Consectetuer
Popular
Categories
- Berita (40)
- Coretan Perjalanan (6)
- iklan (4)
- Informasi (27)
- Kursus Latihan (15)
- Panduan Penanaman (19)
- Panduan Tanaman Komersil (10)
- Rangkaian Pemasaran (6)
- Usahawan Cendawan (10)
- Video Cendawan (5)
Sambutan Yang Hangat Taklimat Projek / Pengusaha / Penanaman Cendawan Komersil Di Malaysia 28 Jun 2007 Di Wisma Tani, Putrajaya

Alhamdulillah Taklimat Penanaman Cendawan yang diadakan di Wisma Tani, Putrajaya pada hari ini (28 Jun 2007) melebihi dari sasaran biasa seramai 109 orang yang hadir di dalam taklimat penanaman cendawan ini. Kebanyakkan yang hadir mendapatkan maklumat taklimat ini dari web blog http://projekcendawan.blogspot.com/ dan web rangkaian kerjasama http://jutawantani.wordpress.com/ serta forum http://www.bicarajutawan.com/. Revolusi pertanian juga seiring dengan gelombang capaian maklumat di internet.
Penceramah di dalam taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Normah Ibrahim dari Seksyen Tanaman Industri, Bahagian Padi Tanaman Industri dan florikultur. Jabatan Pertanian, Putrajaya yang telah lama berpengalaman di dalam indutri penanaman cendawan sejak tahun 70-an lagi.
Taklimat cendawan yang berlangsung selama 3 jam itu mendedahkan banyak maklumat berkaitan dengan sejarah cendawan di Malaysia, Amalan baik penanaman, kaedah penanaman cendawan dan pembiayaan atau insentif dari Jebatan Pertanian bagi penanaman cendawan. terima Kasih kepada puan Normah Ibrahim kerana sudi memberi ilmu dan tunjuk ajar sepanjang taklimat cendawan ini.
Tahniah sekali lagi kepada mereka yang telah hadir di sepanjang taklimat yang padat dan bermanfaat ini. Insyallah, saya akan memasukkan video taklimat buat semua pengunjung blog projekcendawan yang tidak kesempatan untuk mendengar ceramah cendawan. Semoaga kita dapat berkongsi maklumat dikalangan kita.
Taklimat akan datang, akan saya kemaskini buat anda semua dan kepada semua pengusaha-pengusaha cendawan, binalah rangkaian anda di sini. Terima Kasih kepada webmaster http://jutawantani.wordpress.com Salam Mesra dari saya. Wan
p/s: Jika ingin bertani tanpa kotor, jadilah usahawan cendawan yang memerlukan kebersihan. hehe :):):) Wassalam dari Wan, Kedah AgroFarm
Taklimat Penanaman Cendawan Di Wisma Tani Putrajaya
Puan Normah Ibrahim | 03-88703307 |
|
PETA LOKASI

Kenali Cendawan Ganoderma
Apa itu Ganoderma?
Ganoderma adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang unik. Istilah saintifik bagi kulat ini ialah Ganoderma Lucidum, manakala istilah am nya ialah Reishi yakni panggilan bagi masyarakat di Jepun dan Ling-zhi pula panggilan bagi masyarakat di China.
Sejarah.
Mengikut kepercayaan orang Cina mereka telah mengamalkan sejak 2000 tahun dahulu. Iaitu ketika pemerintahan Maharaja Shi Huang Ti. Hanya keturunan raja yang boleh makan Jadi tidak hairan kalau baginda mampu beristeri lebih dari 1000 orang.
Tetapi kalau rujuk dalam Surah Al Baqarah ayat 57:-
" Dan kami naungi kamu dengan awan dan kami turunkan kepada mu 'manna" dan "salwa" . Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah kami berikan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menganiayai kami akan tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri."
Juga dalam Surah Al-Baqarah ayat 61:-
" Hai Musa, kami tidak tahan sabar dengan satu jenis makanan sahaja kerana itu mohonlah untuk kami kepada Tuhan mu agar dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurnya, ketimunnya, bawang putihnya. kacangnya, bawang merahnya. Musa berkata: " Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti (manna) yang lebih baik? Pergilah kamu kesuatu kota pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta." Lalu ditimpalah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal ini (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas."
Begitu juga dalam Kitab Al-Tibbun Nabawi " Cendawan " adalah dari "MANNA". Anugerah yang diturunkan Allah S.W.T. dizaman nabi Musa a.s. yang merupakan satu jenis makanan yang punya khasiat baik dan tinggi.
Dalam kitab Zadul Mi'ad " Cendawan sebagai anugerah yang telah diturunkan Allah S.W.T. kepada Bani Israel"
Kulat ini berwarna merah dan mempunyai kulit luar yang keras dan berkilat. Ia adalah lebih terkenal dengan nama Reishi dan Ling-zhi dan telah digunakan oleh masyarakat China dalam bidang perubatan semenjak lebih 3000 tahun lampau.
