Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

05 Jun 2007

Oh Rumah Cendawan: Apa Yang Perlu Diketahui??

RUMAH CENDAWAN, APA YANG PERLU DIKETAHUI????
[Rumah Cendawan yang beratapkan daun nipah dan berdindingkan jaring hitam]

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya berkongsi maklumat dengan anda berkaitan dengan Rumah cendawan. Untuk makluman anda, Rumah cendawan merupakan sebuah tempat persekitaran yang terkawal bagi penanaman cendawan. Dimana Cendawan Tiram yang ditanam akan di kawal dari segi pertumbuhan dan persekitaran yang lembab. Penanaman Cendawan Tiram memerlukan persekitaran yang bersih. Sebab itulah terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti bagi mendapat hasil tuaian yang banyak.


[Rumah Cendawan yang dalam pembinaan]

Persekitaran Rumah cendawan itu sendiri hendaklah: -


  • Mempunyai Pengudaraan yang baik
  • Menggunakan dinding netting
  • Suhu sesuai : 28°C - 30°C
  • Rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari
  • Kelembapan bandingan yang tinggi : 80-90%
  • Siram 2 kali sehari
  • kalis serangga & penyakit – dinding netting dan lantai bersimen


UKURAN STANDARD RUMAH CENDAWAN




Pelan Pandangan Hadapan rumah Cendawan

Besar: 20´x 50´ - memuatkan 10,000-15,000 beg

Kecil: 20´x 15´ - memuatkan 3,000-4,500 beg

Rumah cendawan tidak sesuai terlalu besar kerana sukar untuk mengawal jangkitan pencemaran.



APA YANG ADA DI DALAM RUANG DALAM BANGUNAN RUMAH CENDAWAN???


a) Ruang Penyediaan - ruang menggaul media

b) Ruang Pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman


c) Bilik Suntik - ruang menyuntik benih


d) Bilik Pemeraman - ruang untuk meletak beg media semasa pemeraman


e) Ruang Pengeluaran Hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil




[Contoh Rumah Cendawan Butang Di Luar Negara ]



Nota kami: Oh rumah cendawan... - izwan
01 Jun 2007

Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Julai 2007




Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penanaman cendawan? Asas-asas yang perlu diketahui mengenai cendawan komersil?? Anda juga boleh melayari di laman web http://www.tpu.upm.edu.my.




Kisah Usahawan Cendawan Yang Berjaya : Keratan Akhbar Utusan Malaysia 25 Mei 2007

Kisah Usahawan Cendawan Yang Berjaya: Keratan Akhbar Utusan Malaysia 25 Mei 2007. Sungguh menarik. Marilah kita menyokong perusahaaan Cendawan . Marilah kita mempromosikan Khasiat cendawan kepada rakyat malaysia mengenai khasiat pemakanan cendawan yang sihat.



31 Mei 2007

Jenis-jenis Cendawan yang ada Di Malaysia

Terdapat 2000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam. Tahukah anda jenis-jenis cendawan yang terdapat di Malaysia yang boleh dikomersilkan secara besar-besaran. Antaranya ialah Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor caju), Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida), Cendawan Abalone (Pleurotus systidiosus), Cendawan Shitake (Lentinus polytricha), Cendawan Telinga Kera (Auricularia plytricha), Cendawan Jerami Padi (Volvoveilla volcacea) dan Cendawan Butang (Agaricus spp)



Petikan dari Ebook Asas Penanaman Cendawan Tiram Kelabu, Dapatkan Ebook Asas Penanaman Cendawan tiram untuk mengetahui kelebihan jenis-jenis cendawan yang boleh dikomersilkan. - izwan
30 Mei 2007

TEMUBUAL BERSAMA USAHAWAN CENDAWAN: PN ZAINON ARIFFIN.

" Artikel ini adaptasi web blog http://impaxbokashi.wordpress.com/ . Terima kasih Impaxbokashi" - ProjekCendawan

Saya telah menemubual seorang usahawan cendawan tiram dari Ulu Selangor iaitu Pn Zainon Ariffin. Pn Zainon, 45 tahun adalah lulusan UITM dan ibu kepada 3 orang anak telah mengusahakan cendawan tiram kelabu hampir 2 tahun. Ladangnya, Genting Permai Resources yang terletak di Batang Kali seluas satu setengah ekar di usahakan bersama keluarga dan seorang pekerja tetap. Saya kagum dengan Pn Zainon yang ramah, tidak lokek ilmu dan sporting menjawab soalan, rasanya perbualan tersebut bukan sekadar temubual, tetapi lebih kepada temulawak.

