Consectetuer

Popular

Summary Cloud

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Featured Video

Download

BTricks

BThemes

Comments

13 Ogos 2007

EM (Effektif Mikroorganisma) di dalam penanaman cendawan

Petikan dari bakteriabaik.blogspot.com

"Industri pertanian, perikanan dan peternakan negara makin kian membangun..pelbagai kemudahan yang disediakn oleh kerajaan dari dulu sampai sekarang namun dengan RMK-9 sektor ini terus maju berkembang pesat. Ramai usahawan tani dari golongan siswazah telah menunjukkan minat yang amat positif terhadap sektor ini.

Terdapat banyak kursus-kursus dan teknologi baru diperkenalkan dan ini boleh membantu memberi maklumat kepada usahawan tani yang baru. Mengikut pengalaman penulis ramai orang beralih kepada sektor ini disebabkan potensi besar yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu kerjaya. Kepada yang ingin melibatkan diri dalam industri perlu memahami aspek-aspek teknikal dalam setiap bidang yang diceburi. Setakat menghadiri khusus dan seminar belum tentu dapat menjalankan projek-projek dengan sempurna. Oleh itu jaringan perniaagaan di kalangan usahawan ternakan amat digalakkan.

Ramai dikalangan usahawan tani masih lagi lemah dalam aspek teknikal seperti pengurusan projek, ubatan-ubatan dan penyelenggaraan. Oleh itu, blog ini bertujuan untuk memberi sebanyak info yang mengikut pengalaman penulis. Mengikut maklumat terbaru yang diperolehi negara kita akan melaksanakan satu sistem pertanian yang mesara alam dengan menggunakan produk semulajadi iaitu Effective Microorganism atau EM. Produk ini sudah lama digunakan di dunia tetapi negara kita masih lagi baru. Ianya juga dipanggil sebagai probiotik atau ‘bakteria baik’ yang amat sesuai digunakan berbanding antibiotik yang biasa digunakan. Apabila kita menggunakan produk ini tidak perlu risau tentang antibiotik lain, maknanya usahawan baru pun boleh belajar menggunakan EM ini dengan mudah. "


Bagaimana pula dengan penggunaan EM di dalam penanaman cendawan???

Saya berpeluang mendapatkan maklumat dari En. Encik Khairul Akmal dari Pengarah Circle Field Sdn Bhd semasa menghadiri jemputan Kursus Penanaman Cendawan Anjuran Perintis Agro Tech di UIA baru-baru ini.


Kebaikan: Tingkatkan hasil 10% ke 15%, Kerosakan berkurangan 20%, Rasa lebih kenyal dan sedap, Tiada serangga, Cendawan tahan 6 ke 7 hari.
Cara Penggunaan EM Pada Cendawan
  1. Penyediaan
  2. Proses Semaian
  3. Rawatan Pencegahan
  4. Pembersihan Bangsal
  1. Penyediaan
    1. Em disembur kepada seluruh bahagian semasa pembersihan tempat penanaman pada cairan 1:500. Tiada bahan kimia digunakan. EM tidak disembur pada tempat penyemaian kerana ia boleh memusnahkan benih cendawan.
  1. Proses Semaian
    1. Semasa penyediaan bongkah, campurkan EM pada air dengan nisbah 1:500. ½ sudu teh + 1 liter air atau 1 sudu besar + 16 liter air (satu baldi)
    2. Pengiraan EM yang digunakan jika menggunakan 16 liter air
i. 1/500 x 16 = 0.032 ml
    1. Em digunakan semasa penyedian bongkah untuk melawan bakteria yang tidak baik. Setelah bongkah dikukus, EM masih hidup tetapi didalam kuantiti yang sedikit. Ia akan merangsang pertumbuham maisilium dengan lebih cepat.
    2. Sebaik cendawan bercambah, jangan sembur dengan EM pada batang cendawan. Tetapi bangsal cendawan boleh disembur dengan EM setiap pagi dan petang dengan nisbah 1:500.
    3. Jangan simpan larutan EM tertapai lebih dari 3 hari.
  1. Rawatan Pencegahan
    1. Sembur EM di sekeliling bangsal sehingga jarak 50 meter untuk mengelakakan serangan serangga. Ia boleh menghalang kemasukan serangga perosak.
  1. Pembersihan Bangsal
    1. Selepas tuaian, sembur EM pada nisbah 1:100 pada bangsal. Boleh juga disemburkan kepada cendawan yang dipetik untuk menambah jangka hayat di pasaran.
EM – Effektif Mikroorganisma
Harga RM 10.00 seliter (yang telah diaktif)


