:1

Tahniah diucapkan kerana membuka mata dan minda bahawa industri cendawan ini boleh diterokai dengan meluas lagi. Insyallah ProjekCendawan akan membuka industri IKS dikalangan penduduk luar bandar dimana terdapat banyak sumber-sumber bekalan yang boleh diperolehi secara lokaliti. Insyallah. Kepada yang telah berkursus, semoga kalian dapat memanfaatkan ilmu dengan baik agar dapat menjanakan pendapatan keluarga dan seterusnya kepada Ummah. Sekali lagi saya mengingati kepada diri saya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hinggalah mereka sendiri mengubahnya sendiri dengan USAHA sendiri. Selamat maju jaya buat semua bakal usahawan tani.


Teknik inokulasi meletakkan benih benih cendawan ke beg media


Nota kami: Pihak ProjekCendawan.Com mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua peserta kursus cendawan di zon koridor utara. Semoga tabah menghadapi musim tengkujuh yang diuji oleh NYA
01 November 2007

Projek Cendawan Abalone Di Changlun, Kedah

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2007 telah diadakan pada 22-27 Oktober 2007 bertempat diperkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star Kedah Telah dirasmikan oleh Menteri Besar kedah dato' Mahdzir khalid.

Showcase Penanaman Cendawan Tiram Dan Cendawan Abalone di ruang pameran Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun.


Sekitar kawasan pameran Hari Peladang Negeri Kedah








Pameran Hasil Produk PesertaCendawan Tiram Kelabu


Projek Cendawan berkesempatan melawat dan melihat produk-produk tani yang di pamerkan bahkan dijual kepada para pengunjung. Sepanjang melawat ruang pameran, saya tertarik salah satu ruang pameran Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, semestinya projek yang dijalankan oleh ahli peserta projek Cendawan Abalone. Cendawan abalone atau nama saintifiknya Pleurotus Cystdiosus merupakan projek di bawah seliaan Pertubuhan peladang Kawasan Changlun, Kedah.
Berbekalkan maklumat daripada Pameran Projek Cendawan Abalone di hari Peladang Negeri kedah, ProjekCendawan mengunjungi pegawai yang menjaga projek peserta di Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun,


Projek yang dijalan oleh En Ismail dari Changlun baru sahaja memulakan projek cendawan jenis Abalone pada bulan Jun 2007, dibawah bimbingan dan selian Pegawai Pemantau En. Zulkifli PPK Changlun, Kedah. Saya juga berkesempatan menemui En. Zulkifli, pegawai projek dan Pengusaha cendawan Abalone, En Ismail.

Rumah Cendawan berbumbungkan atap rumbia dan berdindingkan netting hitam 80% ketelusan cahaya.





Hasil pertemuan dan perbincangan dengan En Ismail, permintaan cendawan jenis Abalone juga meningkat. Kutipan cendawan yang pertama membuahkan hasil sebanyak 40-50 kg sehari. beliau yang pernah mengikuti Kursus Cendawan Oleh Puan Normah Ibrahim, Jabatan Pertanian Putrajaya pada bulan Jun di Perak. Pihak Projek Cendawan mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta Pertubuhan Peladang Changlun yang komited untuk meneruskan penanaman cendawan

En. Ismail di hadapan Rumah Cendawan Abalone. Syabas!
13 Ogos 2007

EM (Effektif Mikroorganisma) di dalam penanaman cendawan

Petikan dari bakteriabaik.blogspot.com

"Industri pertanian, perikanan dan peternakan negara makin kian membangun..pelbagai kemudahan yang disediakn oleh kerajaan dari dulu sampai sekarang namun dengan RMK-9 sektor ini terus maju berkembang pesat. Ramai usahawan tani dari golongan siswazah telah menunjukkan minat yang amat positif terhadap sektor ini.

Terdapat banyak kursus-kursus dan teknologi baru diperkenalkan dan ini boleh membantu memberi maklumat kepada usahawan tani yang baru. Mengikut pengalaman penulis ramai orang beralih kepada sektor ini disebabkan potensi besar yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu kerjaya. Kepada yang ingin melibatkan diri dalam industri perlu memahami aspek-aspek teknikal dalam setiap bidang yang diceburi. Setakat menghadiri khusus dan seminar belum tentu dapat menjalankan projek-projek dengan sempurna. Oleh itu jaringan perniaagaan di kalangan usahawan ternakan amat digalakkan.

