Consectetuer
Popular
Categories
- Berita (40)
- Coretan Perjalanan (6)
- iklan (4)
- Informasi (27)
- Kursus Latihan (15)
- Panduan Penanaman (19)
- Panduan Tanaman Komersil (10)
- Rangkaian Pemasaran (6)
- Usahawan Cendawan (10)
- Video Cendawan (5)
17-21 Ogos 2007: BioJohor 2003 & Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor : International Biotechnology Conference & Showcase
17-21 Ogos 2007 akan diadakan BioJohor 2007 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor di Johor Bharu dihoskan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Johor dan J-Biotech .
Aturcara majlis



Sumber dari: http://www.biojohor.com
Nota kami: Harap-harap ada pengusaha cendawan mempromosikan produk cendawan di BioJohor 2007 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Johor. Jangan lepaskan peluang ini. -wan
Bahagian Padi, Tanaman Industri Dan Florikultur merupakan Bahagian yang mengendalikan Industri Cendawan
Puan Normah Ibrahim | 03-88703307 | 016-6085610 |
Berita Akhbar Utusan Teknologi Efektif Mikroorganisma (EM) Dalam Cendawan
Teknologi Efektif Mikroorganisma (EM) yang kini digunakan bagi tanaman sayur-sayuran dan ternakan akan diperluaskan terhadap sawah padi di negeri ini dalam mengeluarkan hasil beras yang berkualiti tinggi.Menteri Besar, Dato' Haji Abdul Ghani Othman berkata, perlaksanaan EM akan dimulakan pada musim menanam padi akan datang dan melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar di negeri ini yang akan digunakan secara optimum.Menurut beliau, pengeluaran hasil padi dengan meggunakan teknologi EM itu menghasilkan beras yang lebih baik berbanding penggunaan bahan tertentu bagi tanaman itu."Penggunaan teknologi pertanian itu akan menghasilkan pengeluaran padi dan beras secara organik yang amat baik kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Ibrahim di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan penggunaan EM itu dimulakan di Lembak Bio-Tek Peladang Johor Sungai Lebak, Kota Tinggi sebagai perintis dalam memperluaskan EM bagi sektor pertanian. Seluas 80 hektar tanah digunakan bagi tujuan itu dalam pengeluaran benih cendawan dan kaedah bioteknologi dalam penghasilan baja organik yang diusahakan di lembah tersebut.
Kaedah itu bukan sahaja dapat mempertingkatkan produktiviti tanaman yang diusahakan tetapi juga mampu menangkis serangan penyakit terhadap tanaman.Abdul Ghani berkata, teknologi tersebut akan digunakan di kawasan sawah padi yang terdapat di negeri ini seperti di Kahang, Sungai Mati, Sungai Balang dan Sarang Buaya di Muar.Dalam pada itu beliau memberitahu, Johor merupakan negeri pertama di negara ini menggunakan EM bagi membolehkan golongan petani mengeluarkan hasil pertanian dan ternakan yang lebih baik.Katanya, setakat ini projek perintis tersebut sedang dilakukan di lembah itu dan akan dikembangkan kepada pekebun kecil tidak lama lagi dalam menggunakan teknologi tersebut supaya mereka dapat mengeluarkan hasil pertanian mereka."Kita berharap pekebun kecil mendapat manfaat daripada kaedah itu kerana bukan sahaja mendapat hasil yang lebih baik tetapi mengeluarkan tanaman yang bermutu tinggi," katanya.Beliau berkata, bahan EM itu telah digunakan di beberapa buah negara Asia dan ia digunakan secara meluas bagi sayur-sayuran dan ternakan.Jelas beliau, bahan tersebut boleh didapati di pasaran dan kalangan petani yang berminat untuk menghasilkan produk berkualiti digalakan menggunakan teknologi itu dalam pertanian mereka.
Sumber : Utusan Malaysia Khamis 15 September, 2005
Nota kami: Em Sudah bermula sejak 2005 lagi. Lembaga Pertubuhan Peladang Johor sudah memulakan Teknologi EM dalam Cendawan. Nampaknya kita kena mengetahui informasi penggunaan EM didalam Perusahaan Cendawan. EM oh EM... :) -izwan
Ceramah: Pengkulturan Cendawan Tiram
Video Rakaman bagi membuat benih mengunakan kaedah Pengkulturan oleh En Mohd Arif Bin Dollah dari MARDI. Rakaman ini dibuat di Taman Pertanian Universiti, UPM, 12-13 Mei 2007. Video ini durasinya adalah 74 minit dirakam oleh Projekcendawan.blogspot.com (Izwan).
Semoga anda dapat mendapat manfaat dari video ini. :)
Keratan Akhbar: Mushrooms easy to grow and pay so well

Lihat sahaja tajuknya pun sudah mengetahui bahawa Penanaman Cendawan merupakan kerjaya yang menjana pendapatan lumayan. - izwan
Penanaman Cendawan di Dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Berikut adalah Sinopsis Bagi Tajuk Tanaman Makanan.
Tanaman Makanan ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini yang berlandaskan teknologi memberi penekanan kepada daya produktiviti secara praktis kepada murid dalam bidang penanaman hasilan makanan.
Tanaman Makanan adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahwanan di kalangan murid dalam bidang pertanian untuk peningkatan daya pengeluaran negara.
Melalui mata pelajaran ini, murid boleh mengusahakan tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam, cendawan dan tauge. Murid perlu menjalankan kerja amali
mengenai kaedah penanaman yang meliputi penyediaan bahan dan alatan, tapak atau kawasan, pembajaan, sistem pengairan, kawalan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod ladang. Mereka juga mengaplikasikan teknologi dalam tanaman makanan di kawasan berstruktur dan kawasan terbuka untuk menghasilkan pelbagai produk tanaman untuk tujuan komersil.
Dengan penguasan kemahiran ini, murid yang mengambil mata pelajaran ini berkebolehan mengusahakan ladang mini buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam, cendawan dan tauge atau bekerja di ladang berkaitan sebagai pembantu juruteknik pertanian.
Mata Pelajaran Tanaman Makanan
Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mengusahakan tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba, ulaman dan cendawan. Murid menjalankan kerja amali mengenai kaedah penanaman yang meliputi penyediaan tapak atau kawasan, pembajaan, sistem pengairan, kawalan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod ladang. Murid perlu terlibat dalam kerja-kerja amali dalam penanaman dan penjagaan beberapa jenis tanaman seperti pisang, tembikai, sawi, pegaga, ulam raja dan cendawan tiram. Para lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran ini boleh mengusahakan ladang mini buah-buahan dan sayur-sayuran atau bekerja di ladang berkaitan sebagai pembantu juruteknik pertanian.
Rujukan: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/indexg.htm