Untuk keterangan lanjut mengenai EM, hubungi:-
Encik Khairul Akmal
Pengarah Circle Field Sdn Bhd
017-637-2810

PAKEJ A : 2 CD VIDEO & NOTA PENANAMAN CENDAWAN KOMERSIAL

DIATAS PERMINTAAN RAMAI, VIDEO CD NOTA PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU SECARA KOMERSIAL DI ULANGCETAK SEKALI LAGI SETELAH 500 CD TELAH DIJUAL SEBELUM INI . TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDA PENYOKONG PENANAMAN CENDAWAN YANG BERMINAT UNTUK MENGETAHUI SELOK-BELOK PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU.

PAKEJ A: 2 VCD NOTA DAN VIDEO PENANAMAN CENDAWAN.

Cover depan VCD Nota & Video Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Komersial.


Sebahagian daripada 1000 VCD yang siap sedia untuk dihantar.


BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN VCD INI????

HANYA RM 40.00 SAHAJA TERMASUK KOS PENGHANTARAN. ( PENGHANTARAN AKAN DITERIMA SELEPAS 3 HARI BEKERJA SELEPAS PEMBAYARAN)


12 Ogos 2007

IKLAN: PERNIAGAAN UNTUK DIJUAL (CENDAWAN)

LOKASI - RAWANG ( HANYA 35 MINIT PERJALANAN DARI KUALA LUMPUR

2 UNIT RUMAH KEDAI 2 TINGKAY ( KELUASAN 20'X 70' SETIAP SATU!!!)

RUMAH 1 - TEMPAT KUTIPAN HASIL

RUMAH 2 0 TEMPAT PEMERAMAN DAN STOR.


SEWAAN UNTUK 2 UNIT HANYA RM 400.00 SAHAJA


LENGKAP DENGAN SEGALA PERALATAN DAN KEPRLUAN MEMBUAT CENDAWAN.

  1. RAK KAYU DENGAN MUATAN 16,000 - 20,000 beg media.
  2. STOR HABUK KAYU TERTUTUP UNTUK LORI 5-10 tan
  3. RUANG MEMBANCUH DAN MEMBUAT BEG
  4. TEMPAT MENGUKUS 4 TONG DRAM + 4 DAPUR - 500 BEG/KUKUS
  5. TEMPAT KHAS SUNTIK BENIH DAN PERALATAN MENYUNTIK
  6. HOS AIR KHAS UNTUK SIRAMAN BEG MEDIA
  7. PERALATAN MENUAI HASIL CENDAWAN.
  8. TUDUNG
  • CHILI (10,000 BIJI)
  • NECK (10,000 BIJI)
  • CULTIVATE 5000 BIJI)
  • FLAT (2000 BIJI)

RUMAH / TEMPAT TINGGAL PEKERJA YANG SELESA UNTUK DIDUDUKI

LENGKAP DENGAN KEPERLUAN ASAS SEPERTI BILIK AIR, RUANG TAMU, 2 BILIK TIDUR, DAPUR MEMASAK DAN PERALATAN DAPUR, MESIN BASUH, PETI SEJUK DAN LAIN-LAIN.

PASARAN TERJAMIN.

Jabatan kerajaan, setempat, pemborong- pemborong sediada. peraih-peraih & orang perseorangan.

