Consectetuer
Popular
Categories
- Berita (40)
- Coretan Perjalanan (6)
- iklan (4)
- Informasi (27)
- Kursus Latihan (15)
- Panduan Penanaman (19)
- Panduan Tanaman Komersil (10)
- Rangkaian Pemasaran (6)
- Usahawan Cendawan (10)
- Video Cendawan (5)
Kongsi Ilmu - jalan-jalan di ladang Cendawan Thailand
"Sawaddika..kun sabai di re" Selamat Datang Dan Salam Sejahtera. Itulah sapaan pertama oleh seorang pengusaha cendawan di Baan Phru, Haadyai, Thailand. Pengusaha yang dimaksudnya adalah Pak Thim yang berbangsa Siam. Memandangkan Uncle Thim boleh berbahasa Melayu Pattani, kira bolehlah komunikasi dijalankan. Kalau tak, susah juga untuk mendapatkan ilmu kan :). Maklumlah ilmu cendawan. Tidak semua orang ingin berkongsi, projekcendawan.com akan berkongsi kepada semua peminat cendawan teknik-teknik penanaman cendawan dari negara jiran ini.
Pak Thim mengusahakan tanaman cendawan tiram putih dan terdapat 8 buah rumah cendawan berkeluasan 15' x 20' yang memuatkan 12ribu beg media cendawan setiap satu rumah.
Disini, Pak thim menggunakan tali sebagai tempat menggantungkan beg media cendawan tiram putih. Hasil maklumat dari Pak Ngah Thim, ada habuk kayu getah yang diambil dari Malaysia. Sampai begitu sekali rangkaian pengusaha dari negara jiran ini. Bekalan habuk kayu bagi mereka tidak menjadi masalah.
Lama juga saya dok bersembang dan banyak bertanyakan kepada Pak Ngah Thim ni walaupun antara faham dan agak-agak dengan dialek siam Patani. Saya bersyukur dapat ilmu yang baru. "Khob khun ka Pak Ngah Thim!" Jawab saya. Maksudnya "Terima Kasih Pak Ngah Tim". Kira boleh juga saya berbahasa siam ni. Insyallah kita berjumpa lagi dengan coretan perjalanan yang lain. Jam sudah menunjukan pukul 5.39 Petang, sudah masanya projekcendawan.com untuk balik ke Malaysia.
NST: English teacher's lesson in mushroom growing pays off


It took several years of loafing and odd jobs before Faiz Mansor, 23, found his niche growing oyster mushrooms.
He moved to Kuala Lumpur to find a job, ending up as an operator in a food packaging factory, with a meagre salary.
Barely able to survive on his salary, he moved back to his family home in Kampung Datuk Ali, Chuping, after a year.
Discouraged and broke, he spent the next few years helping out in the family's padi field and taking up odd jobs.
English teacher Ooi Guan Teck offered to guide Faiz in starting an oyster mushroom farm.
Being a regular visitor to the family, Ooi, who teaches at SK Sintok, Kedah, had known young Faiz for a long time.
"I was sceptical about growing mushrooms. But I decided to give it a try.
"Cikgu Ooi helped me build the mushroom farm from scratch.
"I owe Cikgu Ooi a lot. He taught me all about growing mushrooms without asking for a single sen," said Faiz.
After several months under Ooi's tutelage, Faiz began his own mushroom farm at the backyard of his home.
With the help of 15 of Ooi's pupils, Faiz began constructing his mushroom farm four years ago.
He started out with a single mushroom house, which is a wooden barn fully covered with plastic sheets to retain a cool temperature.
Now, Faiz has four mushroom houses, which produce up to 300kg of mushrooms on a good day.
He currently has four workers and his homemaker wife, Nur Alia Abdullah, 26, helps out with the farm work.
Faiz earns an average of RM5,000 a month from his oyster mushrooms, which he sells to wholesale markets in Kangar and Alor Star. He sells the mushrooms for between RM3 and RM4 per kg.
Growing a batch of oyster mushroom begins with preparing the compost, which consists of chipped rubber tree wood, calcium chloride and bran. The compost is steamed before the mushroom spawns, or seeds, are added.