Ramai dikalangan usahawan tani masih lagi lemah dalam aspek teknikal seperti pengurusan projek, ubatan-ubatan dan penyelenggaraan. Oleh itu, blog ini bertujuan untuk memberi sebanyak info yang mengikut pengalaman penulis. Mengikut maklumat terbaru yang diperolehi negara kita akan melaksanakan satu sistem pertanian yang mesara alam dengan menggunakan produk semulajadi iaitu Effective Microorganism atau EM. Produk ini sudah lama digunakan di dunia tetapi negara kita masih lagi baru. Ianya juga dipanggil sebagai probiotik atau ‘bakteria baik’ yang amat sesuai digunakan berbanding antibiotik yang biasa digunakan. Apabila kita menggunakan produk ini tidak perlu risau tentang antibiotik lain, maknanya usahawan baru pun boleh belajar menggunakan EM ini dengan mudah. "


Bagaimana pula dengan penggunaan EM di dalam penanaman cendawan???

Saya berpeluang mendapatkan maklumat dari En. Encik Khairul Akmal dari Pengarah Circle Field Sdn Bhd semasa menghadiri jemputan Kursus Penanaman Cendawan Anjuran Perintis Agro Tech di UIA baru-baru ini.


Kebaikan: Tingkatkan hasil 10% ke 15%, Kerosakan berkurangan 20%, Rasa lebih kenyal dan sedap, Tiada serangga, Cendawan tahan 6 ke 7 hari.
Cara Penggunaan EM Pada Cendawan
  1. Penyediaan
  2. Proses Semaian
  3. Rawatan Pencegahan
  4. Pembersihan Bangsal
  1. Penyediaan
    1. Em disembur kepada seluruh bahagian semasa pembersihan tempat penanaman pada cairan 1:500. Tiada bahan kimia digunakan. EM tidak disembur pada tempat penyemaian kerana ia boleh memusnahkan benih cendawan.
  1. Proses Semaian
    1. Semasa penyediaan bongkah, campurkan EM pada air dengan nisbah 1:500. ½ sudu teh + 1 liter air atau 1 sudu besar + 16 liter air (satu baldi)
    2. Pengiraan EM yang digunakan jika menggunakan 16 liter air
i. 1/500 x 16 = 0.032 ml
    1. Em digunakan semasa penyedian bongkah untuk melawan bakteria yang tidak baik. Setelah bongkah dikukus, EM masih hidup tetapi didalam kuantiti yang sedikit. Ia akan merangsang pertumbuham maisilium dengan lebih cepat.
    2. Sebaik cendawan bercambah, jangan sembur dengan EM pada batang cendawan. Tetapi bangsal cendawan boleh disembur dengan EM setiap pagi dan petang dengan nisbah 1:500.
    3. Jangan simpan larutan EM tertapai lebih dari 3 hari.
  1. Rawatan Pencegahan
    1. Sembur EM di sekeliling bangsal sehingga jarak 50 meter untuk mengelakakan serangan serangga. Ia boleh menghalang kemasukan serangga perosak.
  1. Pembersihan Bangsal
    1. Selepas tuaian, sembur EM pada nisbah 1:100 pada bangsal. Boleh juga disemburkan kepada cendawan yang dipetik untuk menambah jangka hayat di pasaran.
EM – Effektif Mikroorganisma
Harga RM 10.00 seliter (yang telah diaktif)


Untuk keterangan lanjut mengenai EM, hubungi:-
Encik Khairul Akmal
Pengarah Circle Field Sdn Bhd
017-637-2810

PAKEJ A : 2 CD VIDEO & NOTA PENANAMAN CENDAWAN KOMERSIAL

DIATAS PERMINTAAN RAMAI, VIDEO CD NOTA PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU SECARA KOMERSIAL DI ULANGCETAK SEKALI LAGI SETELAH 500 CD TELAH DIJUAL SEBELUM INI . TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA PENYOKONG PENANAMAN CENDAWAN YANG BERMINAT UNTUK MENGETAHUI SELOK-BELOK PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU.