SEMUANYA HANYA DENGAN RM 16 RIBU SAHAJA

JIMAT MASA DAN JIMAT KOS

TAWARAN BERKONSEPKAN "TAWARAN TERTINGGI" DAN BERAKHIR PADA 15 OKTOBER 2007.

SILA HUBUNGI HAZR TRADING :019-2797588 / 0122065866 En Hakim

Suasana Kursus Cendawan 11 Ogos 2007 Di UIA, Gombak Anjuran Perintis dengan kerjasama Biro Pertanian UMNO Malaysia dan Jabatan Pertanaian Putrajaya


Alhamdulillah selesai juga Kursus Cendawan Di UIA, Gombak anjuran Perintis Agro Tech Centre pada 11 Ogos 2007. Seramai 100 orang peserta yang hadir di dalam kursus cendawan tiram kelabu secara komersial. Melalui sokongan dan ajuran bersama Biro Pertanian Pemuda UMNO Dan Jabatan Pertanian, kursus ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kursus cendawan anjuran Perintis merupakan siri jelajah yang ketiga. Puan Normah Ibrahim, Jabatan Pertanian Putrajaya selaku penceramah utama telah banyak memberi info-info berguna kepada para peserta yang terdiri dari bakal penanaman cendawan dan penanam cendawan sedia ada. Ramai Diantara peserta mengetahui kursus yang dianjurkan melalui Surat Khabar dan juga melalui laman web blog http://jutawantani.wordpress.com dan http://projekcendawan.blogspot.com


Kehadiran saya ( http://www.projekcendawan.com/ ) sebagai peserta jemputan oleh Pengurus Besar Perintis, Saudara Lutfi Ismail dan Hilmy Hamzah untuk menjalinkan kerjasama bagi menyemarakkan industri cendawan yang mula berkembang sejak akhir-akhir ini. Industri cendawan kini dipandang sebagai industri yang berpotensi menjana pendapatan lumayan. Dengan pengetahuan yang diberikan oleh Puan Normah Ibrahim, sekurang-kurangnya ilmu penanaman cendawan ini dapat diterapkan di kalangan peserta khususnya.


Disamping itu, para peserta juga didedahkan penggunaan Effective microorganisme atau pun EM. Penerangan dari pengusaha cendawan yang telah menggunakan EM telah mendapatkan hasil yang berbeza dari sebelum penggunaan EM. Hasil kutipan cendawan juga telah meningkat diamping daya tahan bagi serangan penyakit dan perosak dapat dihindari. En Khairul Akmal dari Circle Field Sdn. Bhd telah menerangkan penggunaan EM tempatan yang setanding dengan EM luar negara. Beliau menegaskan EM yang dibawa masuk dari luar negara kebanyakkan tidak dapat menyesuaikan persekitaran dan keperluan bagi bakteria baik bagi menggalakkan hasil pertanian dan penternakan. Sehubungan dengan syarikat Circle Field telah membawa pakar EM dari Jepun ke Malaysia untuk menyesuaikan EM tempatan yang dikajibina bagi kegunaan tempatan. EM tempatan ini mampu merangsang pertumbuhan cendawan dengan lebih cepat dari serangan perosak dan penyakit.

Antara produk hasil daripada cendawan.

Para peserta sedang mendengar taklimat daripada Puan Normah berkaitan dengan Beg Media







Diharapkan para pesrta dapat memanfaatkan pengetahuan yang diberikan oleh Puan Normah Ibrahim dari Pejabat Pertanian putrajaya - Izwan ProjekCendawan
09 Ogos 2007

PENGURUSAN PENCEGAHAN BAGI KAWALAN MASALAH PENYAKIT DAN PEROSAK DI DALAM RUMAH CENDAWAN


PENGURUSAN PENCEGAHAN BAGI KAWALAN MASALAH PENYAKIT DAN PEROSAK DI DALAM RUMAH CENDAWAN


Gambar sumbangan Fatisha Agro Farm : http://siswazah-tani.blogspot.com/

Pranota: Saya banyak menerima panggilan dan emel bertanya tentang penyakit-penyakit yang dihadapi semasa proses penanaman cendawan ini. Di dalam ini saya sertakan kaedah untuk menghindari dan mengurus serangan penyakit atau perosak di dalam penanaman cendawan ini. Di dalam penanaman cendawan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah BERSIH dan SUCI. Sebagaimana anda sedia maklum, penanaman cendawan memerlukan persekitaran bersih dan amat sensitif kepada pencemaran.