This mixture is packed into tube-shaped plastic bags with holes punched on the top.
The oyster mushrooms would sprout out of the punched holes within days.
The fan of an oyster mushroom can reach up to 25cm in diameter.
"I never expected to earn a living growing mushrooms. My original ambition was to become a building contractor.
"But after three years of business, I have no regrets entering this field," said Faiz.
"I plan to market my mushrooms to Penang and Kuala Lumpur where they can fetch a higher price.
"In Perlis, local sellers face stiff competition from Thailand. That is why prices are very low here."
Sumber: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2060473/Article
Nota kami: Penanaman cendawan bukan boleh menjanakan pendapatan bahkan khasiat cendawan boleh mengelakkan penyakit barah.
Kursus Cendawan di Kundasang Sabah anjuran Koperasi Pembangunan Desa
Antara laman web blogger yang menarik perhatian saya ialah http://www.joyblee.com/. Web ini merupakan web blog berkaitan dengan personal. Kenapa ia menarik perhatian saya kerana pemilik web blog ini adalah salah seorang peserta Kursus Penanaman Cendawan anjuran Koperasi Pembangunan Desa, Sabah yang telah menghadiri kursus pada 22-23 November yang lalu. Antara speaker yang hadir adalah Puan Normah Ibrahim, Pegawai dari Jabatan Pertanian Putrajaya dan Puan Jamilah Lee Pengurus Projek Cendawan Komersil yang berskala besar di Kundasang Sabah.
Berikut adalah antara gambar yang diimport terus dari web blog http://www.joyblee.com/. Terima kasih JoyBlee.


Sekitar ladang cendawan tiram kelabu di Kundasang Sabah, Tempatnya sejuk. Dekat Dengan Gunung Kinabalu.


Nota kami:/ Insyallah pihak projekcendawan.com akan melawat tempat operasi Projek Penanaman cendawan di Kundasang, Sabah tidak lama lagi. Berjumpa disana. Nantikan ilmu-ilmu yang akan dikongsi bersama kepada semua peminat cendawan. - projekcendawan.com
Dokumentari Projek Tanaman Cendawan di Majalah 3
Projek Cendawan Di Parlimen Pekan Pahang. Jemputan Khas Oleh Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan, Pahang
Baru-baru ini ProjekCendawan.Com telah dijemput untuk menjalinkan kerjsama dengan Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan dan Pekan Cendawan oleh Saudara Zainuzzi Hassan. Ramai Peserta seminar yang datang dari sekitar negeri Pahang hadir di dalam seminar tanaman cendawan ini. Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan dan Pekan Cendawan dengan inisiatif mewujudkan Pusat Kecemerlangan Teknokrat Parlimen Pekan (Technopreneur Acceleration Centre) atau singkatannya T.A.C. yang terletak di Kg. Mengkasar berhampiran dengan Murtabak Mengkasar. Matlamat penubuhan T.A.C ini adalah sebagai ‘Pusat Inkubator’ untuk melahirkan bakal usahawan yang berjaya dari peringkat akar umbi untuk merealisasikan Projek Pembangunan K-Ekonomi Parlimen Pekan yang dinaungi oleh YAB. Datuk Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pekan.
sentiasa memikirkan dan mencari inisiatif dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk di Parlimen Pekan khususnya. Golongan yang diberikan fokus utama oleh pihak biro ialah,
Golongan miskin, Suri rumah, Golongan Ibu Tunggal,Golongan Belia Kampung & Para Siswazah yang menganggur,di mana golongan yang disebutkan di atas, tidak mempunyai pendapatan yang konsisten dan ada di antara golongan tersebut berada di bawah paras kemiskinan.
Melalui kerjasama ProjekCendawan.Com dan Biro Ekonomi Bahagian UMNO Pekan serta Pekan Cendawan dapat membantu memberikan apa jua peluang perniagaan yang berpotensi dalam meningkatkan taraf ekonomi golongan tersebut dan berusaha dalam mengurangkan tahap Kemiskinan Tegar di Parlimen Pekan.