SAYA: Bagaimana puan bermula dalam perusahaan cendawan ini?
PN ZAINON: Saya bersara awal dari Telekom, selepas beberapa bulan duduk di rumah, saya rasa eloklah berbuat sesuatu. Kebetulan kawan saya dari Shima Agro mengusahakan cendawan dan tawarkan contract farming dengan saya. Orang lain cari kursus dan pinjaman dahulu, saya terbalik, saya tanda tangan kontrak dahulu. Baru cari kursus dan bantuan kerajaan. Pemasaran sangat penting, oleh itu saya ikat kontrak dahulu untuk menjamin pemasaran. Ramai pemborong berjanji akan ambil cendawan dari kita, tetapi akhirnya mereka tidak datang, itu biasa terjadi. Jadi saya mengikat kontrak dahulu bersama Shima Agro dengan modal permulaan RM50 000.

SAYA: Bagaimana puan dapatkan bimbingan dalam perniagaan ini?
PN ZAINON: Pertama sekali apabila menandatangani kontrak tersebut, mentor saya adalah Shima Agro sendiri. Kemudian saya mengikuti kursus Jabatan Pertanian selama 3 hari di Putra Jaya. Saya juga mengikuti kursus praktikal dan teori selama 8 minggu di Agro Pac anjuran UPM. Kami di bawa melawat ladang-ladang cendawan seperti di CMC dan MITA.

SAYA: Boleh puan ceritakan sedikit tentang ladang puan?
PN ZAINON: Ladang saya seluas satu setengah ekar di Batang Kali, Ulu Selangor. Saya mengusahakan cendawan tiram kelabu. Setakat ini hanya setengah ekar yang di gunakan untuk rumah cendawan, rumah rehat dan bengkel. Ada 3 buah rumah cendawan di sini, iaitu rumah cendawan, rumah tuai dan rumah eram. Baru-baru ini pejabat pertanian bermurah hati meminjamkan 2 kuarters kepada saya. Dalam satu rumah ada 6 rak ukuran 20 kaki x 30 kaki. Jarak antara rak pula 17 kaki x 3 kaki. Setiap rak boleh memuatkan 1 500 beg cendawan. Kalau pandai menyusun bolehlah memuatkan 10 000 beg cendawan.

SAYA: Apa kandungan medium yang puan gunakan untuk cendawan?
PN ZAINON: Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian. Kapur untuk meneutralkan habuk kayu dan dedak itu makanan cendawan.

SAYA: Berapa perolehan dalam sehari dan bagaimana puan memasarkan cendawan?
PN ZAINON: Sehari hasil tuaian dalam 30kg. tetapi demand di sini lebih dari itu, hampir 80kg sehari. Saya membekalkan pada Shima Agro sebanyak 100kg seminggu. Selain itu, saya juga menjual secara bundle kepada pasar dan kedai runcit dalam pek-pek 5kg. Saya juga ada membungkus dalam paket-paket seberat 250gram untuk individu yang rajin menjual, seperti suri rumah, pekerja kilang dan pelajar. Saya bungkusnya sendiri bersama anak-anak. Biasanya peket 250 gram di jual dengan harga RM2.50 dengan 50 sen sebagai komisyen jualan. Saya juga menjual cendawan sejukbeku. Kalau harga pasaran di sini RM13/kg, di Terengganu harga cendawan lebih tinggi lagi. Saya sebagai pembekal akan tolak kepada pemborong dalam RM6-8 sekilo. Pendapatan sebulan adalah dalam RM3000.

SAYA: Bagaimana puan melakukan penjagaan cendawan?
PN ZAINON: Pertama sekali apabila beg plastik di isi dengan media, ia di kukus, di suntik benih dan di eramkan. Dalam proses pengeraman kawalan suhu sangat penting. Cendawan yang saya usahakan adalah jenis cendawan tiram kelabu, iaitu cendawan tanah rendah jadi suhunya di jaga sekitar 28-30 darjah Celcius selama 60 hari dengan 80% kelembapan di rumah eram. Kemudian cendawan di pindahkan ke rumah tuai. Suhunya lebih tinggi pada 30-32 darjah Celcius, 80-90% kelembapan. 5 hari sudah boleh di tuai. Kebersihan itu aspek yang penting kerana rumah cendawan adalah tempat yang di sukai lipas, tikus dan serangga, juga untuk mengelak penyakit bagi cendawan. Biasanya kami menggunakan antiseptik seperti dettol dan clorox untuk membersihkan rumah cendawan.