Amalan Kebersihan Baik yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian, perlulah diambilkira selain dari keuntungan hasil yang kita perolehi. Sekiranya Amalan Kebersihan Baik ini tidak dilaksanakan, serangan-serangan penyakit dan perosak amat mudah berlaku. Melalui pendidikan dan amalan yang berterusan dapat mengurangkan serangan penyakit dan perosak di dalam penanaman cendawan. Ingat!! Rumah Cendawan anda adalah sumber rezeki anda. Selamat mengamalkan AMALAN KEBERSIHAN BAIK.

Kebersihan luaran bermula dari hati yang yang bersih. Salam mesra dari saya , Izwan Projekcendawan.


KENAPA DAN MENGAPA PENYAKIT DAN PEROSAK BERLAKU DI DALAM RUMAH CENDAWAN??

1. Persekitan rumah cendawan yang lembap yang sangat memudahkan pembiakan bakteria dan perosak untuk mendiami.

2. Sepertia sedia maklum, penanaman cendawan terhad di dalam penggunaan bahan kimia.

3. Ejen-ejen penyakit dan perosak sentiasa wujud samada di dalam rumah cendawan mahupun di luar tumah cendawan.

4. Rumah cendawan yang tidak kalis atau anti kemasukkan serangan penyakit dan perosak.

APAKAH AMALAN KEBERSIHAN BAIK DI DALAM PENGURUSAN CENDAWAN???


Gambarajah: Sumbangan Puan Noramah Ibrahim, Jabatan Pertanian, Putrajaya

1. Sentiasa melakukan amakan Kebebersihan Baik dari awal penyediaan cendawan hinggalah tuaian mengikut susun atur.

2. Mematuhi dan melaksanakan amalan kerja semasa. Kenalpasti kawasan tidak basmi kuman, sempadan basmi kuman dan kawasan basmi kuman.

3. Proses menyuntik benih, hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih dan telah melakukan prosedur kerja pembasmian kuman terliebih dahulu.

4.Pemasangan jaring dapat mengelakan perosak -perosak serangga memasukki rumah cendawan selain berfungsi sebagai mengalir laluan udara.

5. Membuat pemeriksaan rutin kepada beg-beg cendawan bagi mengesan beg-beg yang tercemar agar dilupuskan segera.

6. Lantai-lantai di dalam rumah cendawan hendaklah dibersihkan selepas tuaian.

7. Sebelum memasukkan beg media yang baru, proses kerja pembersihan menyeluruh hendaklah dilakukan menggunakan pembasmian kuman.

8. Peralatan kerja penanaman cendawan hendaklah SELALU DIBERSIHKAN dan DIBASMIKAN dengan anti kuman.

9. Pakaian semasa memasuki rumah cendawan hendaklah bersih. sekiranya anda memasuki rumah cendawan yang tercemar oleh penyakit, hendaklah anda menukar segera baju sebelum masuki rumah cendawan yang lain. Ini bertujuan mengelakkan jangkitan penyakit cendawan ke rumah cendawan yang lain.


APAKAH PENYAKIT YANG SELALU MENYERANG PENANAMAN CENDAWAN??