Sebagai permulaan projek di T.A.C, pihak biro menfokuskan projek dalam sektor pertanian demi menyahut seruan kerajaan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan YAB. Perdana Menteri khususnya untuk menjadikan ‘PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’. Sehubungan dengan itu, pihak Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan telah memilih Projek Industri Cendawan Tiram Kelabu sebagai projek perintis ke arah Pembanguan K-Ekonomi Parlimen Pekan. ProjekCendawan.Com berharap dan berhasrat menjadikan Parlimen Pekan sebagai Pengeluar Utama Cendawan Tiram Kelabu di Malaysia amnya dan di Negeri Pahang khasnya. Diharapkan kerjasama yang erat daripada pihak YH. Dato’ Haji Safie Baharom, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pahang untuk membantu pihak UMNO Bahagian Pekan merealisasikan hasrat ini.
Bagi melancarkan perjalanan operasi projek ini, pihak Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan telah menjalinkan usahasama dengan Pekan Cendawan. Pekan Cendawan akan bertindak sebagai Pengurus Projek bagi memantau perjalanan projek dalam menjayakan projek perintis ini. Pekan Cendawan akan bertanggungjawab dalam pengurusan operasi T.A.C, khidmat perundingan perniagaan kepada usahawan, pengurusan operasi dan akaun syarikat usahawan, perunding dengan agensi kerajaan dan pihak institusi kewangan untuk mendapatkan dana kewangan dalam membiayai kewangan projek usahawan. Diharapkan dengan wujudnya Pusat Kecemerlangan Teknokrat Parlimen Pekan ini akan dapat melahirkan usahawan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. ProjekCendawan.com melalui Pekan Cendawan akan membantu dari segi konsultansi bagi merealisasikan projek tanaman cendawan ini di daerah Pekan.
Berikut disertakan alamat bagi rangkaian projekCendawan di daerah Pekan, Pahang kepada yang berminat bagi mengetahui kursus bagi sekitar Parlimen Pekan..
ZAINUZI HASSAN
Pengurus Projek,
Pekan Cendawan,
No. 253, Jalan Sultan Abu Bakar, Kg. Mengkasar,
26600 Pekan, Pahang.
Tel : 019-985 7777
Kenali Cendawan Shiitake

Cendawan Shiitake (椎茸, Shiitake?) (Lentinula edodes) atau cendawan Hioko dan sering ditulis sebagai cendawan shitake adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878.
Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara.
Shiitake dalam bahasa Cina disebut xiānggū (Hanzi: 香菇, "cendawan harum"), sedangkan yang berkualiti tinggi dengan payung yang lebih tebal disebut dōnggū (Hanzi: 冬菇, "cendawan musim dingin") atau huāgū (花菇, "cendawan bunga") kerana pada bahagian atas permukaan payung terdapat motif retak-retak seperti bunga mekar.
Di Indonesia kadang-kadang dinamakan cendawan jering ("jamur jengkol") [1], kerana bentuk dan aromanya seperti jering walaupun bagi sebahagian orang, rasa cendawan ini seperti rasa petai.
Shiitake juga dikenali dengan nama Cendawan hitam China, kerana asalnya memang dari Tanah Besar China dan sudah ditanamkan sejak 1,000 tahun yang lalu. Sejarah pertama tertulis tentang penanaman shiitake ditulis Wu Sang Kuang pada zaman Dinasti Song (960-1127), walaupun cendawan ini sudah dimakan orang di China sejak tahun 199 Masihi.
Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), doktor bernama Wu Juei menulis bahawa cendawan shiitake bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi juga sebagai ubat untuk penyakit saluran nafas, melancarkan peredaran darah, meredakan radang hati, memulihkan lelah dan meningkatkan tenaga chi. Shiitake juga dipercayai dapat melambatkan proses penuaan
Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.
Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut dashi didapati dengan merendam shiitake kering di dalam air.
Di Jepun, shiitake merupakan isi sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake.
Rusia juga menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam bungkusan botol.
KURSUS CENDAWAN PERINTIS AGROTECH
ANJURAN: PERINTIS AGRO TECH
PENCERAMAH: PUAN NORMAH IBRAHIM, JABATAN PERTANIAN PUTRAJAYA
LOKASI: UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA. Dewan Kuliah Undang-undang
TARIKH: 3 NOV 2007
MASA: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
BERMINAT?? HUBUNGI EN HELMY 03-41082298, 019-3311298 atau 012-6621367
Projek Cendawan Abalone Di Changlun, Kedah
Showcase Penanaman Cendawan Tiram Dan Cendawan Abalone di ruang pameran Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun.
