Consectetuer
Popular
Categories
- Berita (40)
- Coretan Perjalanan (6)
- iklan (4)
- Informasi (27)
- Kursus Latihan (15)
- Panduan Penanaman (19)
- Panduan Tanaman Komersil (10)
- Rangkaian Pemasaran (6)
- Usahawan Cendawan (10)
- Video Cendawan (5)
Keratan Akhbar: Mushrooms easy to grow and pay so well

Lihat sahaja tajuknya pun sudah mengetahui bahawa Penanaman Cendawan merupakan kerjaya yang menjana pendapatan lumayan. - izwan
Penanaman Cendawan di Dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Berikut adalah Sinopsis Bagi Tajuk Tanaman Makanan.
Tanaman Makanan ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini yang berlandaskan teknologi memberi penekanan kepada daya produktiviti secara praktis kepada murid dalam bidang penanaman hasilan makanan.
Tanaman Makanan adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahwanan di kalangan murid dalam bidang pertanian untuk peningkatan daya pengeluaran negara.
Melalui mata pelajaran ini, murid boleh mengusahakan tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam, cendawan dan tauge. Murid perlu menjalankan kerja amali
mengenai kaedah penanaman yang meliputi penyediaan bahan dan alatan, tapak atau kawasan, pembajaan, sistem pengairan, kawalan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod ladang. Mereka juga mengaplikasikan teknologi dalam tanaman makanan di kawasan berstruktur dan kawasan terbuka untuk menghasilkan pelbagai produk tanaman untuk tujuan komersil.
Dengan penguasan kemahiran ini, murid yang mengambil mata pelajaran ini berkebolehan mengusahakan ladang mini buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam, cendawan dan tauge atau bekerja di ladang berkaitan sebagai pembantu juruteknik pertanian.
Mata Pelajaran Tanaman Makanan
Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mengusahakan tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba, ulaman dan cendawan. Murid menjalankan kerja amali mengenai kaedah penanaman yang meliputi penyediaan tapak atau kawasan, pembajaan, sistem pengairan, kawalan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod ladang. Murid perlu terlibat dalam kerja-kerja amali dalam penanaman dan penjagaan beberapa jenis tanaman seperti pisang, tembikai, sawi, pegaga, ulam raja dan cendawan tiram. Para lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran ini boleh mengusahakan ladang mini buah-buahan dan sayur-sayuran atau bekerja di ladang berkaitan sebagai pembantu juruteknik pertanian.
Rujukan: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/indexg.htm
Segmen Dari Ladang Ke Ladang Cendawan.
Ramai juga yang menghubungi saya untuk mendapatkan nota-nota asas penanaman cendawan ini. Ada juga yang ingin mengetahui maklumat berkaitan penanam-penanam cendawan seluruh Malaysia, akhirnya wujudlah sebuah direktori yang menempatkan semua alamat-alamat yang boleh anda lawati ladang-ladang rumah cendawan ini. Ada yang dibuat secara kecil-kecilan mahupun secara berkala besar-besaran.
Diatas permintaan ramai, saya akan membuat le tour dari ladang ke ladang cendawan bagi mendapatkan maklumat dan informasi yang boleh kita kongsikan bersama. Kami dari ProjekCendawan.com berbesar hati sekiranya dapat melawat ladang-ladang yang akan terpilih sebagai sumber inspirasi dan inrformasi bagi bakal-bakal penanam cendawan.
Jadi tunggu sahajalah kemunculan Segmen Dari Ladang Ke Ladang Cendawan. Pastinya ia adalah satu revolusi pertanian yang merubah kehidupan anda untuk menjadikan ia sebuah kerjaya pilihan. Bukannya yang dipandang lekeh. SElamat Maju Jaya Kepada semua penanam cendawan dan bakal yang menceburi bidang ini.
Salam Mesra dari Saya
MOHD IZWAN BIN MOHD KHALIT
MIMK ENTERPRISE
Oh Rumah Cendawan: Apa Yang Perlu Diketahui??