SAYA: Apa penyakit yang selalu menyerang cendawan? Bagaimana puan merawatnya?
PN ZAINON: Biasanya kulat hijau, kulat oren, kulat merah jingga dan kulat hitam. Saya akan membuang beg plastik tersebut, cuci tempat tadi dengan dettol dan biarkan ia kering. Setelah kering baru saya isi semula dengan beg cendawan lain. Setakat ini belum pernah terjadi jangkitan yang serius dalam rumah cendawan saya. Tetapi penyakit cendawan ini tidak dapat di elakkan kerana ia masalah sebaran udara, kulus tidak mencukupi atau kadang-kala tempias hujan. Universiti Malaya sebagai institusi penyelidikan cendawan setakat ini masih tidak menjumpai penyelesaian kepada masalah kulat.

SAYA: Pada pendapat puan mengapa permintaan terhadap cendawan begitu tinggi?
PN ZAINON: Ia berkaitan dengan aspek kesihatan. Dahulu negara kita pernah digemparkan dengan wabak selesema burung, waktu itu ramai orang mula bertukar dari ayam kepada cendawan. Protein cendawan ini sama dengan ayam. Jadi mereka mengambil cendawan sebagai pilihan yang lebih selamat berbanding ayam.

SAYA: Puan ada menganjurkan kursus penanaman cendawan?
PN ZAINON: Ada, malah saya biasa menjalankan kursus di sini. Baru-baru ini 60 orang penuntut politeknik UITM datang membuat lawatan. Setakat ini saya rasa sudah 300 orang datang membuat lawatan ke ladang saya sejak 2 tahun ini. Kebanyakannya di perkenalkan oleh Jabatan Pertanian. Saya juga mengajar kursus penanaman cendawan selama sehari dengan nota-nota daripada UPM, Jabatan Pertanian, MARDI dan secara praktikal. Saya mengalu-alukan kedatangan bakal-bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam cendawan tiram ke rumah cendawan saya. Boleh menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya jika mereka memerlukan bimbingan dan nasihat.

SAYA: Apa perkembangan perniagaan puan sekarang? Apa perancangan puan untuk masa terdekat ini?
PN ZAINON: Saya sedang memperbaiki bengkel dan dalam proses penambah baikan rumah-rumah cendawan. Saya berhasrat untuk menambah 2 buah rumah lagi. Saya baru mendapatkan pelabelan dari SIRIM dan akan mula menggunakannya pada bulan Jun ini. Selain itu, saya bercadang untuk memasuki pasaran Brunei. Saya mendapat tawaran untuk menyediakan 150kg cendawan iaitu 3 kali seminggu. Saya tidak bercadang mengusahakan cendawan ini secara besar-besaran, tetapi cukuplah ladang saya lengkap dan serba ada. Saya bercadang untuk mempromosikan ladang saya kepada orang awam, tetapi buat masa ini belumi kerana khuatir belum dapat memenuhi permintaan orang awam.

SAYA: Akhir sekali, apa nasihat dan pesanan puan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin menceburi penanaman cendawan?
PN ZAINON: Saya harap mereka jangan putus asa mengusahakan cendawan ini. Saya berpesan mereka buat betul-betul dan jangan cepat mengalah dengan cabaran-cabarannya. Kerana apabila mengusahakan cendawan, penyakit akan datang dulu. Jangan risau. Itu sudah dalam tangan. 3 tahun yang pertama itu, biasanya adalah tempoh untuk menambah baik ladang seperti memperbaiki bengkel dan rumah cendawan. Jadi buat permulaan ini banyak wang akan keluar untuk melabur kepada pembakpulihan. Saya sendiri pun setakat ini daripada modal permulaan RM50 000 telah menambah untuk tujuan pemuliharaan sehingga mencecah RM76 000. Saya tiada cabaran yang terlalu hebat seperti sesetengah usahawan lain dan tiada masalah mendapatkan bantuan Jabatan Pertanian, alhamdulillah. Sebagai usahawan yang meniaga sendiri, kita perlu disiplin yang baik. Kita perlu datang dulu ke ladang sebelum pekerja untuk aturkan tugas-tugas yang perlu di lakukan oleh pekerja kita. Menyimpan buku kira-kira, rekod dan kerja bersistem itu sudah semestinya ada. Kerja pun tidak terlalu susah kerana kita sudah programkan aktiviti harian. Awal-awal bula lagi sudah merancang kerana satu bulan boleh menuai sebanyak dua kali.