Sekitar kawasan pameran Hari Peladang Negeri Kedah
Pameran Hasil Produk PesertaCendawan Tiram Kelabu
Projek Cendawan berkesempatan melawat dan melihat produk-produk tani yang di pamerkan bahkan dijual kepada para pengunjung. Sepanjang melawat ruang pameran, saya tertarik salah satu ruang pameran Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, semestinya projek yang dijalankan oleh ahli peserta projek Cendawan Abalone. Cendawan abalone atau nama saintifiknya Pleurotus Cystdiosus merupakan projek di bawah seliaan Pertubuhan peladang Kawasan Changlun, Kedah.
Projek yang dijalan oleh En Ismail dari Changlun baru sahaja memulakan projek cendawan jenis Abalone pada bulan Jun 2007, dibawah bimbingan dan selian Pegawai Pemantau En. Zulkifli PPK Changlun, Kedah. Saya juga berkesempatan menemui En. Zulkifli, pegawai projek dan Pengusaha cendawan Abalone, En Ismail.
Hasil pertemuan dan perbincangan dengan En Ismail, permintaan cendawan jenis Abalone juga meningkat. Kutipan cendawan yang pertama membuahkan hasil sebanyak 40-50 kg sehari. beliau yang pernah mengikuti Kursus Cendawan Oleh Puan Normah Ibrahim, Jabatan Pertanian Putrajaya pada bulan Jun di Perak. Pihak Projek Cendawan mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta Pertubuhan Peladang Changlun yang komited untuk meneruskan penanaman cendawan
Berita Harian: Sentral: Industri cendawan berkembang
KUALA LUMPUR: Industri cendawan di negara ini kini melangkah ke era yang memberangsangkan apabila ia diusahakan secara komersial oleh usahawan tani menggunakan kaedah bioteknologi. Pengurus Pusat Perintis Agro-Tech Centre, Hilmy Hamzah, berkata bagi meningkatkan lagi bilangan mereka yang terbabit dalam pertanian ini pihaknya bertanggungjawab menyalurkan ilmu serta kemahiran yang diperlukan. “Sebagai pusat yang bertanggungjawab kita dapati perkembangan industri cendawan begitu positif dan membanggakan. Semakin ramai yang berminat menceburi industri ini apabila ia diusahakan secara komersial.
“Kami mengutamakan penerapan kemahiran sebenar kepada individu supaya setiap pengusaha cendawan yang dilahirkan adalah berkualiti dan berdaya saing selaras dengan hasrat untuk menjadikan sektor pertanian sebagai perniagaan,” katanya di sini, semalam. Katanya, permintaan terhadap hasil pertanian ini agak besar dan untuk itu lebih ramai pengusaha cendawan perlu dilahirkan setiap tahun bagi menampung keperluan yang sentiasa meningkat. Sementara itu, Pengerusi Biro Pertanian Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, berkata perkembangan positif sektor pertanian perlu diperluaskan supaya lebih ramai anggota masyarakat menikmati hasil lumayan dari bidang pertanian umumnya dan industri cendawan khasnya.
Perkembangan dan masa depan sektor pertanian dibincangkan secara terperinci di Konvensyen Pertanian Kebangsaan yang berakhir semalam di Negeri Sembilan, katanya. Hilmy berkata bagi memberi peluang orang ramai menimba ilmu dalam penanaman cendawan, satu kursus penanaman cendawan teknik terkini akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa pada 3 November ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Maklumat lanjut hubungi urus setia di talian 03-41082298, 019-3311298 atau 012-6621367
Kursus Cendawan Tiram Terkini
************************************************
Tarikh : 8 Dis 07 dan 9 Dis 07 (untuk pajej B sahaja)
Tempat : 158 Felda Chini Timur 3, Pekan Pahang
Harga : Pakej A, RM180 dan Pakej B, RM230
Pakej A : Teori dan praktikal , satu hari sahaja
Pakej B : Teori dan praktikal, 2 hari
Makan, minum disediakan sepanjang kursus. Sijil turut akan diberikan pada akhir kursus.