PAKEJ A: 2 VCD NOTA DAN VIDEO PENANAMAN CENDAWAN.

Cover depan VCD Nota & Video Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Komersial.


Sebahagian daripada 1000 VCD yang siap sedia untuk dihantar.


BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN VCD INI????

HANYA RM 40.00 SAHAJA TERMASUK KOS PENGHANTARAN. ( PENGHANTARAN AKAN DITERIMA SELEPAS 3 HARI BEKERJA SELEPAS PEMBAYARAN)


30 Jun 2007

Projek / Perusahaan cendawan meningkatkan pendapatan petani








eratan akhbar ini adalah akhbar bagi hari ini. (29 jun 2007) . Cendawan Shitake telah mula diusahakan di Sabah, kawasan yang memerlukan persekitaran yang dingin dan sejuk. Tahukah harga cendawan cendawan shitake boleh mencecah RM 40-45 sekilogram. Cendawan Shitake ini banyak diimport dari luar negara.
29 Jun 2007

Video Taklimat Cendawan 28 Jun 2007 Wisma Tani Putrajaya

Video Taklimat Cendawan pada 28 Jun 2007 di Wisma Tani, Putrajaya Oleh Puan Normah Ibrahim. Kepada anda yang tidak dapat hadir, diharapkan rakaman video ini dapat memberi manfaat kepada anda.

KLIK DISINI UNTUK DOWNLOAD VIDEO TAKLIMAT

GUNAKAN PERISIAN FLV PLAYER

p/s: Maaflah, rakaman ini menggunakan video kamera biasa ajer. Amatur lah katakan. Jumpa lagi di lain kali. Minggu depan saya out station lagi. Insyallah saya akan kemaskini sepanjang lawatan saya ke ladang-ladang cendawan buat anda semua.

Sambutan Yang Hangat Taklimat Projek / Pengusaha / Penanaman Cendawan Komersil Di Malaysia 28 Jun 2007 Di Wisma Tani, Putrajaya




Alhamdulillah Taklimat Penanaman Cendawan yang diadakan di Wisma Tani, Putrajaya pada hari ini (28 Jun 2007) melebihi dari sasaran biasa seramai 109 orang yang hadir di dalam taklimat penanaman cendawan ini. Kebanyakkan yang hadir mendapatkan maklumat taklimat ini dari web blog http://projekcendawan.blogspot.com/ dan web rangkaian kerjasama http://jutawantani.wordpress.com/ serta forum http://www.bicarajutawan.com/. Revolusi pertanian juga seiring dengan gelombang capaian maklumat di internet.

Penceramah di dalam taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Normah Ibrahim dari Seksyen Tanaman Industri, Bahagian Padi Tanaman Industri dan florikultur. Jabatan Pertanian, Putrajaya yang telah lama berpengalaman di dalam indutri penanaman cendawan sejak tahun 70-an lagi.



Taklimat cendawan yang berlangsung selama 3 jam itu mendedahkan banyak maklumat berkaitan dengan sejarah cendawan di Malaysia, Amalan baik penanaman, kaedah penanaman cendawan dan pembiayaan atau insentif dari Jebatan Pertanian bagi penanaman cendawan. terima Kasih kepada puan Normah Ibrahim kerana sudi memberi ilmu dan tunjuk ajar sepanjang taklimat cendawan ini.

Tahniah sekali lagi kepada mereka yang telah hadir di sepanjang taklimat yang padat dan bermanfaat ini. Insyallah, saya akan memasukkan video taklimat buat semua pengunjung blog projekcendawan yang tidak kesempatan untuk mendengar ceramah cendawan. Semoaga kita dapat berkongsi maklumat dikalangan kita.

Taklimat akan datang, akan saya kemaskini buat anda semua dan kepada semua pengusaha-pengusaha cendawan, binalah rangkaian anda di sini. Terima Kasih kepada webmaster http://jutawantani.wordpress.com Salam Mesra dari saya. Wan

p/s: Jika ingin bertani tanpa kotor, jadilah usahawan cendawan yang memerlukan kebersihan. hehe :):):) Wassalam dari Wan, Kedah AgroFarm

20 Jun 2007

Khasiat-khasiat Cendawan



30 Mei 2007

TEMUBUAL BERSAMA USAHAWAN CENDAWAN: PN ZAINON ARIFFIN.