Puan Zainon juga bermurah hati untuk berkongsi resipi cendawan goreng yang dibuatnya.

Bahan-bahan:
Cendawan
Tepung gandum
Tepung beras
Tepung jagung
Rempah kari
Garam
Lada serbuk
Air

Cara membuatnya:
Bancuh rempah kari, garam dan lada serbuk dengan air. Biarkan ia cair seperti membuat tepung pisang goreng.
Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu bekas.
Celup cendawan tadi dalam campuran rempah kari.
Golekkan cendawan yang bercelup di atas campuran 3 jenis tepung tadi
Sedia untuk menggoreng.

Untuk menghasilkan cendawan goreng sejukbeku, cendawan tadi di goreng tiga suku masak sahaja dan dimasukkan dalam freezer.

Puan Zainon mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke ladangnya untuk tujuan lawatan, bimbingan atau kursus penanaman cendawan. Puan Zainon boleh dihubungi di alamat dan nombor yang tertera:

Pn Zainon bt Ariffin
Genting Permai Resources
787, Kampung Sekolah
44 300 Batang Kali
Ulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel: 013- 341 8202

Ada pengusaha cendawan yang menggunakan EM (effective microorganism) untuk rawatan bangsal iaitu membuat semburan untuk mengelakkan pencemaran lain-lain mikrob dan patogen supaya cendawan tidak terkena penyakit atau rosak.

23 Mei 2007

WUJUDNYA DIREKTORI PENANAM DAN PEMBORONG CENDAWAN SELURUH MALAYSIA

Syukur akhirnya siap juga sebuah aplikasi direktori bagi Penanam , Ladang dan Pemborong Cendawan yang boleh dimasukkan disini. Saya banyak menerima panggilan dari orang perseorangan yang berminat untuk mengetahui ladang-ladang cendawan yang sudah memulakan projek cendawan ini. Ini kerana ada diantaranya berminat untuk membuat lawatan dan mendapatkan seberapa banyak info yang berkaitan dengan cendawan ini.

Saya juga tercari-cari sebelum ini ladang-ladang cendawan di internet, hanya bebearapa yang dapat saya kumpulkan. Mungkin ada dikalangan anda yang mempunyai maklumat atau pun anda sememangnya pemilik ladang cendawan, bolehlah mengiklankan ladang disini sebagai sumber informasi kepada yang lain. Ini kan namanya promosi buat anda. Jadi apakata kita berkongsi maklumat dan membina rangkaian penanaman cendawan yang berjaya.

Alamat laman web ini adalah Direktori Penanam dan Ladang Cendawan :

http://www.projekcendawan.net.tf

"IKLAN LADANG CENDAWAN DAN PEMBORONG CENDAWAN SAMADA MILIK SYARIKAT ATAU PUN MILIK INDIVIDU. PROMOSIKAN PERNIAGAAN TANAMAN CENDAWAN ANDA"
22 Mei 2007

Forum Cabaran Industri Cendawan Di UM 25 Mei 2007

3rd Series of ASM Biotechnology and Agriculture Dialogues:
"Mushroom Industry in Malaysia: Technology, Issues and Challenges’’

Friday, 25 May 2007,
8.30am - 12.00pm
Auditorium, Ground Floor, IPS Building, Universiti Malaya.

Mushrooms are fungi that have been known since time immemorial not only as high protein traditional vegetable/food but as food that has profound health promoting benefits. Recent scientific studies are now confirming their medical efficacy as well as identifying their many bioactive molecules. Though there are over 2000 edible fleshy mushroom species worldwide only about 100 are cultivated. The cultivation technologies available range from conventional sawdust logs to high technology methods where even the environment for the mushroom’s growth is highly regulated to ensure the production of quality mushrooms.

In Malaysia, mushroom has been cultivated since the early 1970s and the dominant variety is the grey oyster. In recent years and with increasing awareness, mushrooms have now been declared as industrial crop by the Ministry of Agriculture. Many new species are being cultivated and this poses several challenges including suitable technologies that will ensure a viable mushroom industry. This forum will provide the platform to discuss and share the issues, challenges and initiatives needed to promote the industry.

