Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

09 Ogos 2007

PENGURUSAN PENCEGAHAN BAGI KAWALAN MASALAH PENYAKIT DAN PEROSAK DI DALAM RUMAH CENDAWAN


PENGURUSAN PENCEGAHAN BAGI KAWALAN MASALAH PENYAKIT DAN PEROSAK DI DALAM RUMAH CENDAWAN


Gambar sumbangan Fatisha Agro Farm : http://siswazah-tani.blogspot.com/

Pranota: Saya banyak menerima panggilan dan emel bertanya tentang penyakit-penyakit yang dihadapi semasa proses penanaman cendawan ini. Di dalam ini saya sertakan kaedah untuk menghindari dan mengurus serangan penyakit atau perosak di dalam penanaman cendawan ini. Di dalam penanaman cendawan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah BERSIH dan SUCI. Sebagaimana anda sedia maklum, penanaman cendawan memerlukan persekitaran bersih dan amat sensitif kepada pencemaran.

Amalan Kebersihan Baik yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian, perlulah diambilkira selain dari keuntungan hasil yang kita perolehi. Sekiranya Amalan Kebersihan Baik ini tidak dilaksanakan, serangan-serangan penyakit dan perosak amat mudah berlaku. Melalui pendidikan dan amalan yang berterusan dapat mengurangkan serangan penyakit dan perosak di dalam penanaman cendawan. Ingat!! Rumah Cendawan anda adalah sumber rezeki anda. Selamat mengamalkan AMALAN KEBERSIHAN BAIK.

Kebersihan luaran bermula dari hati yang yang bersih. Salam mesra dari saya , Izwan Projekcendawan.


KENAPA DAN MENGAPA PENYAKIT DAN PEROSAK BERLAKU DI DALAM RUMAH CENDAWAN??

1. Persekitan rumah cendawan yang lembap yang sangat memudahkan pembiakan bakteria dan perosak untuk mendiami.

2. Sepertia sedia maklum, penanaman cendawan terhad di dalam penggunaan bahan kimia.

3. Ejen-ejen penyakit dan perosak sentiasa wujud samada di dalam rumah cendawan mahupun di luar tumah cendawan.

4. Rumah cendawan yang tidak kalis atau anti kemasukkan serangan penyakit dan perosak.

APAKAH AMALAN KEBERSIHAN BAIK DI DALAM PENGURUSAN CENDAWAN???


Gambarajah: Sumbangan Puan Noramah Ibrahim, Jabatan Pertanian, Putrajaya

1. Sentiasa melakukan amakan Kebebersihan Baik dari awal penyediaan cendawan hinggalah tuaian mengikut susun atur.

2. Mematuhi dan melaksanakan amalan kerja semasa. Kenalpasti kawasan tidak basmi kuman, sempadan basmi kuman dan kawasan basmi kuman.

3. Proses menyuntik benih, hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih dan telah melakukan prosedur kerja pembasmian kuman terliebih dahulu.

4.Pemasangan jaring dapat mengelakan perosak -perosak serangga memasukki rumah cendawan selain berfungsi sebagai mengalir laluan udara.

5. Membuat pemeriksaan rutin kepada beg-beg cendawan bagi mengesan beg-beg yang tercemar agar dilupuskan segera.

6. Lantai-lantai di dalam rumah cendawan hendaklah dibersihkan selepas tuaian.

7. Sebelum memasukkan beg media yang baru, proses kerja pembersihan menyeluruh hendaklah dilakukan menggunakan pembasmian kuman.

8. Peralatan kerja penanaman cendawan hendaklah SELALU DIBERSIHKAN dan DIBASMIKAN dengan anti kuman.

9. Pakaian semasa memasuki rumah cendawan hendaklah bersih. sekiranya anda memasuki rumah cendawan yang tercemar oleh penyakit, hendaklah anda menukar segera baju sebelum masuki rumah cendawan yang lain. Ini bertujuan mengelakkan jangkitan penyakit cendawan ke rumah cendawan yang lain.


APAKAH PENYAKIT YANG SELALU MENYERANG PENANAMAN CENDAWAN??

1. Kulat Jingga/Oren.

Gambar sumbangan Fatisha Agro Farm : http://siswazah-tani.blogspot.com/

  • Kulat jenis ini memang amat cepat menyerang pada awal berlaku selepas menyuntik benih.
  • Ia berlaku masa 4-5 hari selepas menyuntik benih berwarna putih, nipis seperti asap dan lebih cepat tumbuh dari miselia cendawan tiram kelabu.
  • Lama kelamaan terbentuk tompokan berwarna krim dan tebal di dalam beg cendawan dan diikuti dengan spora berwarna jingga yang berbau tengik. Kulat jingga ini selalunya berada di rumah cendawan dan kadangkala telah berada di dalam habuk kayu dari kilang kayu.