[Rumah Cendawan yang dalam pembinaan]
- Mempunyai Pengudaraan yang baik
- Menggunakan dinding netting
- Suhu sesuai : 28°C - 30°C
- Rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari
- Kelembapan bandingan yang tinggi : 80-90%
- Siram 2 kali sehari
- kalis serangga & penyakit – dinding netting dan lantai bersimen
UKURAN STANDARD RUMAH CENDAWAN
Pelan Pandangan Hadapan rumah Cendawan
Besar: 20´x 50´ - memuatkan 10,000-15,000 beg
b) Ruang Pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman

[Contoh Rumah Cendawan Butang Di Luar Negara ]
Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Julai 2007
Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penanaman cendawan? Asas-asas yang perlu diketahui mengenai cendawan komersil?? Anda juga boleh melayari di laman web http://www.tpu.upm.edu.my.
Kisah Usahawan Cendawan Yang Berjaya : Keratan Akhbar Utusan Malaysia 25 Mei 2007


Jenis-jenis Cendawan yang ada Di Malaysia
Petikan dari Ebook Asas Penanaman Cendawan Tiram Kelabu, Dapatkan Ebook Asas Penanaman Cendawan tiram untuk mengetahui kelebihan jenis-jenis cendawan yang boleh dikomersilkan. - izwan
TEMUBUAL BERSAMA USAHAWAN CENDAWAN: PN ZAINON ARIFFIN.
Saya telah menemubual seorang usahawan cendawan tiram dari Ulu Selangor iaitu Pn Zainon Ariffin. Pn Zainon, 45 tahun adalah lulusan UITM dan ibu kepada 3 orang anak telah mengusahakan cendawan tiram kelabu hampir 2 tahun. Ladangnya, Genting Permai Resources yang terletak di Batang Kali seluas satu setengah ekar di usahakan bersama keluarga dan seorang pekerja tetap. Saya kagum dengan Pn Zainon yang ramah, tidak lokek ilmu dan sporting menjawab soalan, rasanya perbualan tersebut bukan sekadar temubual, tetapi lebih kepada temulawak.
SAYA: Bagaimana puan bermula dalam perusahaan cendawan ini?
PN ZAINON: Saya bersara awal dari Telekom, selepas beberapa bulan duduk di rumah, saya rasa eloklah berbuat sesuatu. Kebetulan kawan saya dari Shima Agro mengusahakan cendawan dan tawarkan contract farming dengan saya. Orang lain cari kursus dan pinjaman dahulu, saya terbalik, saya tanda tangan kontrak dahulu. Baru cari kursus dan bantuan kerajaan. Pemasaran sangat penting, oleh itu saya ikat kontrak dahulu untuk menjamin pemasaran. Ramai pemborong berjanji akan ambil cendawan dari kita, tetapi akhirnya mereka tidak datang, itu biasa terjadi. Jadi saya mengikat kontrak dahulu bersama Shima Agro dengan modal permulaan RM50 000.
SAYA: Bagaimana puan dapatkan bimbingan dalam perniagaan ini?
PN ZAINON: Pertama sekali apabila menandatangani kontrak tersebut, mentor saya adalah Shima Agro sendiri. Kemudian saya mengikuti kursus Jabatan Pertanian selama 3 hari di Putra Jaya. Saya juga mengikuti kursus praktikal dan teori selama 8 minggu di Agro Pac anjuran UPM. Kami di bawa melawat ladang-ladang cendawan seperti di CMC dan MITA.
SAYA: Boleh puan ceritakan sedikit tentang ladang puan?
PN ZAINON: Ladang saya seluas satu setengah ekar di Batang Kali, Ulu Selangor. Saya mengusahakan cendawan tiram kelabu. Setakat ini hanya setengah ekar yang di gunakan untuk rumah cendawan, rumah rehat dan bengkel. Ada 3 buah rumah cendawan di sini, iaitu rumah cendawan, rumah tuai dan rumah eram. Baru-baru ini pejabat pertanian bermurah hati meminjamkan 2 kuarters kepada saya. Dalam satu rumah ada 6 rak ukuran 20 kaki x 30 kaki. Jarak antara rak pula 17 kaki x 3 kaki. Setiap rak boleh memuatkan 1 500 beg cendawan. Kalau pandai menyusun bolehlah memuatkan 10 000 beg cendawan.