" Artikel ini adaptasi web blog http://impaxbokashi.wordpress.com/ . Terima kasih Impaxbokashi" - ProjekCendawan

Saya telah menemubual seorang usahawan cendawan tiram dari Ulu Selangor iaitu Pn Zainon Ariffin. Pn Zainon, 45 tahun adalah lulusan UITM dan ibu kepada 3 orang anak telah mengusahakan cendawan tiram kelabu hampir 2 tahun. Ladangnya, Genting Permai Resources yang terletak di Batang Kali seluas satu setengah ekar di usahakan bersama keluarga dan seorang pekerja tetap. Saya kagum dengan Pn Zainon yang ramah, tidak lokek ilmu dan sporting menjawab soalan, rasanya perbualan tersebut bukan sekadar temubual, tetapi lebih kepada temulawak.

SAYA: Bagaimana puan bermula dalam perusahaan cendawan ini?
PN ZAINON: Saya bersara awal dari Telekom, selepas beberapa bulan duduk di rumah, saya rasa eloklah berbuat sesuatu. Kebetulan kawan saya dari Shima Agro mengusahakan cendawan dan tawarkan contract farming dengan saya. Orang lain cari kursus dan pinjaman dahulu, saya terbalik, saya tanda tangan kontrak dahulu. Baru cari kursus dan bantuan kerajaan. Pemasaran sangat penting, oleh itu saya ikat kontrak dahulu untuk menjamin pemasaran. Ramai pemborong berjanji akan ambil cendawan dari kita, tetapi akhirnya mereka tidak datang, itu biasa terjadi. Jadi saya mengikat kontrak dahulu bersama Shima Agro dengan modal permulaan RM50 000.

SAYA: Bagaimana puan dapatkan bimbingan dalam perniagaan ini?
PN ZAINON: Pertama sekali apabila menandatangani kontrak tersebut, mentor saya adalah Shima Agro sendiri. Kemudian saya mengikuti kursus Jabatan Pertanian selama 3 hari di Putra Jaya. Saya juga mengikuti kursus praktikal dan teori selama 8 minggu di Agro Pac anjuran UPM. Kami di bawa melawat ladang-ladang cendawan seperti di CMC dan MITA.

SAYA: Boleh puan ceritakan sedikit tentang ladang puan?
PN ZAINON: Ladang saya seluas satu setengah ekar di Batang Kali, Ulu Selangor. Saya mengusahakan cendawan tiram kelabu. Setakat ini hanya setengah ekar yang di gunakan untuk rumah cendawan, rumah rehat dan bengkel. Ada 3 buah rumah cendawan di sini, iaitu rumah cendawan, rumah tuai dan rumah eram. Baru-baru ini pejabat pertanian bermurah hati meminjamkan 2 kuarters kepada saya. Dalam satu rumah ada 6 rak ukuran 20 kaki x 30 kaki. Jarak antara rak pula 17 kaki x 3 kaki. Setiap rak boleh memuatkan 1 500 beg cendawan. Kalau pandai menyusun bolehlah memuatkan 10 000 beg cendawan.

SAYA: Apa kandungan medium yang puan gunakan untuk cendawan?
PN ZAINON: Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian. Kapur untuk meneutralkan habuk kayu dan dedak itu makanan cendawan.

SAYA: Berapa perolehan dalam sehari dan bagaimana puan memasarkan cendawan?
PN ZAINON: Sehari hasil tuaian dalam 30kg. tetapi demand di sini lebih dari itu, hampir 80kg sehari. Saya membekalkan pada Shima Agro sebanyak 100kg seminggu. Selain itu, saya juga menjual secara bundle kepada pasar dan kedai runcit dalam pek-pek 5kg. Saya juga ada membungkus dalam paket-paket seberat 250gram untuk individu yang rajin menjual, seperti suri rumah, pekerja kilang dan pelajar. Saya bungkusnya sendiri bersama anak-anak. Biasanya peket 250 gram di jual dengan harga RM2.50 dengan 50 sen sebagai komisyen jualan. Saya juga menjual cendawan sejukbeku. Kalau harga pasaran di sini RM13/kg, di Terengganu harga cendawan lebih tinggi lagi. Saya sebagai pembekal akan tolak kepada pemborong dalam RM6-8 sekilo. Pendapatan sebulan adalah dalam RM3000.