BAGAIMANA HENDAK ATASI MASALAH PENYAKIT DAN PEROSAK???

Semestinya, anda hendaklah mengikuti langkah-langkah seperti yang berikut:

1. Pastikan media digaul rata supaya kandungan sekata.


Contoh Beg Media yang tidak cukup kukus Gambar sumbangaan http://mycendawan.blogspot.com/

2. Pastikan beg cendawan dikukus secukupnya:

Tong drum : 7-8 Jam pada suhu melebihi 95 darjah celcius
Kukusan Besar ( Steamer ) : 7 jam melebihi 70-80 Celcius / atau media sekurang-kurangnya mencapai 70-80 Celcius selama 2 jam berterusan.

3. Lupuskan beg-beg media yang tercemar dan dimasukkan ke dalam plastik serta ikatkan. Buangkan jauh dari Rumah Cendawan. Seeloknya anda buang terus ke tempat pemusnahan. Jangan dibakar.

4. Jika masih berlaku lagi serangan kulat jingga, tutup semua beg cendawan yang masih elok di dalam rumah cendawan. Lakukan proses kerja penyemburan pembasmian 70% alkohol atau klorin. Sembur dengan air bersih sebelum beg media dibuka semula untuk pengeluaran hasil yang seterusnya.

5. PENTING!!! Pastikan anda tidak memasuki rumah cendawan yang tidak tercemar, selepas proses menghapuskan media-media yang berpenyakit. sekiranya anda LUPA, serangan penyakit akan berlaku pada rumah cendawan lain pula.





SAMBUNGAN PENYAKIT YANG LAIN DAN KAWALAN PENYAKIT BAGI MENGATASI MASALAH INI AKAN SAYA SAMBUNG LAGI....

TUNGGU YA..

IDEA CENDAWAN DALAM KOTAK (MUSHROOM KIT) DI DALAM INDUSTRI CENDAWAN




Pemasaran tanaman cendawan merupakan salah satu "core bussines" di dalam aktiviti penanaman cendawan. Melalui pemasaran yang baik, pengguna tidak akan terputus bekalan cendawan yang dihasilkan atau dituai. Asalkan ada permintaan , maka adalah pasaran yang baik bagi penanaman cendawan ini.

Hasil tanaman cendawan bukan lah semata-mata produk segar dari ladang sahaja. Anda juga boleh menggunapakai hasil hiliran seperti Cucur Cendawan ( kata oghang Kedah cuchuq Cendawan), Cendawan Goreng dan Kerepek Cendawan.


Gambar : Idea diketengahkan oleh Rantau Agrotech Supply Enterprise Dari web http://rasemushroom.blogspot.com/

Di luar negara, hasil hilirannya tertumpu kepada penjualan beg-beg media cendawan yang dijadikan sebagai cenderamata atau Beg Media Cendawan " Do It YourSelef atau DIY). Di luar negara, ia dikenali sebagai mushroom kit. Anda boleh mencari maklumat ini di enjin carian. Idea mushroom kit ini memberi satu pengalaman yang baik kepada pengguna yang ingin menuai hasil cendawan sendiri di dalam rumah mereka.


Contoh Mushroom Kit yang diluar negara. Idea ini boleh diguna sebagai aktiviti hiliran.

Mushroom kit yang berbenih dijual boleh kepada pengguna. Bahkan penghantaran menggunakan kurier juga boleh dilakukan diseluruh dunia. Itulah aktiviti hiliran penanaman cendawan diluar negara dan usaha ini boleh dijalankan di Malaysia sepaerti rakan penanaman cendawan, Rantau Agrotech Supply Enterprise (RASE) mengorak langkah untuk memasarkan beg cendawan berbenih di dalam kotak.

Bagi saya, inilah idea yang boleh diketengah bagi rakan penanaman cendawan bagi mendapat hasil sampingan selain menanam cendawan. Tahniah RASE! :)

IDEA KREATIF PASTI MENGUNTUNGKAN. INTERNET SUMBER INSPIRASI !!! IZWAN - PROJEKCENDAWAN
05 Ogos 2007

CENDAWAN GERGASI

Dari Youtube.com , rakaman Cendawan Gergasi di Mexico.