This 3rd Forum on Mushroom Industry in Malaysia will be jointly organized by the Academy of Sciences Malaysia (ASM) Biotechnology and Agriculture Task Force, Mushroom Research Centre (MRC) and Centre for Biotechnology in Agriculture Research (CEBAR) University of Malaya and Mushroom Association Malaysia (MAM) to generate more awareness in this very important area of mushrooms not only as food but also as health supplements.

For more information & registration: DOWNLOAD BROCHURE & REPLY FORM (http://www.bic.org.my/downloads/mushroom_forum.pdf)


Exhibition and Sale of Mushrooms & Mushroom Products

Friday, 25 May 2007,
12.00 pm - 5.30pm
Auditorium, Ground Floor, IPS Building, Universiti Malaya.

In conjunction with the forum, there will be an exhibition and sale of mushrooms and mushroom products. The sale includes fresh mushrooms (Black Jelly, Shiitake, Golden Needle, Clitocybe), mushroom kits, mushroom snacks & drinks, mushroom nutraceuticals, souveniors and recipe books. This exhibition is open for all.

For more information on mushroom exhibition: DOWNLOAD BROCHURE
(http://www.bic.org.my/downloads/mushroom_exhibition.pdf)

For those interested to participate as exhibitors to display / sell mushrooms or mushroom products, you may complete the form below and send it by fax. Participation is free (limited number, first come first serve basis).

For exhibitors: DOWNLOAD FORM
(http://www.bic.org.my/downloads/mushroom_exhibitor.pdf)

OR contact
Mr. Syamsul Azmir
Akademi Sains Malaysia (ASM)

Jutawan Cendawan Wanita Dari Korea

Jutawan Cendawan Wanita Dari Korea, begitulah tajuk yang saya berikan kepada video hasil dari rakaman Berita TV Syarikat Swasta di Korea. Seorang Wanita yang bergelar Jutawan Cendawan dengan pendapatan Tahunan 6 Juta USD. Wanita ini telah mendapat gelaran Ahli Agrikultur Moden di Korea.

Video beginilah yang akan menjadi pencetus semangat kepada warga-warga siswa atau yang sudah bekerja makan gaji untuk beralih arah menambahkan pendapatan melalui pertanian. Pertanian bukanlah satu bidang yang dipandang lekeh, kerana adanya petani moden yang berbantukan teknologi, kita dapat meraih hasil yang besar di dalam bidang ini. Apa kata kalau kita melihat Succes story hasil dari video ini. Ayuh kita membina kerjaya di dalam bidang Pertanian Moden yang menjanjikan keuntungan lumayan.

19 Mei 2007

EBOOK PANDUAN PENANAMAN BUKU CENDAWAN TIRAM KELABU BERGAMBAR

PAKEJ A:
EBOOK + NOTA VIDEO ASAS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM MELALUI POS EKSPRESS





EBOOK ASAS PENANAMAN CENDAWAN (RM 15.00) + VIDEO NOTA PENANAMAN CENDAWAN TIRAM (RM 30.00) = HANYA RM 40.00 DALAM SATU PAKEJ SAHAJA 2 CD.

PENGHANTARAN MENGGUNAKAN POS EKSPRESS DAN SAMPAI 4 HARI BEKERJA.

VIDEO NOTA BOLEH DIMAIN KAN DI TV VIDEO PLAYER ANDA ATAU PUN KOMPUTER.


MODUL-MODUL MENCAKUPI:

MODUL 1. PENGENALAN INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA

MODUL 2. ASAS DAN TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN

MODUL 3. PENYELESAIAN BAGI MASALAH PENYAKIT DI DALAM INDUSTRI CENDAWAN.

MODUL 4. PEMBINAAN RUMAH CENDAWAN DAN ALIRAN TUNAI BAGI PENANAMAN CENDAWAN

SILA LIHAT DEMO VIDEO KAMI. (UNTUK VERSI TV ANDA)





JIKA BERMINAT? SILA IKUTI LANGKAH-LANGKAH SEPERTI DIBAWAH:

PERTAMA:
Masukkan Rm 40.00 ke Akaun Maybank :
152023017153 MOHD IZWAN BIN MOHD KHALIT.
DAN REKODKAN NO RUJUKAN TRANSAKSI.