Pertanyaan dan pendaftaran: Hubungi 019-3951516
************************************************
************************************************
Zon Koridor Utara
KURSUS ASAS USAHAWAN CENDAWAN KEPADA WARGA PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG
Tarikh: 16 Disember 2007
Masa: 8.00 Pagi - 500 Petang
Lokasi: Dewan Sulatanah Bahiyah, (Berhampiran Dengaan Masjid Sultanah bahiyah), Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Penceramah : Puan Noramah Ibrahim, Jabatan Pertanian , Putrajaya Malaysia.
Yuran : RM 190.00 ( termasuk makan, nota , VCD dan sijil), beg media cendawan akan diberikan secara percuma kepada setiap peserta di akhir kursus.
Skop : Bermula dari penyediaan beg media sehingga ke aspek pemasaran.
Tempat adalah terhad Kepada 100 peserta sahaja, untuk keterangan lanjut sila hubungi -Urusetia Projek Cendawan- 012-2952321
PENDAFTARAN KURSUS ONLINE DISINI
AKTIVITI BULAN NOVEMBER 2007
************************************************
Zon Sabah
KURSUS PENANAMAN CENDAWAN ANJURAN KOPERASI PEMBANGUNAN DESA(KPD) SABAH
Tarikh: 20-22 November 2007
Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Tghari
Lokasi: Aras 2, Wisma Pertanian Sabah,Jalan Tasik, Luyang (Off Jalan Maktab Gaya), Beg berkunci 86, 88998 Kota Kinabalu, Sabah.
Penceramah: Puan Jamilah Lee, Pengurus Pembangunan Cendawan, KPD Sabah
*Untuk mendaftar/Keterangan lanjut, sila hubungi Urusetia Kursus KPD di talian 088-291315 (Pn. Amelia) @ 088-291319 (Pn. Rosmiah)
************************************************
Zon Tengah
TAKLIMAT PERCUMA PENANAMAN CENDAWAN
Tarikh: November 2007 ( DIBATALKAN HARAP MAKLUM)
Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tghari
Lokasi: Tingkat 12, Wisma Tani, Jabatan Pertanian, Putrajaya
Penceramah: Puan Normah Ibrahim, Jabatan Pertanian Malaysia
Zon Tengah
KURSUS USAHAWAN CENDAWAN TIRAM TEKNOLOGI EM(Hanya Bermodalkan dari RM 750 hingga RM 2400 sahaja boleh menjana pendapatan RM 3000 sebulan!!)
Tarikh: Sesi ke 6 - 11 Nov, Sesi ke 7 - 18 Nov: Sesi ke 8 - 1 Dec, Sesi ke 9 - 2 Des

Masa: 8.30 Pagi - 5.00 PetangLokasi: Dewan Serbaguna Kemas/Umno,Lorong Hamdan Off Jalan Khamis,Meru,Klang, Selangor
Penceramah: Saudara Akmal (Pengusaha Cendawan)Terhad kepada 35 Peserta sahajaYuran: RM 200 Sahaja.
Hubungi: Saudara Akmal : 017-6372810
Download Peta lokasi , Flyer Dan Majlis Aturcara
************************************************
Zon Koridor Utara

KURSUS ASAS USAHAWAN TANI CENDAWAN KEPADA WARGA PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG
Tarikh: 16 Disember 2007
Masa: 8.00 Pagi - 500 Petang
Lokasi: Dewan Sulatanah Bahiyah, (Berhampiran Dengaan Masjid Sultanah bahiyah), Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Penceramah : Puan Noramah Ibrahim, Jabatan Pertanian, Putrajaya Malaysia.
Yuran : RM 190.00 ( termasuk makan, nota , VCD dan sijil), beg media cendawan akan diberikan secara percuma kepada setiap peserta di akhir kursus.
Skop : Bermula dari penyediaan beg media sehingga ke aspek pemasaran.
Tempat adalah terhad Kepada 100 peserta sahaja, untuk keterangan lanjut sila hubungi -Urusetia Projek Cendawan- 012-2952321