01 Ogos 2007

MESIN-MESIN PERUSAHAAN CENDAWAN

ProjekCendawan juga menawarkan mesin-mesin bagi kegunaan pengusaha penanaman cendawan berskala besar atau kecil.

Antara mesin-mesin yang dijual adalah seperti berikut:

MESIN PENGUKUS (STEAMER)

MODEL: ASASt-450

- BAHAN API: GAS / WAP
- KAPASITI: 450-500 BEG
- DIMENSI MESIN:120X120X120 CM
- BAHAN BUATAN: MILD STEEL
- AKSESSORI : INJAP PELEPASAN WAP, JANGKASUHU
----------------------------------------------------------------------------------------


MODEL: ASASt-1000

- BAHAN API: GAS / WAP
- KAPASITI MUATAN : 1000-1100 BEG
- DIMENSI MESIN:180X180X190 CM
- BAHAN BUATAN: MILD STEEL
- AKSESSORI: INJAP PELEPASAN WAP, JANGKASUHU
----------------------------------------------------------------------------------------

MODEL: VAT-1000

- BAHAN API: GAS / WAP
- KAPASITI MUATAN : 1000 BEG
- DIMENSI MESIN: 5’X5’X5’
- BAHAN BUATAN: STAINLESS STEEL

MODEL: VAT- 800

- BAHAN API: GAS / WAP
- KAPASITI MUATAN : 1000 BEG
- DIMENSI MESIN: 4’X4’X4’
- BAHAN BUATAN: STAINLESS STEEL

----------------------------------------------------------------------------------------

MESIN PEMBANCUH MEDIUM HABUK KAYU(MIXER)

MODEL: ASAMx-250

- KUASA: 3 HP

- KAPASITI BANCUHAN : 250 KG

- DIMENSI MESIN:120 X 160 X 120 CM

- BERAT: 450 KG


** PENGUBAHSUAIAN SPESIFIKASI MENGIKUT PERMINTAAN
----------------------------------------------------------------------------------------

MODEL: VAT-400

- KUASA: 2 HP

- KAPASITI BANCUHAN : 400 KG

- DIMENSI MESIN:5’x2.5’x4.5’
----------------------------------------------------------------------------------------


MODEL: QSW-50

- KUASA: 2 HP

- KAPASITI BANCUHAN : 250 KG

- DIMENSI MESIN:34” X 48” X 35”

BUILT IN EXTRUDER

- KUASA: 2HP

- KAPASITI: 300 BAG/JAM

----------------------------------------------------------------------------------------



HARGA AKAN DI PAPARKAN TIDAK LAMA LAGI- ProjekCendawan
31 Julai 2007

Koridor Utara zon makanan moden


Koridor Utara zon makanan moden

PERTANIAN merupakan sektor ekonomi utama di kawasan utara Semenanjung Malaysia dengan padi menjadi tanaman utama. Pembabitan tenaga kerja dalam bidang ini pula ialah 21.7 peratus bagi Perlis, 19 peratus bagi Kedah, Perak (18 peratus) dan Pulau Pinang (1.4 peratus).

Selain padi, aktiviti-aktiviti pertanian di Koridor Utara turut merangkumi tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah dan tebu serta penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Daripada sejumlah 800,000 hektar kawasan pertanian utama hampir 42 peratus ditanam dengan padi, lebih kurang 49 peratus dengan kelapa sawit sementara getah dan tebu masing-masing tiga peratus.

Bagaimanapun, pendapatan para petani didapati masih rendah berbanding pendapatan pekerja di sektor-sektor lain.

Ia berpunca daripada kadar pengeluaran tanaman yang rendah, yang disebabkan oleh beberapa faktor asas.

Salah satu objektif utama Koridor Utara adalah untuk menangani faktor-faktor tersebut, seterusnya meningkatkan pendapatan petani dan juga sumbangan ekonomi dari sektor pertanian.

Koridor Utara akan dijadikan zon makanan moden bagi Malaysia, bermula dengan inovasi daripada pakar-pakar sains, yang kemudiannya digunapakai dan dikomersialkan oleh pihak industri berdasarkan piawaian antarabangsa dan dipasarkan ke pasaran domestik serta luar negara.

Perubahan dari amalan-amalan sedia ada kepada amalan-amalan ‘pertanian baru’ adalah amat penting bagi menangani isu kadar pengeluaran yang rendah dan menambahbaik produktiviti tanah. Ini seterusnya akan meningkatkan sumbangan ekonomi sektor pertanian, menambah pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan defisit perdagangan negara dalam bahan makanan yang telah meningkat kepada RM7.4 bilion pada tahun 20053.