1. Kulat Jingga/Oren.

Gambar sumbangan Fatisha Agro Farm : http://siswazah-tani.blogspot.com/

  • Kulat jenis ini memang amat cepat menyerang pada awal berlaku selepas menyuntik benih.
  • Ia berlaku masa 4-5 hari selepas menyuntik benih berwarna putih, nipis seperti asap dan lebih cepat tumbuh dari miselia cendawan tiram kelabu.
  • Lama kelamaan terbentuk tompokan berwarna krim dan tebal di dalam beg cendawan dan diikuti dengan spora berwarna jingga yang berbau tengik. Kulat jingga ini selalunya berada di rumah cendawan dan kadangkala telah berada di dalam habuk kayu dari kilang kayu.


BAGAIMANA HENDAK ATASI MASALAH PENYAKIT DAN PEROSAK???

Semestinya, anda hendaklah mengikuti langkah-langkah seperti yang berikut:

1. Pastikan media digaul rata supaya kandungan sekata.


Contoh Beg Media yang tidak cukup kukus Gambar sumbangaan http://mycendawan.blogspot.com/

2. Pastikan beg cendawan dikukus secukupnya:

Tong drum : 7-8 Jam pada suhu melebihi 95 darjah celcius
Kukusan Besar ( Steamer ) : 7 jam melebihi 70-80 Celcius / atau media sekurang-kurangnya mencapai 70-80 Celcius selama 2 jam berterusan.

3. Lupuskan beg-beg media yang tercemar dan dimasukkan ke dalam plastik serta ikatkan. Buangkan jauh dari Rumah Cendawan. Seeloknya anda buang terus ke tempat pemusnahan. Jangan dibakar.

4. Jika masih berlaku lagi serangan kulat jingga, tutup semua beg cendawan yang masih elok di dalam rumah cendawan. Lakukan proses kerja penyemburan pembasmian 70% alkohol atau klorin. Sembur dengan air bersih sebelum beg media dibuka semula untuk pengeluaran hasil yang seterusnya.

5. PENTING!!! Pastikan anda tidak memasuki rumah cendawan yang tidak tercemar, selepas proses menghapuskan media-media yang berpenyakit. sekiranya anda LUPA, serangan penyakit akan berlaku pada rumah cendawan lain pula.





SAMBUNGAN PENYAKIT YANG LAIN DAN KAWALAN PENYAKIT BAGI MENGATASI MASALAH INI AKAN SAYA SAMBUNG LAGI....

TUNGGU YA..

IDEA CENDAWAN DALAM KOTAK (MUSHROOM KIT) DI DALAM INDUSTRI CENDAWAN




Pemasaran tanaman cendawan merupakan salah satu "core bussines" di dalam aktiviti penanaman cendawan. Melalui pemasaran yang baik, pengguna tidak akan terputus bekalan cendawan yang dihasilkan atau dituai. Asalkan ada permintaan , maka adalah pasaran yang baik bagi penanaman cendawan ini.

Hasil tanaman cendawan bukan lah semata-mata produk segar dari ladang sahaja. Anda juga boleh menggunapakai hasil hiliran seperti Cucur Cendawan ( kata oghang Kedah cuchuq Cendawan), Cendawan Goreng dan Kerepek Cendawan.


Gambar : Idea diketengahkan oleh Rantau Agrotech Supply Enterprise Dari web http://rasemushroom.blogspot.com/

Di luar negara, hasil hilirannya tertumpu kepada penjualan beg-beg media cendawan yang dijadikan sebagai cenderamata atau Beg Media Cendawan " Do It YourSelef atau DIY). Di luar negara, ia dikenali sebagai mushroom kit. Anda boleh mencari maklumat ini di enjin carian. Idea mushroom kit ini memberi satu pengalaman yang baik kepada pengguna yang ingin menuai hasil cendawan sendiri di dalam rumah mereka.


Contoh Mushroom Kit yang diluar negara. Idea ini boleh diguna sebagai aktiviti hiliran.

Mushroom kit yang berbenih dijual boleh kepada pengguna. Bahkan penghantaran menggunakan kurier juga boleh dilakukan diseluruh dunia. Itulah aktiviti hiliran penanaman cendawan diluar negara dan usaha ini boleh dijalankan di Malaysia sepaerti rakan penanaman cendawan, Rantau Agrotech Supply Enterprise (RASE) mengorak langkah untuk memasarkan beg cendawan berbenih di dalam kotak.

