Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

20 Jun 2007

Khasiat-khasiat Cendawan



Video Ladang Cendawan Gano, Jitra Kedah



Video Syarikat DXN dan ladang cendawan Ganoderma sistem ladang yang berskala besar.

17 Jun 2007

17-21 Ogos 2007: BioJohor 2003 & Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor : International Biotechnology Conference & Showcase



17-21 Ogos 2007 akan diadakan BioJohor 2007 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor di Johor Bharu dihoskan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Johor dan J-Biotech .


Aturcara majlis






Sumber dari: http://www.biojohor.com

Nota kami: Harap-harap ada pengusaha cendawan mempromosikan produk cendawan di BioJohor 2007 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor. Jangan lepaskan peluang ini. -wan
12 Jun 2007

Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur merupakan Bahagian yang mengendalikan Industri Cendawan



Tahukah anda Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur, jabatan Pertanian, Putrajaya merupakan Bahagian yang mengendalikan Industri Cendawan. Sila rujuk di laman web ini: http://www.doa.gov.my/doa_bm/main.php
MAKLUMAT TERKINI!!!!

TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN.
LOKASI: Tingkat 12, Wisma Tani, Putrajaya
TARIKH: 28 Jun 2007
Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

PERCUMA SAHAJA & NOTA DISEDIAKAN.
.
UNTUK PERTANYAAN: SILA HUBUNGI PEGAWAI YANG TERLIBAT DI DALAM INDUSTRI CENDAWAN DI PUTRAJAYA

Puan Normah Ibrahim

03-88703307

016-6085610

normah_i@doa.gov.my



"MARI KITA MENDAPAT INFORMASI YANG BERGUNA & MARI KITA MENJALINKAN RANGKAIAN PEMASARAN DIANTARA KITA" - izwan

Berita Akhbar Utusan Teknologi Efektif Mikroorganisma (EM) Dalam Cendawan

JOHOR BAHRU 14 Sept 2005. -

Teknologi Efektif Mikroorganisma (EM) yang kini digunakan bagi tanaman sayur-sayuran dan ternakan akan diperluaskan terhadap sawah padi di negeri ini dalam mengeluarkan hasil beras yang berkualiti tinggi.Menteri Besar, Dato' Haji Abdul Ghani Othman berkata, perlaksanaan EM akan dimulakan pada musim menanam padi akan datang dan melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar di negeri ini yang akan digunakan secara optimum.Menurut beliau, pengeluaran hasil padi dengan meggunakan teknologi EM itu menghasilkan beras yang lebih baik berbanding penggunaan bahan tertentu bagi tanaman itu."Penggunaan teknologi pertanian itu akan menghasilkan pengeluaran padi dan beras secara organik yang amat baik kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan penggunaan EM itu dimulakan di Lembak Bio-Tek Peladang Johor Sungai Lebak, Kota Tinggi sebagai perintis dalam memperluaskan EM bagi sektor pertanian. Seluas 80 hektar tanah digunakan bagi tujuan itu dalam pengeluaran benih cendawan dan kaedah bioteknologi dalam penghasilan baja organik yang diusahakan di lembah tersebut.

Kaedah itu bukan sahaja dapat mempertingkatkan produktiviti tanaman yang diusahakan tetapi juga mampu menangkis serangan penyakit terhadap tanaman.Abdul Ghani berkata, teknologi tersebut akan digunakan di kawasan sawah padi yang terdapat di negeri ini seperti di Kahang, Sungai Mati, Sungai Balang dan Sarang Buaya di Muar.Dalam pada itu beliau memberitahu, Johor merupakan negeri pertama di negara ini menggunakan EM bagi membolehkan golongan petani mengeluarkan hasil pertanian dan ternakan yang lebih baik.Katanya, setakat ini projek perintis tersebut sedang dilakukan di lembah itu dan akan dikembangkan kepada pekebun kecil tidak lama lagi dalam menggunakan teknologi tersebut supaya mereka dapat mengeluarkan hasil pertanian mereka."Kita berharap pekebun kecil mendapat manfaat daripada kaedah itu kerana bukan sahaja mendapat hasil yang lebih baik tetapi mengeluarkan tanaman yang bermutu tinggi," katanya.Beliau berkata, bahan EM itu telah digunakan di beberapa buah negara Asia dan ia digunakan secara meluas bagi sayur-sayuran dan ternakan.Jelas beliau, bahan tersebut boleh didapati di pasaran dan kalangan petani yang berminat untuk menghasilkan produk berkualiti digalakan menggunakan teknologi itu dalam pertanian mereka.

Sumber : Utusan Malaysia Khamis 15 September, 2005

Nota kami: Em Sudah bermula sejak 2005 lagi. Lembaga Pertubuhan Peladang Johor sudah memulakan Teknologi EM dalam Cendawan. Nampaknya kita kena mengetahui informasi penggunaan EM didalam Perusahaan Cendawan. EM oh EM... :) -izwan
11 Jun 2007

Ceramah: Pengkulturan Cendawan Tiram





Video Rakaman bagi membuat benih mengunakan kaedah Pengkulturan oleh En Mohd Arif Bin Dollah dari MARDI. Rakaman ini dibuat di Taman Pertanian Universiti, UPM, 12-13 Mei 2007. Video ini durasinya adalah 74 minit dirakam oleh Projekcendawan.blogspot.com (Izwan).

Semoga anda dapat mendapat manfaat dari video ini. :)

Penanaman Cendawan Teknologi Effective Microorganisma (EM)





Nota kami: Nampaknya penggunaa Effective Microorganism (EM ) sudah mula digunakan di Malaysia. Khususnya di bawah PELADANG.
09 Jun 2007

Keratan Akhbar: Sentuhan bioteknologi dalam projek cendawan





2 minggu berturut-turut artikel berkaitan penanaman cendawan dikeluarkan di Sisipan Mega, Utusan Malaysia (8 Jun 2007).



08 Jun 2007

Keratan Akhbar: Cultivation Thriting In Gerisek


Keratan Akhbar: Mushrooms easy to grow and pay so well


Lihat sahaja tajuknya pun sudah mengetahui bahawa Penanaman Cendawan merupakan kerjaya yang menjana pendapatan lumayan. - izwan