SAYA: Apa kandungan medium yang puan gunakan untuk cendawan?
PN ZAINON: Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian. Kapur untuk meneutralkan habuk kayu dan dedak itu makanan cendawan.
SAYA: Berapa perolehan dalam sehari dan bagaimana puan memasarkan cendawan?
PN ZAINON: Sehari hasil tuaian dalam 30kg. tetapi demand di sini lebih dari itu, hampir 80kg sehari. Saya membekalkan pada Shima Agro sebanyak 100kg seminggu. Selain itu, saya juga menjual secara bundle kepada pasar dan kedai runcit dalam pek-pek 5kg. Saya juga ada membungkus dalam paket-paket seberat 250gram untuk individu yang rajin menjual, seperti suri rumah, pekerja kilang dan pelajar. Saya bungkusnya sendiri bersama anak-anak. Biasanya peket 250 gram di jual dengan harga RM2.50 dengan 50 sen sebagai komisyen jualan. Saya juga menjual cendawan sejukbeku. Kalau harga pasaran di sini RM13/kg, di Terengganu harga cendawan lebih tinggi lagi. Saya sebagai pembekal akan tolak kepada pemborong dalam RM6-8 sekilo. Pendapatan sebulan adalah dalam RM3000.
SAYA: Bagaimana puan melakukan penjagaan cendawan?
PN ZAINON: Pertama sekali apabila beg plastik di isi dengan media, ia di kukus, di suntik benih dan di eramkan. Dalam proses pengeraman kawalan suhu sangat penting. Cendawan yang saya usahakan adalah jenis cendawan tiram kelabu, iaitu cendawan tanah rendah jadi suhunya di jaga sekitar 28-30 darjah Celcius selama 60 hari dengan 80% kelembapan di rumah eram. Kemudian cendawan di pindahkan ke rumah tuai. Suhunya lebih tinggi pada 30-32 darjah Celcius, 80-90% kelembapan. 5 hari sudah boleh di tuai. Kebersihan itu aspek yang penting kerana rumah cendawan adalah tempat yang di sukai lipas, tikus dan serangga, juga untuk mengelak penyakit bagi cendawan. Biasanya kami menggunakan antiseptik seperti dettol dan clorox untuk membersihkan rumah cendawan.
SAYA: Apa penyakit yang selalu menyerang cendawan? Bagaimana puan merawatnya?
PN ZAINON: Biasanya kulat hijau, kulat oren, kulat merah jingga dan kulat hitam. Saya akan membuang beg plastik tersebut, cuci tempat tadi dengan dettol dan biarkan ia kering. Setelah kering baru saya isi semula dengan beg cendawan lain. Setakat ini belum pernah terjadi jangkitan yang serius dalam rumah cendawan saya. Tetapi penyakit cendawan ini tidak dapat di elakkan kerana ia masalah sebaran udara, kulus tidak mencukupi atau kadang-kala tempias hujan. Universiti Malaya sebagai institusi penyelidikan cendawan setakat ini masih tidak menjumpai penyelesaian kepada masalah kulat.
SAYA: Pada pendapat puan mengapa permintaan terhadap cendawan begitu tinggi?
PN ZAINON: Ia berkaitan dengan aspek kesihatan. Dahulu negara kita pernah digemparkan dengan wabak selesema burung, waktu itu ramai orang mula bertukar dari ayam kepada cendawan. Protein cendawan ini sama dengan ayam. Jadi mereka mengambil cendawan sebagai pilihan yang lebih selamat berbanding ayam.
SAYA: Puan ada menganjurkan kursus penanaman cendawan?
PN ZAINON: Ada, malah saya biasa menjalankan kursus di sini. Baru-baru ini 60 orang penuntut politeknik UITM datang membuat lawatan. Setakat ini saya rasa sudah 300 orang datang membuat lawatan ke ladang saya sejak 2 tahun ini. Kebanyakannya di perkenalkan oleh Jabatan Pertanian. Saya juga mengajar kursus penanaman cendawan selama sehari dengan nota-nota daripada UPM, Jabatan Pertanian, MARDI dan secara praktikal. Saya mengalu-alukan kedatangan bakal-bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam cendawan tiram ke rumah cendawan saya. Boleh menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya jika mereka memerlukan bimbingan dan nasihat.