SAYA: Bagaimana puan melakukan penjagaan cendawan?
PN ZAINON: Pertama sekali apabila beg plastik di isi dengan media, ia di kukus, di suntik benih dan di eramkan. Dalam proses pengeraman kawalan suhu sangat penting. Cendawan yang saya usahakan adalah jenis cendawan tiram kelabu, iaitu cendawan tanah rendah jadi suhunya di jaga sekitar 28-30 darjah Celcius selama 60 hari dengan 80% kelembapan di rumah eram. Kemudian cendawan di pindahkan ke rumah tuai. Suhunya lebih tinggi pada 30-32 darjah Celcius, 80-90% kelembapan. 5 hari sudah boleh di tuai. Kebersihan itu aspek yang penting kerana rumah cendawan adalah tempat yang di sukai lipas, tikus dan serangga, juga untuk mengelak penyakit bagi cendawan. Biasanya kami menggunakan antiseptik seperti dettol dan clorox untuk membersihkan rumah cendawan.

SAYA: Apa penyakit yang selalu menyerang cendawan? Bagaimana puan merawatnya?
PN ZAINON: Biasanya kulat hijau, kulat oren, kulat merah jingga dan kulat hitam. Saya akan membuang beg plastik tersebut, cuci tempat tadi dengan dettol dan biarkan ia kering. Setelah kering baru saya isi semula dengan beg cendawan lain. Setakat ini belum pernah terjadi jangkitan yang serius dalam rumah cendawan saya. Tetapi penyakit cendawan ini tidak dapat di elakkan kerana ia masalah sebaran udara, kulus tidak mencukupi atau kadang-kala tempias hujan. Universiti Malaya sebagai institusi penyelidikan cendawan setakat ini masih tidak menjumpai penyelesaian kepada masalah kulat.

SAYA: Pada pendapat puan mengapa permintaan terhadap cendawan begitu tinggi?
PN ZAINON: Ia berkaitan dengan aspek kesihatan. Dahulu negara kita pernah digemparkan dengan wabak selesema burung, waktu itu ramai orang mula bertukar dari ayam kepada cendawan. Protein cendawan ini sama dengan ayam. Jadi mereka mengambil cendawan sebagai pilihan yang lebih selamat berbanding ayam.

SAYA: Puan ada menganjurkan kursus penanaman cendawan?
PN ZAINON: Ada, malah saya biasa menjalankan kursus di sini. Baru-baru ini 60 orang penuntut politeknik UITM datang membuat lawatan. Setakat ini saya rasa sudah 300 orang datang membuat lawatan ke ladang saya sejak 2 tahun ini. Kebanyakannya di perkenalkan oleh Jabatan Pertanian. Saya juga mengajar kursus penanaman cendawan selama sehari dengan nota-nota daripada UPM, Jabatan Pertanian, MARDI dan secara praktikal. Saya mengalu-alukan kedatangan bakal-bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam cendawan tiram ke rumah cendawan saya. Boleh menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya jika mereka memerlukan bimbingan dan nasihat.

SAYA: Apa perkembangan perniagaan puan sekarang? Apa perancangan puan untuk masa terdekat ini?
PN ZAINON: Saya sedang memperbaiki bengkel dan dalam proses penambah baikan rumah-rumah cendawan. Saya berhasrat untuk menambah 2 buah rumah lagi. Saya baru mendapatkan pelabelan dari SIRIM dan akan mula menggunakannya pada bulan Jun ini. Selain itu, saya bercadang untuk memasuki pasaran Brunei. Saya mendapat tawaran untuk menyediakan 150kg cendawan iaitu 3 kali seminggu. Saya tidak bercadang mengusahakan cendawan ini secara besar-besaran, tetapi cukuplah ladang saya lengkap dan serba ada. Saya bercadang untuk mempromosikan ladang saya kepada orang awam, tetapi buat masa ini belumi kerana khuatir belum dapat memenuhi permintaan orang awam.