Selaras dengan program-program untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian di Koridor Utara terdapat beberapa inisiatif khas untuk mengukuhkan nilai jenama bagi membolehkan produk-produk memperoleh harga premium yang lebih tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebuah organisasi pemasaran yang profesional akan dilantik untuk menjenamakan dan memasarkan sesetengah produk Koridor Utara untuk mewujudkan kaitan kualiti dengan wilayah ini seperti kejayaan penjenamaan ‘Australian Beef’ dan ‘California Grapes’.

Untuk melengkapkan usaha-usaha penjenamaan, organisasi benih dan piawaian akan bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan kualiti ke atas syarikat-syarikat yang menggunakan jenama Koridor Utara bagi memastikan bahawa nilai jenama terpelihara.

Selain itu, bakat dalam bidang pertanian di Koridor Utara hendaklah diasak lagi untuk menggalakkan langkah ke arah pertanian baru.

Program biasiswa akan diperkenalkan bagi membiayai pelajar-pelajar dari keluarga Koridor Utara untuk mempelajari subjek-subjek pertanian moden seperti pertanian bioteknologi di universiti tempatan dan asing.

Penubuhan Fakulti Pertanian bagi Koridor Utara juga sedang dirancang untuk menjamin kesediaan tenaga pekerja dan keperluan penyelidikan masa depan.

Selain daripada program-program di atas, inisiatif spesifik akan dilaksanakan sama ada untuk memodenkan pertanian tanaman-tanaman yang sedia ada atau untuk menggalakkan pertanian moden secara besar-besaran di kawasan yang berpotensi tinggi.

Segala usaha ini diharap dapat mengubah Koridor Utara daripada satu kawasan pertanian tradisi kepada zon pengeluaran makanan moden yang menguntungkan.

Penanaman Padi

Sektor padi berpotensi untuk meningkatkan produktiviti daripada tahap pengeluaran semasa iaitu 3-5 tan sehektar kepada 8 tan sehektar menjelang 2012 dan 9-10 tan sehektar menjelang 2020 jika isu-isu semasa seperti infrastruktur pengairan dapat ditangani. Ini akan meningkatkan tahap pendapatan petani-petani dan juga mengurangkan pergantungan atas import padi dari negara lain.

Inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran padi dan menambah pendapatan petani termasuk:

* Penghasilan biji benih padi bermutu tinggi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih.

* Penambahan bilangan pengeluar biji benih yang diperakui.

* Pewartaan kawasan jelapang utama untuk melindungi kawasan padi daripada digunakan untuk tujuan selain pertanian makanan.

* Pelaksanaan program pertanian bersepadu untuk mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan petani, contohnya, penternakan ikan di dalam tali air atau penanaman buah-buahan dan tanaman kontan di sepanjang batas.

*Penambahan nilai kepada hasil padi dengan menggalak aktiviti hiliran berasas dedak, jerami dan sekam padi.

* Penukaran jenis tanaman bagi petani-petani di kawasan yang tidak dirangkumi sistem pengairan moden.

Akuakultur dan Perikanan

Koridor Utara dianugerahkan ciri-ciri semula jadi yang memanfaatkan sektor perikanan dan akuakultur seperti kepelbagaian spesies ikan, kawasan pesisiran pantai sepanjang 700km dan kewujudan sumber-sumber air tawar. Kementerian Pertanian telah mengenal pasti 217 hektar tanah di Perlis dan 202 hektar tanah di Ulu Lenggong, Kedah, yang sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti akuakultur.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan perikanan dan akuakultur termasuk:

* Penubuhan pusat penetasan di Kedah khusus untuk penternakan anak-anak ikan premium untuk makanan atau hiasan.

* Pembangunan industri perikanan laut dalam dan kilang-kilang pemprosesan ikan di Kuala Perlis.

* Pengezonan kawasan pesisiran pantai tertentu untuk penternakan ikan dan kerang-kerangan di dalam sangkar.

* Pendalaman tali air untuk membolehkan aktiviti-aktiviti akuakultur.

Penternakan

Kebanyakan aktiviti penternakan haiwan dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil. Untuk meningkatkan daya saing industri daging tempatan, penternak-penternak akan digalak untuk mengamalkan kaedah fidlot. Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas akan menjadi salah satu sumber haiwan ternakan bagi program fidlot di Koridor Utara.

Produk hampas pertanian seperti jerami, tanaman hijau dan isirung sawit boleh digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. Penternakan haiwan akan dijalankan secara berkelompok untuk mencapai skala yang membolehkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran secara komersial.