Bagi masyarakat Islam, Ganoderma telah diketahui semenjak zaman Nabi Musa a.s. Ini ada dijelaskan di dalam al-Quran di dalam Surah al-Baqarah , ayat 57-61. Allah menerangkan bahawa Ganoderma adalah sebaik-baik makanan. Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala juga menyebut Ganoderma sebagai ubat yang sungguh mujarab dan istimewa.
"Terjemahan sumbangan dari Yayasan Restu: Al-Quran Mashaf Malaysia: Terima Kasih Azza"
Secara umumnya, terdapat lebih 200 spesis Ganoderma. Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati memberikan kesan terapeutik yang tinggi. Tiap-tiap spesis ini mempunyai keistimewaan dan kemustajaban yang tersendiri.
Menurut masyarakat China, Ganoderma berupaya memanjangkan usia dan menjadikan seseorang itu cergas dan awet muda. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda. Kerana itu, Ganoderma dikenali sebagai Herba Yang Ajaib.
Kajian-kajian klinikal moden mendapati bahawa Ganoderma berupaya untuk mengawal dan membantu memulihkan:
- Sistem kulit
- Sistem saraf
- Sistem jantung
- Sistem mata
- Sistem Ginjal / buah pinggang
- Sistem pernafasan
- Sistem aliran darah
Dari kajian-kajian yang dijalankan juga, didapati bahawa Ganoderma mempunyai potensi untuk mengawal dan membantu memulihkan pelbagai penyakit kronik meliputi:
- Kanser
- Tekanan Darah Tinggi
- Hepatitis
- Kencing Manis (Diabetes)
- HIV & AIDS
- Alahan
Kajian oleh ahli-ahli mikologi dan farmakologi mendapati bahawa Ganoderma mengandungi sebatian-sebatian berikut:
| Asid Amino | D-mannitol | Polisakarida |
| Asid Organik | Ergosterol | Sakarida |
| Asid Protease | Glukosamin | Sterol |
| Adenin | Lakton | Triterpenoid |
| Adenosin | Lisozim | Vitamin |
| Alkaloid | Oganik Germanium(GE) | Garam Galian |
Hasil kajian juga mendapati bahawa Ganoderma mempunyai kandungan khasiat seperti berikut:
| Air - 750.0mg | Kalori - 1.7 | Lemak - 9.0mg | Serat - 25.0mg | Vitamin B3 - 0.076mg |
| Besi - 0.19mg | Kalsium - 3.0mg | Asid Pantotenik - 0.032 mg | Vitamin B1 - 0.0016mg | Vitamin C - 0.0625mg |
| Fosferus - 0.03mg | Karbohidrat - 115.0mg | Protin - 75.8mg | Vitamin B2 - 0.0064mg | Vitamin D - 0.769mg |
Bagi setiap 100mg Ganoderma Lucidum asli
Komponen yang penting dalam Ganoderma serta kepentingan dari segi kesihatannya:
- Organik Germanium (GE) – Berupaya dalam meningkatkan kemampuan darah untuk menyerap oksigen sebanyak 1.5 kali atau lebih
- Polisakarida – Menguatkan lagi sistem immunisasi badan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan ( yakni melancarkan lagi fungsi pembuluh darah dalam badan )
- Adenosin – Menyokong kesihatan terhadap fungsi sistem pengaliran darah ke jantung yang mana dapat mengaktifkan lagi sel-sel badan. Adenosin ini membekalkan nutrien yang berkhasiat dan dapat menguatkan lagi pembuluh darah. Apabila aliran darah berfungsi lancar, kapilari darah ini akan meningkat, maka ia dapat mengangkut bekalan oksigen yang lebih serta nutrien bagi mengekalkan kesihatan yang baik
- Ganoderma juga mengandungi mineral, protein, vitamin dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.
Ganoderma tidak bertindak langsung terhadap penyakit yang dihadapi, sebaliknya bertindak terhadap elemen dan sel tubuh manusia itu sendiri. Hakikat ini adalah kerana apa jua penyakit yang menimpa manusia adalah berpunca dari elemen dan sel yang tidak sihat, rosak atau binasa.