Bagi saya, inilah idea yang boleh diketengah bagi rakan penanaman cendawan bagi mendapat hasil sampingan selain menanam cendawan. Tahniah RASE! :)

IDEA KREATIF PASTI MENGUNTUNGKAN. INTERNET SUMBER INSPIRASI !!! IZWAN - PROJEKCENDAWAN
05 Ogos 2007

CENDAWAN GERGASI

Dari Youtube.com , rakaman Cendawan Gergasi di Mexico.

01 Ogos 2007

MESIN-MESIN PERUSAHAAN CENDAWAN

ProjekCendawan juga menawarkan mesin-mesin bagi kegunaan pengusaha penanaman cendawan berskala besar atau kecil.

Antara mesin-mesin yang dijual adalah seperti berikut:

MESIN PENGUKUS (STEAMER)

MODEL: ASASt-450

- BAHAN API: GAS / WAP
- KAPASITI: 450-500 BEG
- DIMENSI MESIN:120X120X120 CM
- BAHAN BUATAN: MILD STEEL
- AKSESSORI : INJAP PELEPASAN WAP, JANGKASUHU
----------------------------------------------------------------------------------------


MODEL: ASASt-1000

- BAHAN API: GAS / WAP
- KAPASITI MUATAN : 1000-1100 BEG
- DIMENSI MESIN:180X180X190 CM
- BAHAN BUATAN: MILD STEEL
- AKSESSORI: INJAP PELEPASAN WAP, JANGKASUHU
----------------------------------------------------------------------------------------

MODEL: VAT-1000

- BAHAN API: GAS / WAP
- KAPASITI MUATAN : 1000 BEG
- DIMENSI MESIN: 5’X5’X5’
- BAHAN BUATAN: STAINLESS STEEL

MODEL: VAT- 800

- BAHAN API: GAS / WAP
- KAPASITI MUATAN : 1000 BEG
- DIMENSI MESIN: 4’X4’X4’
- BAHAN BUATAN: STAINLESS STEEL

----------------------------------------------------------------------------------------

MESIN PEMBANCUH MEDIUM HABUK KAYU(MIXER)

MODEL: ASAMx-250

- KUASA: 3 HP

- KAPASITI BANCUHAN : 250 KG

- DIMENSI MESIN:120 X 160 X 120 CM

- BERAT: 450 KG


** PENGUBAHSUAIAN SPESIFIKASI MENGIKUT PERMINTAAN
----------------------------------------------------------------------------------------

MODEL: VAT-400

- KUASA: 2 HP

- KAPASITI BANCUHAN : 400 KG

- DIMENSI MESIN:5’x2.5’x4.5’
----------------------------------------------------------------------------------------


MODEL: QSW-50

- KUASA: 2 HP

- KAPASITI BANCUHAN : 250 KG

- DIMENSI MESIN:34” X 48” X 35”

BUILT IN EXTRUDER

- KUASA: 2HP

- KAPASITI: 300 BAG/JAM

----------------------------------------------------------------------------------------



HARGA AKAN DI PAPARKAN TIDAK LAMA LAGI- ProjekCendawan
31 Julai 2007

Koridor Utara zon makanan moden


Koridor Utara zon makanan moden

PERTANIAN merupakan sektor ekonomi utama di kawasan utara Semenanjung Malaysia dengan padi menjadi tanaman utama. Pembabitan tenaga kerja dalam bidang ini pula ialah 21.7 peratus bagi Perlis, 19 peratus bagi Kedah, Perak (18 peratus) dan Pulau Pinang (1.4 peratus).

Selain padi, aktiviti-aktiviti pertanian di Koridor Utara turut merangkumi tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah dan tebu serta penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Daripada sejumlah 800,000 hektar kawasan pertanian utama hampir 42 peratus ditanam dengan padi, lebih kurang 49 peratus dengan kelapa sawit sementara getah dan tebu masing-masing tiga peratus.