Pembangunan sektor penternakan haiwan akan dapat membantu mengurangkan pergantungan atas daging import dan juga mewujudkan sumber pendapatan tambahan bagi para petani di antara kitar menanam dan menuai.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalak penternakan haiwan termasuk:

* Pembangunan sistem fidlot di tahap kampung dan daerah, dengan Pusat Fidlot Kebangsaan, Gemas sebagai sumber pembiakan haiwan

* Pengubahan estet-estet industri yang terbiar kepada ladang ternakan premium. Ini akan menjadi kawasan-kawasan berteknologi tinggi yang tertumpu ke atas produk- produk daging premium seperti burung unta, rusa dan ayam kampung.

* Pembangunan pusat pemprosesan halal di Sg. Petani, Tasik Gelugor dan Padang Besar khusus untuk pasaran eksport

Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan rempah-ratus akan digalakkan di kawasan tanah yang terbiar. Ini akan menjana sumber-sumber pendapatan baru bagi petani dan meningkatkan pertumbuhan eksport Malaysia.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalak pertanian buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk:

* Penghasilan benih-benih berkualiti tinggi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih

* Melatih dan menggalak petani-petani padi untuk menanam pokok buah-buahan dan tanaman kontan di sepanjang tali air dan batas bendang.



Nota kami: diharapkan pengusaha-pengusaha cendawan yang boleh menjanakan industri cendawan secara komersil dan besar-besaran.

25 Julai 2007

Kursus Intensif Penanaman Cendawan (Teori & Praktikal)

2) Kursus Intensif Penanaman Cendawan (Teori & Praktikal)

Tarikh : 4hb Ogos 2007 (Sabtu)

Masa : 8.00 PagiTempat : Atiqah Trading Agrotech
No.11 Kampong Padang,35390 Behrang Station,Perak.

Tempat adalah terhad, sila buat pendaftaran awal. Untuk keterangan lanjut sila hubungi
05-4541635 @ 019-3544888
22 Julai 2007

26 JULAI 2007 TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN DI WISMA TANI, PUTRAJAYA

Assalamualaikum.. Dan salam sejahtera


TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN AKAN DIADAKAN PADA SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 26 JULAI 2007

MASA: 9.00 PPAGI-12 TENGAHARI

TEMPAT: TINGKAT 12, WISMA TANi, PUTRAJAYA


PENCERAMAH: PUAN NORMAH IBRAHIM ( PEGAWAI YANG TERLIBAT DI DALAM INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA)

NOTA ADALAH PERCUMA.

p/s: Sekiranya anda salah seorang penanam cendawan, sila bawa sekali kad perniagaan anda untuk dikemaskini di dalam Direktori Cendawan.

Yang Benar

MOHD IZWAN BIN MOHD KHALIT
012-2952321

12 Julai 2007

Amalan kebersihan Baik Dalam Penanaman Cendawan





p/s: Amalan Baik di dalam sudut kebesihan penanaman cendawan amat ditik beratkan bagi menjamin kebersihan yang baik dan hasil yang berkualiti. - izwan
03 Julai 2007

Senarai Kilang Papan Di Malaysia yang membekalkan Habuk Kayu Untuk Penanaman Cendawan




Oleh kerana ramai yang bertanya tentang senarai tempat yang membekalkan habuk kayu getah. Disini saya mendapat sebuah laman web yang menyenaraikan alamat yang boleh dihubungi bagi industri cendawan. Diharapkan dapat membantu serba sedikit.

http://www.mtc.com.my/industry/team/team.html

p/s: sekiranya anda ingin memberi maklumat lain berkaitan dengan industri cendawan, emelkan kepada saya: jebatcyber@gmail.com

Rantau Agrotech Supply Enterprise ( RASE ): Rahsia 30 Hari Sahaja !!??

Tahukah anda, Rantau AgroTech Supply Enterprise mandapat kaedah untuk memeram beg cendawan hanya 30 hari berbanding sebelum ini 60 hari. Bahkan hasil tuaiannya juga cantik dan rasanya pun sedap. Tahniah kepada Rantau AgroTech Supply Enterprise. Klik link yang telah dirangkaikan.

Rantau Agrotech Supply Enterprise ( RASE ): Rahsia 30 Hari Sahaja !!??


Semoga kita mendapat manfaatnya. Tahniah tahniah tahniah!!!


p/s: Kita kena mencari kaedah bioteknologi bagi mempercepatkan pemeraman dan tuaian cendawan ini.