Daripada laporan-laporan farmakopeia, adalah dilapurkan bahawa ahli-ahli farmakologi telah mendapati Ganoderma amat berkesan terhadap masalah-masalah kesihatan dan penyakit-penyakit seperti berikut:
- Meningkatkan tindakbalas terhadap masalah hyperlipidemia ( keadaan darah di mana kandungan lemak melebihi kadar lazim) dan merangsang fungsi koronari terhadap saluran arteri
- Membantu memulihkan masalah dan gangguan tekanan darah tinggi atau rendah
- Membantu memulihkan masalah asma dan tekanan jiwa yang kronik
- Membantu memulihkan masalah tekanan dan neurasthenia ; yakni gangguan secara psikologi dan fizikal terhadap sistem saraf
- Membantu memulihkan dan mengimbang semula masalah erythropthisis ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah merah) serta leucocytopenia ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah putih )
- Mengawal dan memulihkan penyakit kanser dan penyakit-penyakit degenaratif
- Hilang selera makan
- Hilang ingatan/nyanyuk
- Sumbatan saluran darah
- Masalah tulang sendi
- Masalah kerongkong
- Hepatitis A, B, C, D
- Masalah kulit
- Gastrik
- Masalah kerosakan hati
- Sukar tidur malam (Insomnia)
- Keracunan makanan
- Masalah saluran pernafasan
- Masalah keguguran rambut
- Masalah bengkak ginjal / buah pinggang
- Ulser
Menurut Dr. David Chu, seorang pakar perubatan tradisional China di Calgary, Kanada
menyebut di dalam buku Reishi Mushroom : Herb of Spritual Potency and Medical Wonder, Sylvan Press, washington ( 1990 ) karangan Dr Terry Willard bahawa Ling-zhi mempunyai kesan sedatif yang dapat melegakan sistem saraf pusat. Ling-zhi juga dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur malam dan kegelisahan.
Menurut beliau, kajian-kajian menunjukkan Ling-zhi mempunyai pengaruh yang berkesan merangsang sel-sel darah putih untuk meningkatkan kekuatan memerangi gejala-gejala asing. Ling-zhi juga begitu ketara khasiatnya dalam kes-kes kanser. Rawatan radioterapi (sinaran radiasi) dan kimoterapi pada kebiasaannya akan mengurangkan bilangan sel-sel darah putih. Apabila dosej Ling-zhi diambil sebelum menjalani kedua-dua bentuk rawatan tersebut, bilangan sel-sel darah putih tidak akan berkurangan.
Dari kajian beliau, Dr Chu mendapati Ling-zhi amat berkesan untuk merawat asma, radang paru-paru dan batuk juga berkesan untuk mengeluarkan toksik daripada hati dan memelihara serta melindungi sel-sel hati. Kerana itu, Ling-zhi amat sesuai untuk merawat hepatitis. Ling-zhi juga adalah amat berkesan terhadap jantung terutama bagi mengatasi masalah kesesakan nafas, pengaliran darah ke jantung dan kestabilan fungsi jantung.
Masyarakat China menurut Dr Chu, semenjak dahulukala lagi percaya bahawa Ling-zhi berupaya mengimbangi organ-organ utama tubuh dalam menjalankan fungsi masing-masing. Dr Terry Willard sendiri di dalam buku tersebut, mencatitkan kesan Reishi sebagaimana yang beliau alami sendiri. Paling ketara adalah keberkesanan Reishi terhadap Sindrom Kelesuan Kronik di mana para pesakit yang kebiasaannya sering kelesuan dan tidak bermaya kembali aktif dan ceria.
CARA GANODERMA INI BERTINDAK :
- Pengesanan - Penyakit adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi badan
- Ia bertindak mengesan penyakit yang terpendam didalam badan lalu bertindak menyeimbang dan memulihkan semula fungsi tersebut.
- Akibat dari proses penyeimbangan dan pemulihan itu, berlaku tubuh akan memberikan satu reaksi terhadap penyakit yang dinamakan kesan tindakbalas
2) Pembersihan - Ia amat berkesan bagi membuang keracunan larutan air seperti asid urid
( penyebab sakit ghout ), deposit garam galian berlebihan dan keracunan larutan organik seperti kolesterol, lebihan lemak, kerosakan tisu, sisa-sisa kimia berminyak, darah kotor dan lain-lain
- Keracunan larutan air disingkirkan dari tubuh melalui peluh dan air kencing
- Keracunan larutan organik disingkirkan melalui najis, ruam, bisul, kumuhan dan kadang-kalanya melalui kahak dan tahi mata
- Semasa proses pembersihan keracunan, tubuh akan terasa panas. Ini adalah disebabkan darah menjadi sedikit berasid kerana racun diserap ke dalam darah sebelum diproses dan disingkir keluar melalui buah pinggang dan hati
- Tekak juga akan merasa dahaga. Ini menandakan tubuh memerlukan lebih banyak air untuk menyingkirkan keracunan itu
3) Penyeimbangan – Fungsi tubuh dikembalikan menjadi normal
- Banyak kesan tindakbalas akan berlaku
- Sekiranya kesan tindakbalas agak teruk, kurangkan dosej dan teruskan pengambilan
4) Membaikpulih - Keseluruhan sistem dan fungsi badan akan dibaikpulihkan. Mana-mana bahagian yang rosak akan dibina semula. Keunikan kulat ini ialah ia berupaya membina semula sel-sel yang rosak dan mati
- Menguatkan semula sistem pertahanan badan dan daya tahan melawan penyakit. Kekuatan fizikal akan dipulihkan. Fikiran akan menjadi lebih tenang
5) Awet muda – Fungsi tubuh dikembalikan ke paras optimum. Wajah akan kelihatan lebih ceria dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
Sumber:http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/nur_aida.htm
Nota kami: Banyak khasiat cendawan yang perlu kita terokai. - izwan
17-21 Ogos 2007: BioJohor 2003 & Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor : International Biotechnology Conference & Showcase
17-21 Ogos 2007 akan diadakan BioJohor 2007 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor di Johor Bharu dihoskan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Johor dan J-Biotech .