SAYA: Apa perkembangan perniagaan puan sekarang? Apa perancangan puan untuk masa terdekat ini?
PN ZAINON: Saya sedang memperbaiki bengkel dan dalam proses penambah baikan rumah-rumah cendawan. Saya berhasrat untuk menambah 2 buah rumah lagi. Saya baru mendapatkan pelabelan dari SIRIM dan akan mula menggunakannya pada bulan Jun ini. Selain itu, saya bercadang untuk memasuki pasaran Brunei. Saya mendapat tawaran untuk menyediakan 150kg cendawan iaitu 3 kali seminggu. Saya tidak bercadang mengusahakan cendawan ini secara besar-besaran, tetapi cukuplah ladang saya lengkap dan serba ada. Saya bercadang untuk mempromosikan ladang saya kepada orang awam, tetapi buat masa ini belumi kerana khuatir belum dapat memenuhi permintaan orang awam.
SAYA: Akhir sekali, apa nasihat dan pesanan puan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin menceburi penanaman cendawan?
PN ZAINON: Saya harap mereka jangan putus asa mengusahakan cendawan ini. Saya berpesan mereka buat betul-betul dan jangan cepat mengalah dengan cabaran-cabarannya. Kerana apabila mengusahakan cendawan, penyakit akan datang dulu. Jangan risau. Itu sudah dalam tangan. 3 tahun yang pertama itu, biasanya adalah tempoh untuk menambah baik ladang seperti memperbaiki bengkel dan rumah cendawan. Jadi buat permulaan ini banyak wang akan keluar untuk melabur kepada pembakpulihan. Saya sendiri pun setakat ini daripada modal permulaan RM50 000 telah menambah untuk tujuan pemuliharaan sehingga mencecah RM76 000. Saya tiada cabaran yang terlalu hebat seperti sesetengah usahawan lain dan tiada masalah mendapatkan bantuan Jabatan Pertanian, alhamdulillah. Sebagai usahawan yang meniaga sendiri, kita perlu disiplin yang baik. Kita perlu datang dulu ke ladang sebelum pekerja untuk aturkan tugas-tugas yang perlu di lakukan oleh pekerja kita. Menyimpan buku kira-kira, rekod dan kerja bersistem itu sudah semestinya ada. Kerja pun tidak terlalu susah kerana kita sudah programkan aktiviti harian. Awal-awal bula lagi sudah merancang kerana satu bulan boleh menuai sebanyak dua kali.
Puan Zainon juga bermurah hati untuk berkongsi resipi cendawan goreng yang dibuatnya.
Bahan-bahan:
Cendawan
Tepung gandum
Tepung beras
Tepung jagung
Rempah kari
Garam
Lada serbuk
Air
Cara membuatnya:
Bancuh rempah kari, garam dan lada serbuk dengan air. Biarkan ia cair seperti membuat tepung pisang goreng.
Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu bekas.
Celup cendawan tadi dalam campuran rempah kari.
Golekkan cendawan yang bercelup di atas campuran 3 jenis tepung tadi
Sedia untuk menggoreng.
Untuk menghasilkan cendawan goreng sejukbeku, cendawan tadi di goreng tiga suku masak sahaja dan dimasukkan dalam freezer.
Puan Zainon mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke ladangnya untuk tujuan lawatan, bimbingan atau kursus penanaman cendawan. Puan Zainon boleh dihubungi di alamat dan nombor yang tertera:
Pn Zainon bt Ariffin
Genting Permai Resources
787, Kampung Sekolah
44 300 Batang Kali
Ulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel: 013- 341 8202
Ada pengusaha cendawan yang menggunakan EM (effective microorganism) untuk rawatan bangsal iaitu membuat semburan untuk mengelakkan pencemaran lain-lain mikrob dan patogen supaya cendawan tidak terkena penyakit atau rosak.