Bagaimanapun, pendapatan para petani didapati masih rendah berbanding pendapatan pekerja di sektor-sektor lain.

Ia berpunca daripada kadar pengeluaran tanaman yang rendah, yang disebabkan oleh beberapa faktor asas.

Salah satu objektif utama Koridor Utara adalah untuk menangani faktor-faktor tersebut, seterusnya meningkatkan pendapatan petani dan juga sumbangan ekonomi dari sektor pertanian.

Koridor Utara akan dijadikan zon makanan moden bagi Malaysia, bermula dengan inovasi daripada pakar-pakar sains, yang kemudiannya digunapakai dan dikomersialkan oleh pihak industri berdasarkan piawaian antarabangsa dan dipasarkan ke pasaran domestik serta luar negara.

Perubahan dari amalan-amalan sedia ada kepada amalan-amalan ‘pertanian baru’ adalah amat penting bagi menangani isu kadar pengeluaran yang rendah dan menambahbaik produktiviti tanah. Ini seterusnya akan meningkatkan sumbangan ekonomi sektor pertanian, menambah pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan defisit perdagangan negara dalam bahan makanan yang telah meningkat kepada RM7.4 bilion pada tahun 20053.

Selaras dengan program-program untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian di Koridor Utara terdapat beberapa inisiatif khas untuk mengukuhkan nilai jenama bagi membolehkan produk-produk memperoleh harga premium yang lebih tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebuah organisasi pemasaran yang profesional akan dilantik untuk menjenamakan dan memasarkan sesetengah produk Koridor Utara untuk mewujudkan kaitan kualiti dengan wilayah ini seperti kejayaan penjenamaan ‘Australian Beef’ dan ‘California Grapes’.

Untuk melengkapkan usaha-usaha penjenamaan, organisasi benih dan piawaian akan bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan kualiti ke atas syarikat-syarikat yang menggunakan jenama Koridor Utara bagi memastikan bahawa nilai jenama terpelihara.

Selain itu, bakat dalam bidang pertanian di Koridor Utara hendaklah diasak lagi untuk menggalakkan langkah ke arah pertanian baru.

Program biasiswa akan diperkenalkan bagi membiayai pelajar-pelajar dari keluarga Koridor Utara untuk mempelajari subjek-subjek pertanian moden seperti pertanian bioteknologi di universiti tempatan dan asing.

Penubuhan Fakulti Pertanian bagi Koridor Utara juga sedang dirancang untuk menjamin kesediaan tenaga pekerja dan keperluan penyelidikan masa depan.

Selain daripada program-program di atas, inisiatif spesifik akan dilaksanakan sama ada untuk memodenkan pertanian tanaman-tanaman yang sedia ada atau untuk menggalakkan pertanian moden secara besar-besaran di kawasan yang berpotensi tinggi.

Segala usaha ini diharap dapat mengubah Koridor Utara daripada satu kawasan pertanian tradisi kepada zon pengeluaran makanan moden yang menguntungkan.

Penanaman Padi

Sektor padi berpotensi untuk meningkatkan produktiviti daripada tahap pengeluaran semasa iaitu 3-5 tan sehektar kepada 8 tan sehektar menjelang 2012 dan 9-10 tan sehektar menjelang 2020 jika isu-isu semasa seperti infrastruktur pengairan dapat ditangani. Ini akan meningkatkan tahap pendapatan petani-petani dan juga mengurangkan pergantungan atas import padi dari negara lain.

Inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran padi dan menambah pendapatan petani termasuk:

* Penghasilan biji benih padi bermutu tinggi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih.

* Penambahan bilangan pengeluar biji benih yang diperakui.

* Pewartaan kawasan jelapang utama untuk melindungi kawasan padi daripada digunakan untuk tujuan selain pertanian makanan.