SAYA: Akhir sekali, apa nasihat dan pesanan puan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin menceburi penanaman cendawan?
PN ZAINON: Saya harap mereka jangan putus asa mengusahakan cendawan ini. Saya berpesan mereka buat betul-betul dan jangan cepat mengalah dengan cabaran-cabarannya. Kerana apabila mengusahakan cendawan, penyakit akan datang dulu. Jangan risau. Itu sudah dalam tangan. 3 tahun yang pertama itu, biasanya adalah tempoh untuk menambah baik ladang seperti memperbaiki bengkel dan rumah cendawan. Jadi buat permulaan ini banyak wang akan keluar untuk melabur kepada pembakpulihan. Saya sendiri pun setakat ini daripada modal permulaan RM50 000 telah menambah untuk tujuan pemuliharaan sehingga mencecah RM76 000. Saya tiada cabaran yang terlalu hebat seperti sesetengah usahawan lain dan tiada masalah mendapatkan bantuan Jabatan Pertanian, alhamdulillah. Sebagai usahawan yang meniaga sendiri, kita perlu disiplin yang baik. Kita perlu datang dulu ke ladang sebelum pekerja untuk aturkan tugas-tugas yang perlu di lakukan oleh pekerja kita. Menyimpan buku kira-kira, rekod dan kerja bersistem itu sudah semestinya ada. Kerja pun tidak terlalu susah kerana kita sudah programkan aktiviti harian. Awal-awal bula lagi sudah merancang kerana satu bulan boleh menuai sebanyak dua kali.

Puan Zainon juga bermurah hati untuk berkongsi resipi cendawan goreng yang dibuatnya.

Bahan-bahan:
Cendawan
Tepung gandum
Tepung beras
Tepung jagung
Rempah kari
Garam
Lada serbuk
Air

Cara membuatnya:
Bancuh rempah kari, garam dan lada serbuk dengan air. Biarkan ia cair seperti membuat tepung pisang goreng.
Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu bekas.
Celup cendawan tadi dalam campuran rempah kari.
Golekkan cendawan yang bercelup di atas campuran 3 jenis tepung tadi
Sedia untuk menggoreng.

Untuk menghasilkan cendawan goreng sejukbeku, cendawan tadi di goreng tiga suku masak sahaja dan dimasukkan dalam freezer.

Puan Zainon mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke ladangnya untuk tujuan lawatan, bimbingan atau kursus penanaman cendawan. Puan Zainon boleh dihubungi di alamat dan nombor yang tertera:

Pn Zainon bt Ariffin
Genting Permai Resources
787, Kampung Sekolah
44 300 Batang Kali
Ulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel: 013- 341 8202

Ada pengusaha cendawan yang menggunakan EM (effective microorganism) untuk rawatan bangsal iaitu membuat semburan untuk mengelakkan pencemaran lain-lain mikrob dan patogen supaya cendawan tidak terkena penyakit atau rosak.

22 Mei 2007

Jutawan Cendawan Wanita Dari Korea

Jutawan Cendawan Wanita Dari Korea, begitulah tajuk yang saya berikan kepada video hasil dari rakaman Berita TV Syarikat Swasta di Korea. Seorang Wanita yang bergelar Jutawan Cendawan dengan pendapatan Tahunan 6 Juta USD. Wanita ini telah mendapat gelaran Ahli Agrikultur Moden di Korea.

Video beginilah yang akan menjadi pencetus semangat kepada warga-warga siswa atau yang sudah bekerja makan gaji untuk beralih arah menambahkan pendapatan melalui pertanian. Pertanian bukanlah satu bidang yang dipandang lekeh, kerana adanya petani moden yang berbantukan teknologi, kita dapat meraih hasil yang besar di dalam bidang ini. Apa kata kalau kita melihat Succes story hasil dari video ini. Ayuh kita membina kerjaya di dalam bidang Pertanian Moden yang menjanjikan keuntungan lumayan.