KEDUA:
EMEL KAN KE jebatcyber@gmail.com DENGAN MAKLUMAT SEPERTI BERIKUT:
===========================
NAMA:
EMEL:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT : ( Bagi tujuan mengepos CD)
TEL:
TARIKH TRANSAKSI:
MASA:

===========================
KETIGA:
PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA MELALUI TELEFON, EMEL DAN SMS UNTUK MEMAKLUMKAN BUKU ANDA SUDAH DIHANTAR MELALUI POS DAN NO PENGHANTARAN POS EKSPRESS AKAN DI SMS KEPADA ANDA UNTUK RUJUKAN PENGHANTARAN
.
SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI SAYA , MOHD IZWAN - 012-2952321 / atau emel : jebatcyber@gmail.com

------------------------------------------------------------------------------------------------

PAKEJ B:
NOTA MANUAL PANDUAN PENANAMAN BUKU CENDAWAN TIRAM KELABU BERGAMBAR LANGKAH DEMI LANGKAH MELALUI DOWNLOAD

Dengan Hanya RM 25.00 Sahaja anda akan mendapat manfaat dan teknik-teknik untuk menanam Cendawan Tiram Kelabu secara komersial yang diolah dengan lebih sistematik dan mudah difahami. Terdapat 240 muka surat dan bonus kertas kerja penanaman cendawan serta jadual tuaian penanaman cendawan.

Dapatkan Tip-tip untuk menjana pendapatan anda dengan menanam cendawan tiram kelabu dengan konsep langkah demi langkah dan bergambar .

Ebook ini adalah didalam bentuk fail PDF.

Antara tajuk-tajuk yang terdapat didalam buku ini:







  • Pengenalan Cendawan

  • Jenis-jenis Cendawan Di Malaysia

  • Prospek Penanaman Cendawan tiram

  • Penyediaan Bahan memuat substrat

  • Kaedah Pengukusan Beg Cendawan

  • Kaedah penyuntikan benih

  • Kaedah Pemeraman di rumah cendawan

  • Pengutipan Hasil Cendawan

  • Pembungkusan Cendawan yang dituai

  • Anggaran perbelanjaan penanaman cendawan tiram






Muka Depan Ebook Buku Asas Penanaman Cendawan



Petikan dari Ebook Buku Panduan Asas Manual Penanaman Cendawan Tiram Komersial.





















BERMINAT UNTUK MENDAPAT
EBOOK PANDUAN BERGAMBAR INI????








PERTAMA:

Download dahulu nota penanaman cendawan tiram kelabu DISINI

KEDUA:

Untuk mendapatkan PASSWORD bagi nota manual ini,
masukkan RM 25.00 ke Akaun Maybank :



152023017153 MOHD IZWAN BIN MOHD KHALIT.
DAN REKODKAN NO RUJUKAN TRANSAKSI.



KETIGA:
Setelah selesai membuat bayaran, sila sms ke 012-2952321 :

  • Nama
  • No rujukan transaksi
  • Tarikh
  • Masa bayaran
Contoh sms:

PASSWORD

PASSWORD: abu /909090 /01102007 / 1030 pagi



KEDUA:
Pihak kami akan menghantar PASSWORD kepada anda setelah kami membuat pengesahan bayaran kepada anda.


SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI SAYA , MOHD IZWAN - 012-2952321 / atau emel : jebatcyber@gmail.com

18 Mei 2007

Pelbagai Idea untuk simpanan beg cendawan

Seacara biasanya kita akan mengikut kaedah yang biasa digunakan oleh penanam cendawan. Sama seperti yang diajar di dalam kursus penanaman cendawan. tahukah anda, terdapat beberapa gaya dan kaedah untuk meletakkan beg-beg cendawan.

Antara kaedah yang dapat dilihat bagi penanam cendawan di Malaysia adalah berbentuk rak seperti gambar dibawah ini.


Penaman dalam rak kayu.



Saya juga telah diberi pendedahan mengenai beg-beg cendawan yang digantung bersisi antara satu sama lain.


Menggunakan plastik PP yang bersaiz besar.


menggunakan tali.


Beg cendawan didalam keadaan menegak.


Rasa-rasa yang mana satu boleh menjana produktif cendawan ya??? Nampaknya saya akan membuat kaji selidik menganai produktiviti cendawan. Kerana ada juga yang mengatakan kaedah meletakan cendawan juga ada kaitan dengan pertumbuhan cendawan. Kerana ia melibatkan graviti bumi. Hmm jadi untuk mendapatkan kepastian, saya akan mencuba eksprimental untuk mendapatkan yang mana satu lebih produktif dan berkesan. Tanya diri, Tanya kos hehe :) Yang penting Cendawan tetap mengeluarkan hasil yang banyak. :)