Aturcara majlis



Sumber dari: http://www.biojohor.com
Nota kami: Harap-harap ada pengusaha cendawan mempromosikan produk cendawan di BioJohor 2007 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor. Jangan lepaskan peluang ini. -wan
Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur merupakan Bahagian yang mengendalikan Industri Cendawan
Puan Normah Ibrahim | 03-88703307 | 016-6085610 |
Berita Akhbar Utusan Teknologi Efektif Mikroorganisma (EM) Dalam Cendawan
Teknologi Efektif Mikroorganisma (EM) yang kini digunakan bagi tanaman sayur-sayuran dan ternakan akan diperluaskan terhadap sawah padi di negeri ini dalam mengeluarkan hasil beras yang berkualiti tinggi.Menteri Besar, Dato' Haji Abdul Ghani Othman berkata, perlaksanaan EM akan dimulakan pada musim menanam padi akan datang dan melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar di negeri ini yang akan digunakan secara optimum.Menurut beliau, pengeluaran hasil padi dengan meggunakan teknologi EM itu menghasilkan beras yang lebih baik berbanding penggunaan bahan tertentu bagi tanaman itu."Penggunaan teknologi pertanian itu akan menghasilkan pengeluaran padi dan beras secara organik yang amat baik kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Ibrahim di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan penggunaan EM itu dimulakan di Lembak Bio-Tek Peladang Johor Sungai Lebak, Kota Tinggi sebagai perintis dalam memperluaskan EM bagi sektor pertanian. Seluas 80 hektar tanah digunakan bagi tujuan itu dalam pengeluaran benih cendawan dan kaedah bioteknologi dalam penghasilan baja organik yang diusahakan di lembah tersebut.
Kaedah itu bukan sahaja dapat mempertingkatkan produktiviti tanaman yang diusahakan tetapi juga mampu menangkis serangan penyakit terhadap tanaman.Abdul Ghani berkata, teknologi tersebut akan digunakan di kawasan sawah padi yang terdapat di negeri ini seperti di Kahang, Sungai Mati, Sungai Balang dan Sarang Buaya di Muar.Dalam pada itu beliau memberitahu, Johor merupakan negeri pertama di negara ini menggunakan EM bagi membolehkan golongan petani mengeluarkan hasil pertanian dan ternakan yang lebih baik.Katanya, setakat ini projek perintis tersebut sedang dilakukan di lembah itu dan akan dikembangkan kepada pekebun kecil tidak lama lagi dalam menggunakan teknologi tersebut supaya mereka dapat mengeluarkan hasil pertanian mereka."Kita berharap pekebun kecil mendapat manfaat daripada kaedah itu kerana bukan sahaja mendapat hasil yang lebih baik tetapi mengeluarkan tanaman yang bermutu tinggi," katanya.Beliau berkata, bahan EM itu telah digunakan di beberapa buah negara Asia dan ia digunakan secara meluas bagi sayur-sayuran dan ternakan.Jelas beliau, bahan tersebut boleh didapati di pasaran dan kalangan petani yang berminat untuk menghasilkan produk berkualiti digalakan menggunakan teknologi itu dalam pertanian mereka.
Sumber : Utusan Malaysia Khamis 15 September, 2005
Nota kami: Em Sudah bermula sejak 2005 lagi. Lembaga Pertubuhan Peladang Johor sudah memulakan Teknologi EM dalam Cendawan. Nampaknya kita kena mengetahui informasi penggunaan EM didalam Perusahaan Cendawan. EM oh EM... :) -izwan
Ceramah: Pengkulturan Cendawan Tiram
Video Rakaman bagi membuat benih mengunakan kaedah Pengkulturan oleh En Mohd Arif Bin Dollah dari MARDI. Rakaman ini dibuat di Taman Pertanian Universiti, UPM, 12-13 Mei 2007. Video ini durasinya adalah 74 minit dirakam oleh Projekcendawan.blogspot.com (Izwan).
Semoga anda dapat mendapat manfaat dari video ini. :)