* Pelaksanaan program pertanian bersepadu untuk mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan petani, contohnya, penternakan ikan di dalam tali air atau penanaman buah-buahan dan tanaman kontan di sepanjang batas.

*Penambahan nilai kepada hasil padi dengan menggalak aktiviti hiliran berasas dedak, jerami dan sekam padi.

* Penukaran jenis tanaman bagi petani-petani di kawasan yang tidak dirangkumi sistem pengairan moden.

Akuakultur dan Perikanan

Koridor Utara dianugerahkan ciri-ciri semula jadi yang memanfaatkan sektor perikanan dan akuakultur seperti kepelbagaian spesies ikan, kawasan pesisiran pantai sepanjang 700km dan kewujudan sumber-sumber air tawar. Kementerian Pertanian telah mengenal pasti 217 hektar tanah di Perlis dan 202 hektar tanah di Ulu Lenggong, Kedah, yang sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti akuakultur.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan perikanan dan akuakultur termasuk:

* Penubuhan pusat penetasan di Kedah khusus untuk penternakan anak-anak ikan premium untuk makanan atau hiasan.

* Pembangunan industri perikanan laut dalam dan kilang-kilang pemprosesan ikan di Kuala Perlis.

* Pengezonan kawasan pesisiran pantai tertentu untuk penternakan ikan dan kerang-kerangan di dalam sangkar.

* Pendalaman tali air untuk membolehkan aktiviti-aktiviti akuakultur.

Penternakan

Kebanyakan aktiviti penternakan haiwan dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil. Untuk meningkatkan daya saing industri daging tempatan, penternak-penternak akan digalak untuk mengamalkan kaedah fidlot. Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas akan menjadi salah satu sumber haiwan ternakan bagi program fidlot di Koridor Utara.

Produk hampas pertanian seperti jerami, tanaman hijau dan isirung sawit boleh digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. Penternakan haiwan akan dijalankan secara berkelompok untuk mencapai skala yang membolehkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran secara komersial.

Pembangunan sektor penternakan haiwan akan dapat membantu mengurangkan pergantungan atas daging import dan juga mewujudkan sumber pendapatan tambahan bagi para petani di antara kitar menanam dan menuai.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalak penternakan haiwan termasuk:

* Pembangunan sistem fidlot di tahap kampung dan daerah, dengan Pusat Fidlot Kebangsaan, Gemas sebagai sumber pembiakan haiwan

* Pengubahan estet-estet industri yang terbiar kepada ladang ternakan premium. Ini akan menjadi kawasan-kawasan berteknologi tinggi yang tertumpu ke atas produk- produk daging premium seperti burung unta, rusa dan ayam kampung.

* Pembangunan pusat pemprosesan halal di Sg. Petani, Tasik Gelugor dan Padang Besar khusus untuk pasaran eksport

Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan rempah-ratus akan digalakkan di kawasan tanah yang terbiar. Ini akan menjana sumber-sumber pendapatan baru bagi petani dan meningkatkan pertumbuhan eksport Malaysia.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalak pertanian buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk:

* Penghasilan benih-benih berkualiti tinggi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih

* Melatih dan menggalak petani-petani padi untuk menanam pokok buah-buahan dan tanaman kontan di sepanjang tali air dan batas bendang.



Nota kami: diharapkan pengusaha-pengusaha cendawan yang boleh menjanakan industri cendawan secara komersil dan besar-besaran.

25 Julai 2007

Kursus Intensif Penanaman Cendawan (Teori & Praktikal)

2) Kursus Intensif Penanaman Cendawan (Teori & Praktikal)

Tarikh : 4hb Ogos 2007 (Sabtu)

Masa : 8.00 PagiTempat : Atiqah Trading Agrotech
No.11 Kampong Padang,35390 Behrang Station,Perak.

Tempat adalah terhad, sila buat pendaftaran awal. Untuk keterangan lanjut sila hubungi
05-4541635 @ 019-3544888